Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Sunday, October 30, 2011

Kerabu tembikai yg haku sukaaaa...

 Assalamualaikum....dh tidur kerr? Erm..mlm ni haku tak ngantuk...pelik btuila. Slalunya ngantok awai jer. Erm...ok gak kalau ngantok kan, leh ler haku merempit kat cni. Mlm ni masak simple jek. Nasi lemak ngan sambal sotong and the geng (ikan bilis gorang + telur rebus la tu). Cepat dan senang kan. Hehehehehhe....i like. Smlm haku ngan hubby + anak2 tdo umah MY MIL so pg td sarapan beli jee. Sonang koje haku kan...tengahari pula BIGBOSS bawa kami makan kenduri kat Alor Setar, kawan sekerja BIGBOSS. So lps mkn kenduri masa utk ronda2 dan shopping2. Plan nk ajak p cr baju raya utk anak2 tp ada masalah teknikal sket BIGBOSS kena blk awai. So sempat sambar blous jer utk budak bulat 2 org tu. Pastu kami blk tapiii sempat g haku ayat BIGBOSS singgah kedai baking on the way nk blk tu....singgah situ mmg cari rabak beb. Dh la tak dapat sponsor pon arini. HAhahahahaa...padan muka haku. Singgah kunun2 nk beli butter jer sbb butter dh licin terus stok kat umh tuh. Tapi biasa la kan....kalau dh masuk bkn beli butter jerr...mcm2 plak terambil ( kalau ter tu kan tak sengaja la kiranya...diluar kesedaran kut.....kikikiki). Lepas tawaf agak2 dlm 40 kali la juga (lebih rasanya)...dengan rasa tak bersalahnya kuar kedai ngan 2 beg plastik besarrrrrrr punya...hamik kau. Siap kena perli lg ngan Bigbosss..dia siap tanya dh habis kerrr ni???adessssss...jawapan ayat tak bopa nk insaf.....barang beli tak abis g tp duit dh habissss...hahahahahahhaaaaa......kes ni juga kadang2 bigboss buat2 lupa lajak tak singgah niiii.......
Alamak panjangnya bebel. Kalau peksa SPM mau dapat A dh pasan ni...hhahahahaa. ekceli...waaaa terspeaking kedah plak....kui3. Sebenaqnya nk tepek gambaq kerabu tembikai ni saja haaaa....saja la. Snap malam marin tu. Ni la pemikat dan menu nk tambah nasik 3 pinggan. Di makan bersama ikan termenung goreanggg...semangkuk tu haku yg balum...muekekekekekekekeee....ssedaaap, simple dan cepat nk buat....mmg layanzzz beb...

Ni lauk utk Bigboss...kene ada kuah. Wajib..hehehehe. Dia memang makan kuah je ni..udang ngan peria haku yg makan....kui3

Okeh sekian cerita utk malam ni. Nk p paksa diri (paksa kunun..padahal pantang btui nampak bantaii) p tdo...jumpa lg no

Thursday, October 27, 2011

Cotton Soft Japanese CheeseCake...nyummi...nyummi

 Assalamualaikum dan gud nite semuaaa....bila ada free mmg kat cni lerr haku melepak sambil merempitt..ngengggg..ngengggggg....2 ,3,4 menjak ni mmg haku telah mengalami kebizian yg amat sgt. Maklumla 2 umah skrg..muahahaa, Bkn haku beli umh la..duit x ckp lagiks...sebab mak ayah dh p menunaikan haji pada 16 Oktober yg lalu. Jd mmg jd tanggungjawab kami utk tlg tgk2kan umah mak ayah. so kdg2 kami blk sna..tdo sana. Pendek crita..ikut suka hati kitaorg rasa nk tdo sana kami angkaut ken baju p sana. Nk blk kami angkut plak blk umah..hahhaa..camtu la citernye. So kalau kat umh sana tenet sloww tahap siput sedut...maleh haku nk tgg berejam2 nk loading tu. Kalau kat umh leh la merempit camni.....ha sudah melalut dh. berbalik kepada cheese kek yg tgh posing tu sebenaqnya haku buat smlm. Kan cuti Deepaveli..so sbb rancangan nk p tgk BB baru tak dpat on ..ubt mengubat rasa sedih dan keciwa haku bake le kek ni. lg satu sbb ialah masa dok buat 5s kat peti ess umh haku tu haku terperasan cream cheese tu dh nk expired 11 Nov ni. Sayang plak kalau biar nnt sahih haku lupa...so haku pon merajinkan diri buat kek ni. Belasah 2 adunan sekaligus....bila simpan2 almari stok bahan baking nampak plak blueberry filing pon tak lama nk habis hayat dh...jd haku curah le atas kek td...Terima kasih pada Alma@MyResipi. Dh selalu buat kek ni sbb gebus dan sedaaappppppp.....terima kasih yerr..minta dihalalkan kite amik dan tepek kat cni....


