Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Tuesday, December 21, 2010

Ikan merah Masak Stim...Best juga ujan2 nih



Hahaaha...dah buat luahan perasaan br best nk stori psl mkn2 plak..Menu dinner smlm. Kat cni dh 2-3 ari mendung dan ujan. Cam arini ujannnnn ja....mmg sejuk. Mlm2 buka kipas no 1 pon sejuk gigil2 dh. Cuaca cenggini teringin plak nk mkn someething yg panas2. Masa p cr lauk utk masak nampak la ikan merah ni.. agak besaq. Truih amik sbb boleh buat masak stim jek. So jeng2. Sbb dh baloq liat nk semak resepi haku hantam saja boh sume sayuq mayuq segala bagai. Hantam jek la mekna oiii. Haku yg nk mkn nanti. Tp result dia mmg x mengecewakan. Sekoq ikan tu haku srg yg abihkan..ngeh3. Hubby mmg x bopa nk layan masak camni. Dia punya spesel ikan pekasam goreng ngan kangkung masak pedas...2 pinggan gak dia balun. Haku syok dok meratah sayoq2 tuh.. sedap woo mkn panas2. (bkn nk kata haku masak sedap...haku mkn la sedap...huahuahua)...

Ke Hospital lagi...


sempat gak snap masa dok lepak tgg result ujian darah

As-salam sumee. Kali ni bkn n3 psl makanan ok, just nk buat luhan perasaan skit...wohoooo..luahan tuuuu...
Pg td haku ada appoinment ngan doktor Pakar Pembedahan Di Hosp. Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis. So pepagi aku dh bangun siap diri n anak2 coz nk hantaq adik p umah pengasuh. Nak bawa pon kesian juga...lama ambik masa.Kakak pula pepagi lg Wan dia datang amik....So 7.50 pagi haku ngan hubby kuar hantaq adik umah mak mengasuh...lps tu terus bertolak ke hospital. Harap p awai dpt la siap awai skit...Sampai kat hosp. dlm pkul 8.30pg. Lps daftar kat kaunter JAbatan Pembedahan aku p kat unit ntah apa nama ntah untuk scan....dlm awai haku p pon aku dpt No.giliran 10 dh. Bila kena turn aku masuk utk scan....huhuhu..nampak sah2 batu2 tu dlm hempedu haku...besar2 pula tu.Sume 4 bj doc. detect...saiz dia 1.35cm, 1.39 cm,1.28cm, dan last paling besaq 2.0cm...$bj wehh. Masa kat bilik scan tu doc. yg scan haku ada bg nasihat soh haku buat operation jek. Katanya umur pon muda lg, kalau dibiarkan takut kena jangkitan kuman akan jd lebih rumit. Dia kata kalo x de hempedu pon takpa...x menjejaskan apa2. Lgpon skrg byk buat pembedahan yg tebuk dan letak tiub untuk sedut batu2 tu kuaq. Tp kalo ada masalah kena buat open operation juga. Ngeri jek haku dengau...wawawawaaa...mak tolong la...takutnyeee.
Lps dh dpt keputusan scan haku kena p buat ujian darah pula...huhuhu..lenguh abih lengan haku arini...lps tu kene tgg result darah plak. 1 1/2 jam haku kene tgg, Dh le sensorang.Hubby ada mesy. penting so dia hantaq haku jek. Abih duit haku beli majalah. Cemuih giler menunggu...masa tu br jam 9.50pg. Result 11.30 pg br dpt...haku lepak kat kerusi bawah pokok sambil layan majalah ngan sms. 11.30pg aku p mik result pastu kene p jumpa pakar pembedahan plak...tgg lagik.Haku no 107 wehhh..huhuhu. Sib bek la x lama sbb pg td aku dh daftar. So masuk jumpa pakar mmg dia soh buat operation..sbb hubby x de aku minta masa utk bincang dulu. So bln depan haku kene p lagiks. Entahla.....aku pon x tau camna. Ada juga cuba berubat cara kg. Petua kak Nor Secubit Garam bg pon haku x dan nk cube lg. Aritu anak demam so aku lebih dok tumpu ke dia. Skrg Alhamdulillah keadaan adik dh bertambah baik. Harap adik akan cepat sihat.
Haku harap juga kalau boleh sembuh berubat kg. So haku x yah buat operation..ntahla. Haku pon x bincang secara serius sgt ngan Hubby. Serabut haku.
Pastu sedih pon ada juga, dlm keadaan haku camni ada juga manusia dok mengata mcm2. Kata sakit sbb kerja dpt gaji x berkat la...mkn gaji buta la. Takpala...Allah tu Maha Mengetahui. Manusia ni kalo x kena atas batang hidung sendiri mmg sedap mengata org. Semoga Allah tunjukkan suatu hari nanti. Haku pon bkn nk minta simpati siapa2. Ckplah kalau Allah yg mengasihani haku. Apa yg haku dok stori kat cni hanya sekadar luahan hati haku. Bkn nk meraih simpati. Alhamdulillah Ya Allah....Semoga Allah sucikan hati manusia2 yg selalu berfikiran negetif dan mentertawakan kesusahan org lain. Ya Allah berikanlah mereka ini petunjuk agar tidak terjerumus ke neraka Jahanam hanya kerana mulut lidah mereka.....Ya Allah Ampunkanlah dosa2 ku Ya Allah..Semoga Aku sentiasa didalam LindunganMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal A' Lamin

Monday, December 20, 2010

Pasta Goreng suka hati haku...hahuahua


Menu lunch td. Kes terliur nengok d dapoq CMG. Nak minta blum tentu sampai..jauh wehhh.....muahahha. So godek2 la jugak kat dapoq haku jek. x de la cun dan marbeles cam CMG buat, dia dh taraf profesional dh..haku ni br la nk belajaq. Haku gorang biasa2 jek. Syukur anak2 pon suka. Banyak depa mkn td...Alhamdulillah. Ari2 mkn nasi cemuih dh kot depa pon.....Sempat posing sbelum suap anak2....au letak la cara kasar hapa menda yg aku boh kat cni.....jgn gelak tau...

Bahan2: (haku agak2 je ni...aku hentam ja td)

200g pasta (lebih kurang ler..haku agak2 jek..haku gune spiral-rebus dan toskan)
1 sosej ayamas
Bunga Kobis
carrot (haku potong dadu)
7 ekor Udang saiz kecil (dikupas kulit)
100 g daging cincang
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
1/2 bj tomato (dicincang)
garam
gula jika perlu
minyak untuk menumis

Bahan Tumis:(haku tumbuk)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 biji cili kering (x mo pedas sgt sbb anak2 nk mkn)


Cara:

1.Panaskan minyak dan tumis bahan tumis yg telah ditumbuk td.
2.Masukkan semua sos & tomato dan biarkan sehingga pecah minyak.
3.Masukkan garam & gula secukup rasa.
4.Setelah pecah minyak masukkan udang, daging cincang dan sosej. Kacau dan biarkan sehingga daging dan udang masak.
5. Masukkan sedikit air. masukkan carrot dan bunga kobis. biar agak2 layu.Masukkan pasta dan goreng hingga sebati.
6. Hidangkan panas.


Budak bolat dh x sabaq nk mkn..ibunya kalut nk posing dulu..hahaha

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)