Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Monday, October 17, 2011

Kek Lapis Asam Manis (Hawflakes)

Kek Lapis Serawak yg begitu sedap sekali. Yang ni jer sempat snap sbb kek ni haku buat untuk kenduri doa selamat MIL and FIL nk ke Tanah Suci. Alhamdulillah diorang dh selamat sampai ke Makkah. Syukur....semoga Mak dan Ayah dipermudahkan segala urusan di sana...Aminn,.
Dulu haku penah cuba kek resepi dari Bro Rozzan. Kali ni cuba resepi K1 @blog CitarasaWan. Terima kasih kepada kedua2 nya kerana sudi berkongsi resepi.Kite minta k1 dan bro Rozzan Halalkan yer resepi yg kita amik dan guna ni. Nak tgk kek lapis diorang kena lerr p blog sifu2 ni okeh.
Okeh la...Resepi insyaallah bila Mood M datang kita update.

Wednesday, October 12, 2011

Sambal Kentang Ikan Bilis Dayang Jack....


Ehem3...tumpang laluuu yerrr....nak tepek gambaq sambai yg mabeles..melelesss punya sedap nih. Mmg lentok habis aarrr ( kalau dah hantu sambai tomih x leh kata apa...sedap jela kalau menu sambai). Penah cuba buat buat jg tp yg nih mmg best lee...Thankiu kak DJ. Sambal ikan bilis dan kentang resepi akak ni mmg kena sgt ngan selera kita. Makan ngan nasi panas2..perghhhh. Tambah nasi x henget punya....
Nak tepek supaya senang nk refer sbb pasti akan buat lg...thank again kak DJ
 
Sambal Kentang dan Ikan Bilis
Sumber : Dayang Jack (Dapurku Sayang)
Bahan-bahan :
  • 2-3 biji  ubi kentang (dipotong wedges, gaul dgn sedikit garam dan goreng hingga masak)
  • segenggam ikan bilis (digoreng garing)
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar) - optional
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit air asam jawa @ limau kasturi
  • garam dan gula secukupnya
 Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan garam dan gula secukupnya serta perahan air asam jawa / limau kasturi.
  3. Kacau hingga sambal betul2 garing. 
  4. Tutupkan api dan barulah dimasukkan kentang dan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaulkan rata2.
  5. Hidangkan.


Tuesday, October 11, 2011

Puding Roti Sos Kastad takbuat..hehehee

Puding roti jerrr...sos kastad haku maleh nk buat. Sunggh aku ak sangka sedap ropanya puding neh. Huhuhu...dh lama dok KIV nak buat...mlm smlm tercapai juga hasrat. Bigboss pon suke juga ni. Walaupon tanpa sos kastad puding ni tetap marbelessssssssss.....Terima Kasih pada kak Hana yg dh lama tak dengaq habaq berita tu..mna la ngko kak....windu leee.
Resepi dicedok kat dapoq Mas Duniaku....terima kasih kepada semua yg terlibat. Halalkan resepi kite amik yerrr...

Puding Roti Sos Kastard
Resepi : Kak Hana
Sumber : Izahdaut
amik kat : dapoq MAS Duniaku

Bahan :
·                     8 keping Roti
·                     * 500 ml Susu segar
·                     * 4 sudu besar Gula halus
·                     * 2 sudu besar Butter- cairkan
·                     * 2 biji Telur
·                     * 1 sudu teh Esen vanilla
·                     * 1 sudu besar Tepung Jagung
·                     * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
·                     2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard :
·                     1 tin susu cair
·                     2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
·                     2 s/b gula


Cara membuatnya :
1.                  Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2.            Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3.            Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4.            Taburkan kismis diatas adunan.
5.            Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6.            Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
7.            Tuang ke atas puding roti tadi

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)