 
Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara:-

Utk adunan A:
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
  2. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B:
  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
  2. Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). (*akak pukul lebihkurang 7-8 minit)
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.
  4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  5. Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
#Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air x masuk esp. springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

 

Friday, October 21, 2011

Kek Pastry Buah-Buahan

  
Assalamualaikum sumeee.......hehehhe. Arini haku offday okeh. Biasa la sebelah utara cuti minggu Jumaat Sabtu. So sambil2 basuh kain tu sempat gak haku godek2 kek yg best ni. Ternampak kat Umh CMG yg glamer tu. Resepi asal dari Kak Rima singapore...huhuhu....x tahan godaan nengok eh. Walaupon tak cukup bahan haku nekad nk buat juga...bak kata kak sudi jenih tak sabaq terketaq2 kalau nk apa2..hahahaha...lap u kak. U mmg memahami I.kehkehkeh......resepi ni kalau CMG derhaka skit haku derhaka la juga sebab haku tak dak buah-buahan segar. Haku letak je buah dalam tin tu, campoq skit ngan kismis dan tomato kering..hahhaha...dah yg tu je yg ada. Buah dalam tin tu aku sejat dan tekap2 skit ngan tisu. janji dia xtak berair kira orait la kan...hehehe. haku bab tamak mmg slalu buat. Bantai 2 adunan skali. So dia jd tebai skit sampai nk hangit buah2 tu semua. Apapon sedap gak kek tu (prasan gilosss). Wangi jek masa membakaqnya. Boleh gak bg kat Jiran sebelah. Td dia ada bg Macaroni bakar. Sedappppp.....Terima kasih pada Kak Rima dan Cik Mat Gebu. Halalkan yer resepi kita Copy Paste kat cni...


 KEK PASTRY BUAH-BUAHAN
 Sumber: RIMA@bisousatoi
Sumber: CMG@tiffinbiru


BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram mentega, mat guna SCS
150 gram gula kastor (resipi Rima, guna 180)
3 biji telur, dipukul sedikit
60 ml susu cair*
1 camca teh bes minuman oren sunquick*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
210 gram tepung gandum
1 camca teh baking powder (mat guna double-acting BP)
500 gram campuran buah2an segar digaul dengan 2 camca besar gula halus( strawberry, blueberry, peach, kiwi, pisang atau apa2 buahan yang kurang berair)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak dan lebihkan sedikit kertas tadi pada kiri dan kanan tin. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula dan bancuhan susu + oren sunquick hingga kembang. Masukkan telur dan putar hingga sebati. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + baking powder tadi, gaul rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Tabur buah2an atas permukaan adunan, jangan tekan, jika guna buah2an pelbagai warna, susun ikut kreativiti anda. Bakar 60 - 70 minit hingga kek masak. Kalau permukaan buah2an nampak perang tapi kek belum masak, tutup dengan aluminium foil dan bakar kek hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya. Ayak gula aising jika suka sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang...Selamat mencuba.
CATATAN MAT GEBU :- Resipi asal guna parutan kulit oren atau lemon dan juga sour cream/yogurt. Memandangkan mat tak de benda2 tu semua buat masa ni, mat ganti dengan jus bes minuman oren sunquick yang mat campurkan sekali ke dalam susu sejat sebagai ganti sour cream/yogurt....harap membantu...Terima kasih..

