Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Monday, April 4, 2011

Yummy....yummy Tiramisu

 Yummy....yummy sedap gilos tiramisu ni....ada ker yg meleleh ayaq liuq nih?kuikuikui.......akhirnya jumpa juga biskut Tiramisu@ladyfingers ni. Serata alam dh cari, Alhamdulillah jumpa juga. Teruih haku beli pek besaq ( tamak tahap gaban). Pastu apalagi seach cari resepi Tiramisu merata...hat dapoq kak DJ gak haku berkenaan..ekekeke. Tenkiu kak.
Hah meh nk stori kejadian yang tak berapa di ingini masa buat Tiramisu ni. Masa dok susun biskut lapis pertama dan tuang bancuhan nescafe dan letak cream cheese tu ok jek...mai tang lapisan kedua tu lepas atoq biskut haku terus letak cream cheese...aduila lupa plak nk tuang nescafe daaaaa...tula terover xcited sangat. Camni la jadinya. So geram sgt masa tu. Apapepon tawakkal jek weh. Alhamdulillah bagi haku rasa tetap marvelles. So untuk mengubati rasa terkilan sbb tak tuang bancuhan nescafe tu haku taboq serbuk Nescafe kat atas skali ngan serbok koko. Hehehehe...janji ada aroma gituuuu...Pg td bekpes ngan Tiramisuu wooo..dh tak sabaq nk rasa.abih la pagi2 dh dok tambah lemak. Heheheheee.....Bigboss tak makan lagi. Satg tunggu Komen jujur dari Bigboss..hehehehee. Hari tu kek Tiramisu pulun baaaikkk punya. Yang nih tak tau g camna....hope dia sukeeeee......
Kak DJ kite nk kopipes Resepi akak kat cni ye. Minta Halal tauuu..terima Kasih banyak2....




Tiramisu


Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek (DJ guna biskut tiramisu /lady finger)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Ini la rupa Biskut Tiramisu @ Ladyfingers

Sunday, April 3, 2011

Ikan Tenggiri Pedas Masam Manis Kak DJ

Assalamualaikum & Selamat malam kengkawann. Dh makan malam ker? Kite baru sudah makan...burp..alhamdulillah kenyang banget. Syukur pada Allah kerana masih dilimpahkan dengan rezeki. Semoga Allah memberkati rezeki yang diberikan pada kami Ya Allah..Aminnnnnnn...
Uit2..korang jangan dok belek btui ka dak blog mekna ni...hehehehe btui la tu. Takde silap masuknya. Btui dah..ehehehe...(prasan sgt cam ler ada org dok masuk sgt blog dia ni).
Terima Kasih pada yang sudi singgah dan jengok kat sini. Len kali datang la lagiiii...eh..eh...eh awat la melalut sgt haku nih. Kak Hasueee ngko dh perturun ilmu kot Angin ke hapaa nihh? Cepat buleh ni haku nih....hahahaha..jangan marah kak Hasue ekk...gurau2 malam jek...ekekekee. Actually nk stori pasal menu makan malam ni sebenaqnya. Dh p merepek ke lain pula. Okesss..berbalik pada menu kita malam ni. Ikan Tenggiri Pedas Masam Manis Kak DJ. Apesal ada nama Kak DJ? La tu pon kena habaq juga ka...dh haku cedok resepi ni dari Dapoq kak DJ so untuk menghargai penat lelah kak DJ mengsharekan resepi yang sedap sampai terangkat-rangkat ni haku letak la nama Kak DJ. Tak salah kannnnnn??? Hah melalut lg..adussss. Apakena ekk malam ni...?Kak Hasueeeeeee......(dh rasa cam panjang sgt dh la tu N3).
Sebelum haku melalut sampai kuaq tajuk nih nk mintak izin Kak DJ nk tepek resepimu disini. Sedap nih. Len kali nk buat lg. So senang nk cari....



Tenggiri Pedas Masam Manis
Sumber:http://dayangjack.blogspot.com
bahan-bahan :
  • 6 ketul ikan tenggiri (digoreng spt biasa hingga masak)-haku buat 2 ketoi jek
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • sos plum/sos masam manis/sos tomato
  • sos cili
  • garam dan gula secukupnya
  • 1-2 sb cili giling/cili kisar
  • hirisan daun sup
  • cili benggala (dihiris dadu)
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan cili giling/cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos plum, sos cili dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih. Kemudian barulah dimasukkan bawang besar, cili benggala, garam, gula dan daun sup.
  3. Akhir sekali, masukkan ikan yg telah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

Friday, April 1, 2011

Cucoq Ubi Kayu & Talam Ubi Kayu

 Salam Jumaat semuaaa....erm time ni baru la boleh lepak2 kat cni. Hehhheehe...arini kita tgk gambaq
cucoq Ubi Kayu ye..hehehhe. Hujan2 camni mmg laku kalau cucoq gorang panas-panas. Perghhh..layan habis beb. Ehehehehe.....Kejadian cucoq ni pon oleh sebab MY MIL yang bg ubi kayu siap dh rebus palk tu...hehehe. Sebenaqnya aku tak tahu nama apa kuih ni. So suka-suka hati haku jek p letak nama cucoq ubi Kayu tu...ehehehehe. Sbb bahan dia cuma ubi kayu rebus yg dilenyek + gula+ kelapa parut..simple je. Bulat2 then gorang...mmg marbeles....


Sajer je nk tayang apa yg ada dalam tu..ekekekeke
Satu lagi kuih yang haku buat tp tak menjadi...tension jekkk...lapis ubi kayu nih buat ari apa ntah...bahagian bawah dh cun. Mai lapisan atas tu lembik la pulak. Slalu fail je kalau buat talam ni. Tension jek tgk....


 

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)