Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Thursday, March 31, 2011

TomYam CMG dan TAHNIAH SIFU-SIFU

Cuaca dh banyak hari hujan kat belah utara ni. Perlis dh banjir. Semua org dok berjaga2 dh takut banjir berulang. Alhamdulillah petang ni hujan dh berhenti. Suasana sejuk camni tekak rasa nk makan yg sup2 pedas dan masam gitu..... So skodeng2 kat dapoq sifu2 tetiba nampak tomyam ni kat dapaq Sifu CMG yg pames ames gituuuu...wawawa..terus buat untuk dinner mlm ni...sedap yg amat hirup kuah tomyam time2 ujan cenggini. Kebetulan cendawan butang ngan udang sotong semua ada. Best2. Haku mmg minat sgt Tomyam. Hari2 pekena pon takpa.Tq CMG kongsi resepi marbeles nih.Minta iizin nk copy tepek cni buat rujukan haku dimasa hadapan...ceeewaaahhhh. Mesti akan buat lagi..
Oh ya...haku juga nk Ucapkan tahniah buat Kak Hanieliza, Kak Hana Kuantan (dh balik kannnnn....hehehe) dan Kak Nor Secubit Garam diatas pencapaian mereka yang dh kuar dalam majalah JELITA. Dengaq kata byk resepi diorang yang disunting oleh jelita.Tahniah yer sifu2 semuaaa. Semoga terus sukses dan terus berkongsi resepi2 yang marbeles lg......Tahniah2 (bopa manyak tahniah la...over excited la pulak haku ni....bukan apa tumpang gembira bg pihak...muakekekkee). Majalah dok cari x jumpa lg. Haku nk beli wehhhhh

Okeh kita berbalik pada resepi TOMYAM td no...ni haku tepek. Kalau rasa meleleh ayaq liuq tu p buat skrg jugaaaa....hehehehhee. Haku dh adjust sbb haku masak sket ja..


TOM YAM CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang saiz besar, dibersihkan
1/2 batang lobak merah, hiris
1 cawan bunga kobis yang telah dipotong sekuntum2
1 biji bawang holand, belah 4
10 biji cili padi merah siam, dititik
4 kuntum cendawan butang dalam tin, tos, cuci dan hiris
1 biji tomato, belah 6
1 batang saleri, hiris
2 camca besar penuh pes tom yam "LIFE"
1 liter air rebusan tulang ayam
Secubit gula
Sos ikan secukupnya (lupa pula haku nk boh)
4 - 5 biji limau kasturi
1 pokok daun ketubar, cuci bersih dengan akar2nya sekali
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, hiris dan diketuk (x letak sbb x de stok)
3 helai daun limau purut
Sedikti serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan lengkuas, serai, lengkuas, daun limau purut, air rebusan ayam dan pes tom yam, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan bawang belah, cendawan, saleri, lobak merah, bunga kobis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau dan biar mendidih perlahan.
  2. Masukkan udang dan tambah serbuk lada hitam, juga sos ikan secukup rasa. Tambah gula sedikit dan jus limau kasturi, ikut tahap kemasaman yang anda suka. Biar hingga udang masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

Sunday, March 27, 2011

Resepi Mee Udang Sedap

Malam ni haku tak masak nasi. Cuma buat Mee Udang ni sebab Bigboss ada belikan udang saiz XL. Besarrrr punyaaaaaa...ha amik ko. 4 ekoq ja dia beli. So teruih terasa nk mkn mee udang....Terima kasih kepada Ct Zaidah sbb share resepi nihhh...nk tgk gambaq lg cun clik SINI. Minta izin saya nk CnP resepi kat cni yerrr......

Resepi Mee Udang Sedap
Sumber: http://ummiesya.blogspot.comumber:
  1. Mee Kuning (Aku guna lam 300gm jer,coz mkn ber2
  2. jer)
  3. Udang ikut suka byk mana pong,lagi banyak,lagi sedap(aku letak 4ekor udang besar)
  4. 1ekor sotong di potong kecil(suka ati ler nak letak ke x)
  5. 1Biji kentang yg kecil,digoreng @rebus hingga empuk
  6. 2sdb cili kisar(aku mmg dah siap blend n letak bawang)
  7. 1@2ulas bawang putih dikisar
  8. 4 ulas bawang merah dikisar
  9. 2@3 ekor udang kecil di kisar halus
  10. *1/2 sb udang kering dikisar halus(guna blend kering
  11. *2Sdb tomato puree
  12. *Sos cili
  13. *sos tomato
  14. *Serbuk pati ayam
  15. *1Sdb nampla@sos ikan
  16. 1Keping Tauhu yg di goreng
  17. Sawi n half biji tomato
  18. *Gula,Garam secukupnya
  19. Minyak utk menumis
  20. *Aku letak telur rebus,cili merah,limau kasturi,daun salad yg dihiris halus bawang goreng.
  21. *Dah Update mee tadi,coz dah publish baru perasan xda taip letak mee..Mee tuh kalo nak mkn lambat,leh la celur asing.Aku men lebur jer terus,coz hubby dah lapor bebenor.

