Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Tuesday, May 25, 2010

KANSER

Dapat email dari kawan2....


KANSER

Apakah kanser ? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kita telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan kita. Untuk mengelakkan darah kita menjadi asid kita perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan.



PENGETAHUAN AM

Gigi manusia menunjukkan bahawa kita sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi 4 batang gigi tajam ( gigi kanine ) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk buah dan sayur. Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging. Kitab Al-Quran pun beri petunjuk bahawa kami perlu makan sedikit daging sahaja.



PENYEBAB KANSER

Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit kami dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Satu sedutan rokok adalah 600 kali lebih merbahaya daripada bernafas asap daripada kenderaan awam .



MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER :

a) Makanan yang di BBQ

b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges , kerepek.

c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi .

d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai .

e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )

g) Makanan yang berkurangan serat . Contoh : roti putih. Badan kami memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kami perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari .

h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati .



UBAT KANSER SEMULAJADI

Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah kami dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi.......tetapi oleh kerana tiada pilihan lain ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ).



Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel kanser makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa. Sebarkan emel ini kepada semua kawan-kawan. Mungkin dapat menolong menyelamatkan nyawa dan memberi harapan kepada yang menderita .

Sedutan daripada Kitab Muhimmah ( Siksaan yang bakal menimpa wanita )

Sepuluh Jenis Seksaan Yang Menimpa Wanita

Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala :censored: dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Wallahualam

Monday, May 24, 2010

Mengenali Penyakit Hati

Mengenali penyakit hati

Sumber:NowWhyTwo Moscow Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Assalamualaikum wbt.

Setiap daripada manusia memiliki hati. Namun tidak semua mempunyai hati yang bersih dan sihat dari penyakitnya. Contoh penyakit hati yang sering melanda diri manusia itu adalah hasad dengki, takabbur dan sebagainya. Tapi hati yang disebut-sebut itu, di manakah ia? Lokasi sebenar hati itu mana letaknya? Apakah makna sebenar segumpal daging yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis ke-6 dari Hadis 40?

Walaupun pokok perbincangan hadis tersebut amat besar, tapi ianya berkaitan dengan segumpal daging yang disebut sebagai Al-Qalb. Apakah definisi Al-Qalb itu? Menurut Imam Ghazali dalam hasil karya beliau bertajuk Ma’arij Al-Qudsi fi Madariji Ma’rifatin Nafsi, maksud Al-Qalb itu ada dua:

  • Segumpal daging berbentuk satu genggaman manusia yang diletakkan di sebelah kiri dalam rongga dada (thoracic cavity) dan boleh dilihat secara jelas. Dari situ kita dapat mengetahui bahawa Al-Qalb yang dinyatakan adalah sumber oksigen kepada tubuh dan juga organ penting untuk manusia dan haiwan, iaitu jantung. Ianya juga membawa maksud, jika rosak Al-Qalb ini, maka rosaklah seluruh tubuh manusia atau haiwan itu. Jadi ini dapat disimpulkan bahawa Al-Qalb itu membawa makna jantung.
  • Secara abstraknya, Al-Qalb itu membawa maksud ruh (jiwa manusia) dan tidak boleh disentuh sepertimana jantung yang diterangkan pada makna sebelumnya. Ruh inilah yang membawa amanat dari Allah SWT. Ruh ini jugalah yang menyatakan kesanggupan untuk mengenal tauhid dengan mengakui keesaan Allah SWT sewaktu mula-mula ia diciptakan, sepertimana dalam Surah Al-A’raf ayat 172:

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuban kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengata- kan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)

Bagaimana pula peranan syaitan dalam penyakit hati manusia ini? Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Muttafaqun Alaih, Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya Syaitan itu meresap ke dalam diri manusia seperti mengalirnya darah dalam tubuhnya”

Jalan syaitan untuk menyelinap ke dalam hati manusia:

1. Marah

Marah adalah pintu yang paling mudah untuk syaitan menyelinap ke dalam hati manusia. Sifat marah yang meluap-luap mampu menutup sifat kewarasan akal. Apabila kewarasan akal dikaburi dengan marah, sebarang tindakan yang diambil adalah tindakan yang merugikan diri sendiri. Seorang wali Allah bertanya kepada Iblis: Bagaimana engkau menawan anak Adam? Iblis menjawab: Aku tawan dia ketika dia marah dan ketika ia bernafsu.

