Menu smlm..resepi yg sedap dr CMG. Haku mmg suke masakan yg ada letak halia n lada hitam nih....sedap layan ngan nasi panas. Rasa cam dlm pantang plak......papepon makasih CMG. Kami CnP dr blog u jek...minta halal ye.Lg satu nk minta maap dr CMG sbb haku dh menderhaka dgn resepinya....CMG x letak bwg besaq ngan cili hidup tp aku dh boh...hehhe..jgn meree aaa CMG...menderhaka sket jekkkk.....
BAHAN - BAHANNYA :-)
700 g ayam, dipotong sederhana besar (mat guna ayam kampung lebih masak rendang tu)
4 biji kentang sederhana besar, kupas dan potong 4 setiap biji, rendam
70 g halia muda, dihiris halus
4 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
1 batang leek, dikerat2
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan kicap cair
2 camca besar sos "lee & perrins"
1 camca besar sos lada hitam
1/2 camca teh minyak bijan
1500 ml air
Garam dan gula (jika perlu)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan halus halia muda, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan minyak bijan. Tumis halia dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram, sos lada hitam, lada hitam tumbuk, sos "lee & perrins" dan leek. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul dan biar ayam kecut.
- Tambah air dan masukkan kicap cair. Biar mendidih dan masak hingga ayam lembut. Masukkan kentang dan terus memasak hingga kentang empuk. Tambah 1/2 camca teh gula dan rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak 1 - 2 minit lagi dan boleh diangkat.
- Tabur dengan hirisan daun bawang dan halia muda sebelum dihidangkan bersama nasi hangat atau pun bubur nasi...
1 comment:
Sedap dan menyelerakan hidangan Mekna ni...halia lebih2 sedap boleh buat angin kat badan..hehe
Post a Comment