Cara-cara:-Aku blend ubi kentang yg di goreng dengan sedikit air,bersama udang kecik.Pastu Aku tumis bawang putih+merah,hingga kuning,masukan cili kisar,pas agak garing,Aku masukkan kentang yg di blend ngan udang kecik tuh,Leh tambah air utk kuah yg lbh.Biarkan sebentar,pastu aku masukkan semua bhn yg bertanda*,pas mendidih aku masukkan udang n sotong..Biarkan udang n sotong masak blh la masukkan mee kuning, sawi n tomato.Tutup api,time nak hidang tuh baru la letak tauhu,telur rebus,cili merah,limau kasturi,daun salad@daun bawangn bawang goreng,sedap di makan panas2,kOLO DIBIARKAN SEJUK MEE AKN KEMBANG,COZ MENYERAP KUAH..


Yang nih pula menu malam semalam. Cam biasa Bigboss belanja kami semua makan kan kola perleh. Huhuhu.....menu wajib ikan bakaq la apa lg. So nila antara menu kami anak beranak semalam....besttttttttt

Saturday, March 26, 2011

Bubur Jagung ....

Semalam masa balik dari kenduri MY MIL sinngah Nat Asun ataupon cam pasar tani tula. Kat belah sini panggil nat. Awai dia buka...masa singgah tu dh koi 12 pon. Haku tak p ronda pon sebab tunggu anak2 kat kereta. Maklum la marin haku drive wak mak ayah p sbb Bigboss keja. MY MIL nk cari ikan nyok-nyok katanya tapi dh habih pula. Yala dh lewat kan. Peniaga pon dh dok siap2 nk blk. So MY MIL beli sayoq ngan jagung. MIL bg kat haku 3 jantung. Petang semalam proses buat bubuq ni. Minum ngan ayaq kopi mmg dap...slurppppp...terliur lagi. Jagung nih mmg elok isinya..fresh sgt...

Friday, March 25, 2011

Sambungann.......Jeng..jeng...jeng

 Lagi satu hantaran yang haku buat ...cheese tat. Lepas gian dh lama tak buat tat..best2. So ni la sambungan td hehehehee....


 Lama betul tak buat tat...


 MY FIL dok tengah layan tetamu yang datang






 
 
Bakal Pengantin...tahniah Maksu....semoga berbahagia ke akhir hayat

Kek Lapis Asam Manis Hawflake (Kukus) sbg Hantaran

Kek Lapis nih buat semalam request dari MY MIL untuk anak saudaranya yang bertunang harini. Harap mak berpuashati dengan kek nih..hehehehee...Dh penah buat kek ni cuma tak penah tepek kat cni....so layan gambaq dulu yerrr...nk g masak jap....c u soonnn

 Versi untuk 2 orang budak ketoi kat umahhh

Hantaran yg haku buat...ok tak? hehehhee

P/S:nnt sambung k.....

Thursday, March 24, 2011

Adakah kita memahami bacaan dalam solat?

Dapat info ni dari seorang kawan. Nk kongsi dengan kawan2 kat cni.

Adakah kita memahami bacaan dalam solat?

1. Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

2. Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

3. Bacaan ketika rukuk
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
4. Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

5. Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

6. Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

7. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku

8. Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

9. Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

10. Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan






Wednesday, March 23, 2011

Gulai Ikan Tenggiri with Peria

Lauk kegemaran Bigboss. Gulai ikan...so aku matchkan dengan peria kegeraman aku..mmg tangkap leleh beb.Perghhhh...mmg best.Goreng ikan dan Udang Goreng Kunyit..wallahh. Makan nasi pon bertambah2....So takleh bebel byk2 sbb kan haku belum masak utk makan malam g...okesss..bubbai..nnt na update resepi...

Tuesday, March 22, 2011

Sizzling Mee

Buat Sizzling Mee untuk Dinner semalam. Kes terjadinya sizzling mee pasal haku dh terborong cendawan tu agak byk...so 2-3 hari asik menu yg gunakan cendawan...sup cendawan pon best layan time2 hujan cenggini.Heehehehe...dh lari tajuk la pulak.  Papepon best jug layan sizzling mee ni.Ada kejadian masa nk masak ni..hehehee...cam biasa la masa tgh siapkan bahan-bahan haku pon start la buat kuah....bila urn nk masukkan mee sanggul tu tgk2 dh xpired la pulakkkk..huhuhu. Padahal baru minggu lepas haku beli mee tu....so tukaq ke plan B haku letak je mee kuning..so layan yuk...
Opsss...lupa plak, resepi ni cedok dari dapoq kak Nor..TQ kak Nor.

SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR
 smber: http://secubitgaramnor67.blogspot.com
bahan:
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara2:
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2

Friday, March 18, 2011

Day 1@Cameron Highlands (17/3/2011)

 Assalamualaikum...ari khamis lepas Bigboss bawa kami semua ke Cameron Hghlands. Saja nk wak anak jalan-jalan. So ni je yg sempat singgah aritu..nnt update lagi yeaa...letih ni baru blk ronda2....