2. Nafsu

Nafsu bukan sahaja terdiri daripada nafsu syahwat, tetapi juga nafsu terhadap makanan, berjual-beli, mengumpul harta dan sebagainya. Syaitan menawan hati manusia ini melalui pintu nafsu yang tidak terjaga. Jadi, untuk mengelakkannya, manusia itu perlu menjaga kehormatan dirinya dan memelihara nafsunya supaya tidak terjerumus kepada hasutan syaitan.

Surah Al-Mukminun ayat 5 – ” Dan mereka yang menjaga kehormatan dirinya.” Iaitu antara ciri orang beriman yang berjaya adalah yang menjaga kehormatan dirinya.

3. Tergesa-gesa

Manusia ini sinonim dengan tergesa-gesa seperti dalam surah Al-Isra’ ayat 11, “Dan manusia berdoa dengan (memohohn supaya dia ditimpa) kejahatan sebagaimana dia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu tergesa-gesa.”

Sifat tergesa-gesa menyebabkan seseorang itu terjebak dalam kesusahan dan syubhat. Namun, manusia itu mampu mengawal sikapnya dengan sifat berhati-hati. Dan berhati-hati itu datangnya dari Allah SWT.

4. Hasad dengki

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda, “Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan itu ialah pengikis dan pencukur. Saya tidak maksudkan mencukur rambut tetapi ia mengikis agama.”

Hasad dengki boleh mengikis Iman seseorang jika ia tidak sedar dengan cepat. Dan sifat dengki ini juga mampu mengkucar-kacirkan suatu komuniti jika tidak ditangani dengan bijaksana.

5. Kikir

Kikir ini menghalang manusia berbuat kebaikan dan sedia berkorban. Terutama berkorban harta dan tenaga untuk jalan Allah SWT. Dalam surah Al-Baqarah ayat 268 Allah menyebut tentang sifat kikir ini :

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

6. Takabbur

Ini adalah sifat yang menyebabkan syaitan digugurkan darjat oleh Allah SWT hanya kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam di saat Nabi Adam diciptakan. Ia merasakan dirinya jauh lebih mulia kerana dijadikan daripada api sedangkan Nabi Adam hanya dari tanah. Jika sifat ini terbina dalam diri seorang manusia, ia amatlah berbahaya kerana ia akan merasakan dirinya lebih mulia dari orang lain dan amat susah untuk menerima kebenaran.

7. Buruk sangka

Berbahaya sungguh sifat buruk sangka atau lebih dikenali dalam bahasa arab sebagai Suu Zhon. Ini menghalang terbentuknya ukhwah islamiyyah dan mahabbah antara Muslim. Dan ianya juga punca tersebarnya fitnah yang akhirnya mencetuskan perbalahan sesama manusia. Kita kena menghindari sifat buruk sangka ini supaya ukhwah dapat terjalin dengan utuh.

Surah Hujuraat ayat 12 :

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yaang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”

Kesimpulannya, si pemilik hati ini kena bertanya kepada hati mereka sama ada hati mereka itu sakit atau tidak. Dan penawar kepada penyakit hati adalah kembali kepada Rabbnya. Nescaya hati yang gundah akan kembali tenang.

Surah Ar-Ra’d ayat 28 : (Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Wallahu a’lam

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Sumber:HITAM PUTIH KEHIDUPAN




SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA
MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut?walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak?lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan
iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut?

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. ?Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada?

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ?dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. ? biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah?

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan
dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah
secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah,
kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak
BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia
jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain?andai kita terleka dengan dunia ?buruklah padahnya?