Monday, October 17, 2011

Kek Lapis Asam Manis (Hawflakes)

Kek Lapis Serawak yg begitu sedap sekali. Yang ni jer sempat snap sbb kek ni haku buat untuk kenduri doa selamat MIL and FIL nk ke Tanah Suci. Alhamdulillah diorang dh selamat sampai ke Makkah. Syukur....semoga Mak dan Ayah dipermudahkan segala urusan di sana...Aminn,.
Dulu haku penah cuba kek resepi dari Bro Rozzan. Kali ni cuba resepi K1 @blog CitarasaWan. Terima kasih kepada kedua2 nya kerana sudi berkongsi resepi.Kite minta k1 dan bro Rozzan Halalkan yer resepi yg kita amik dan guna ni. Nak tgk kek lapis diorang kena lerr p blog sifu2 ni okeh.
Okeh la...Resepi insyaallah bila Mood M datang kita update.

Wednesday, October 12, 2011

Sambal Kentang Ikan Bilis Dayang Jack....


Ehem3...tumpang laluuu yerrr....nak tepek gambaq sambai yg mabeles..melelesss punya sedap nih. Mmg lentok habis aarrr ( kalau dah hantu sambai tomih x leh kata apa...sedap jela kalau menu sambai). Penah cuba buat buat jg tp yg nih mmg best lee...Thankiu kak DJ. Sambal ikan bilis dan kentang resepi akak ni mmg kena sgt ngan selera kita. Makan ngan nasi panas2..perghhhh. Tambah nasi x henget punya....
Nak tepek supaya senang nk refer sbb pasti akan buat lg...thank again kak DJ
 
Sambal Kentang dan Ikan Bilis
Sumber : Dayang Jack (Dapurku Sayang)
Bahan-bahan :
  • 2-3 biji  ubi kentang (dipotong wedges, gaul dgn sedikit garam dan goreng hingga masak)
  • segenggam ikan bilis (digoreng garing)
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar) - optional
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit air asam jawa @ limau kasturi
  • garam dan gula secukupnya
 Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan garam dan gula secukupnya serta perahan air asam jawa / limau kasturi.
  3. Kacau hingga sambal betul2 garing. 
  4. Tutupkan api dan barulah dimasukkan kentang dan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaulkan rata2.
  5. Hidangkan.


Tuesday, October 11, 2011

Puding Roti Sos Kastad takbuat..hehehee

Puding roti jerrr...sos kastad haku maleh nk buat. Sunggh aku ak sangka sedap ropanya puding neh. Huhuhu...dh lama dok KIV nak buat...mlm smlm tercapai juga hasrat. Bigboss pon suke juga ni. Walaupon tanpa sos kastad puding ni tetap marbelessssssssss.....Terima Kasih pada kak Hana yg dh lama tak dengaq habaq berita tu..mna la ngko kak....windu leee.
Resepi dicedok kat dapoq Mas Duniaku....terima kasih kepada semua yg terlibat. Halalkan resepi kite amik yerrr...

Puding Roti Sos Kastard
Resepi : Kak Hana
Sumber : Izahdaut
amik kat : dapoq MAS Duniaku

Bahan :
·                     8 keping Roti
·                     * 500 ml Susu segar
·                     * 4 sudu besar Gula halus
·                     * 2 sudu besar Butter- cairkan
·                     * 2 biji Telur
·                     * 1 sudu teh Esen vanilla
·                     * 1 sudu besar Tepung Jagung
·                     * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
·                     2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard :
·                     1 tin susu cair
·                     2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
·                     2 s/b gula


Cara membuatnya :
1.                  Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2.            Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3.            Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4.            Taburkan kismis diatas adunan.
5.            Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6.            Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
7.            Tuang ke atas puding roti tadi

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)