Monday, March 14, 2011

Steamboat Istimewa

Menu sempoi yang memang besh di santap time-time ujan cenggini. Sedapppppppppp.....smlm makan steamboat...malam ni saja search2 kat tenet yg ni paling simple dan senang.Buat sendiri la pulak malam ni. Haku letak jek apa yg ada dlm esbok. So layanzzzz..haku kekenyangan dh ni...Alhamdulillah... Resepi ni dari sunkist@mysresipi...



Sumber:sunkist@myresipi.com
Bahan-bahan ( 4 - 5 org )
  • A. BAHAN2 UNTUK SUP :
  • Air - 4 liter
  • Tulang / kerangka ayam
  • Garam secukup rasa
  • B. BAHAN2 UNTUK SOS PENCICAH :
  • 6 biji cili merah - dimesin
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sudu minyak bijan
  • 3 sudu besar sos ikan
  • cuka makan
  • air
  • gula
  • C. BAHAN2 UNTUK ISI :
  • Bebola ikan/ayam/sotong/ketam/hotdog
  • udang/ayam/sotong/cuttlefish
  • kobis cina/cendawan tiram/pak choy
  • telur ayam
Cara-cara
  1. Rebus bahan2 A selama 11/2 jam. Masukkan garam. Apabila sudah, asingkan tulang/kerangka ayam
  1. Masak bahan2 B didalam periuk sehingga pekat. Boleh ditabur kacang tumbuk jika suka
  1. Didalam bekas steamboat, masukkan air rebusan tulang/kerangka ayam. Pecahkan telur ayam & masukkan bahan2 C
  1. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bolehlan dimakan dengan sos pencicah
  1. Selamat Mencuba : )

Cekodok Pisang aka Jemput2 Pisang

Assalamualaikum dan  slamat petang semuaaaa...ermmm maafla lama tak bersiaran kat cni. Seperti yang telah dimaklumkan haku sedikit BZ tambah2 kat opis...maklumla audit nk datang...paham2 jela kannn. Kat opis mmg tak sempat langsung nk curik2 tulang buat n3 bagai.Kat umah plak bila badan dah letih mmg tak dapat la nk buat apa lg. nampak bantal jek..hehehehee
Erm...rindunya nk buat n3 kat cni...dh lama tak BW. Ade ke org yg ingatkan haku neh? maklumla haku bukan siapa2..dh tu tak glemer pulak tu..uhuhuhu. Yang sudi singgah sini tu terima kasih yeaa..len kali datang le lagiii.Hehehehee....ok lah berbalik kepada gambaq seksi di atas..huahauahuahua...sbb dh gian nk tepek gambaq kan...gambaq cekodok pon nk juga tepek cni..hahahha. Buat bila kurun pon tak tahu.dh lupa...Cucoq @ kuih yang menjadi pujaan anak2. Paling senang dan sedap...buat kecik2 supaya senang nk ngap...Laayan ngan Kopi pon sodapppp...
Orait setakat ni dulu n3 kali ni. Dok plan nk buat kek gulung Kasih kak DJ. nampak dia dok tayang baguih punya...menggoda U..pasti plan malam ni nk masak steamboat  walaupon smlm dh melantak steamboat. Tak tahu la jadi ke dak nihhh..okess...haku cau cinnn cau dulu ekk...jumpa lagiii

Wednesday, March 9, 2011

Hai hai haiiiii...salam bersiaran & buboq duyan

Assalamualaikum dan gud nite kawan2. Adeka sesapa singgah sini dan tensen nengok karipap tu...muehehehe...maafla lama haku tak jengok kat dapoq ni. Masa mencemburui haku (ecewaaaaaaahhhh....pasan macam la bz sesgt..lena ja lebey..muakekekee). Sbenaqnya mood M yg besaq gedabak telah menyerang setiap sendi haku ditambah pula skrg bz bebenor kat opis. Huhuhuhu..blk masak tetap masak tp tak sempat nk masukkan n3 sbb bila on je laptop haku pulak yg padam sbb bateri dh weak.....hehehheee. Laptop nyala haku p bantai tertdo...haduiiiiii. Uncontrol wehhh...bkn sengaja. Mata cam dh set tu..letih sesangat malam2 sampai tgh duduk ngadap laptop pon leh tertido...mlm ni haku coti masak sbb stok lauk pauk dh pinish dlm esbok. So mkn je apa yg ada. Untuk anak2 haku masak sup udang makan ngan kueyteow jek. Pastu ada rezeki bergolek jiran sebelah hantaq Spagetti pula...huhuhuhu..cam tau2 haku x masak malam ni. hehehheehhe...so haku layan yg tu je la...Terima kasih buat Jiranku iteww...sedap spagetti tu..nyum2.

Malam ni nak tepek picture bubuq aka serawa durian yg ntah bila buat pon dh lupa....so x dela korang cmuih (bosan) dok tengok gambaq karipap tu ja dr taun lepas...muahahahaha..so layannnnn

Sunday, March 6, 2011

Al-Fatihah

A-FATIHAH

Al-Fatihah buat arwah Tok Wan yang telah kembali kerahmatullah pada 4 March 2011 (Jumaat) kerana sakit tua. Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnnnn....

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)