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat
sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."Bila seorang
bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih
kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan
membaca Al Quran."l)

Sunday, May 16, 2010

Oder n makan2



Assalamualaikum sumeeee....erm...lama2 skali dpt jengah blog kesayangan aku ni.Masa agak terhad sktg ni.Manyak keja yg nak d settlekan.Paling utama mesti la keja2 opis aku...pastu time rehat nk g delivery kuih tat. Cerita psl kuih tat ni kan sebenaqnya ikhlas dr hati aku buat sbb sgt minat dengan baking2 nih. W/pon aku x terer pon....tp bila ada kengkawan oder aku jd makin syiok plak dok buat kuih ni.Makin ari makin bertambah oder..Alhamdulillah.Tp yg buat aku rasa amat terkilan ialah sikap sesetengah manusia ni yg suka melaga-lagakan org. Agaknya seronok sgt hati org jenis ni bila tgk org bermusuhan...yang nampak baik depa jela.Yg jd mangsa ialah org yg x tahu apa2...sedaq2 org dh benci ja.Sedih wooo bila kwn2 tetiba berubah.Padahal tuan punya badan x dak maksud pon nak busuk hati or nak buat taik kat org.Tak penah terlintas langsung..apalg kalo org berkenaan dh lama berkawan. X sangka la pulak kawan2 tara tu sekali depa nilai kita. Selama2 ni dok berkawan penah ka dok buat depa terasa ke apa??? x dak pon minta penjelasan....percaya ja kan.Or mungkin just salah paham yg kecil tp telah diperbesarkan oleh individu yg mmg dlm hati tu nk buat org gaduh dan suka gaduh ngan org.Bg diri aku, aku x suka bermusuh ngan sapa2.Sume aku kawan...pd org lain t erserahlah.Aku mmg x suka cr gaduh n bermasam muka dgn sapa2. Kalo ada kesilapan yg x disengajakan haku minta maaf.Lgpon bkn ada pekdah pon kalo dok bermasam muka....kalo berpakat sama lg dpt manfaat. Sama2 perbaiki apa kekurangan.

Smlm dlm dok buat oder kawan2 aku lajak la buat tat teloq skali.Tat teloq ni aku buat khas utk anak sedara aku yg baru mai kg. Selama2 aku dok meneray kuih ni haku mmg x nah teringin nk buat tat teloq nih..Aku pon kureng pasti la saipa kan...yg aku suka buat cheese tat.So ditekankan dsini aku mmg x nah terlintas dan terpikiaq langsung nk buat joi tat teloq ni.So sesapa yg terliuq nengok tat teloq haku tu silalah p oder mereka yg berkenaan. Haku mmg x minat la nk buat tat teloq ni buat masa sekarang...

hehehe...smlm ada buat masak2 bihun sket yg umah my MIL.So aku ni dgn terujanya try buat cheese tat besarrrrrrrrrr punya. Hehhehee....dlm bekas besaq tu. Sonok aaa...leh lorek2 byk sket. So ni aku nk tayang gak gambaq buat kenangan dan bukti aku dh cuba buat kuih ni.








Wednesday, May 12, 2010

Tuesday, May 11, 2010

Fruit Tart

Projek semalam...trial baru neh. baru bg juri2 tetap rasa...erm..nampaknya kena manyak mende kene improved lagik...papepon nk tayang kat cni jugak buat kenangan....resepi dr akak Ummi Kuantan yg menjadi idola ku itewwww....










Hari Ibu

ni jek yg sempat kutp....yg x sempat kutip tu harap jgn berkecil hati ekkkk..nnt ada kesempatan haku update lain....


kad dr yatie


dr kak ummi


Sunday, May 9, 2010

Selamat hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia


kredit to Mr.Google


Assalamualaikum & Salam sayang pada sume kengkawan. Rasa cam lama jek x terupdate blog cumilku ini. Kowang windu kat aku dak??ngeh3...(pasan btui noh). N3 kali ni just to WISH HAPPY MOTHER'S DAY buat sume yg bergelar ibu Khasnya buat mak & My MIL. Jasamu x terbalas. Sayang mak sumeeee....Terima kasih atas segalanyaaa......

Wednesday, May 5, 2010

Yea..yea..dh dpt....

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....CANTIKKANNNNNN????



Mood kureng sket so malas nk bebel byk2. Just nak tayang hadiah giveaway PERMATAPAPAIBU YANG yang kita menang aritu. Dh sampai hadiah tu.Kita sukaaaaa sgt. Tq tuan umah. Maaf la lambat post N3 psl hadiah nihh. Sampai ari ahad lg. Tp biasa la masa mencemburui diriku ini....arini line clear sket. So ni la adiahnya. Terima Kasih tuan Umah PERMATAPAPAIBU.Len kali buat la lg. Kami leh join lg.

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)