Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Sunday, November 6, 2011

Kek Coklat utk Aidil Adha

 Assalamualaikum  & Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..hehehe..dh nak masuk hari kedua baru sempat jengok cni. Raya ni haku mmg tak da mood nk buat kuih raya. Dulu haku tak kira raya apa mesti buat kuih raya. Sebab utama arwah mak suka sangat makan kuih raya dan dia akan call tanya kuih apa yg haku buat tiap2 kali nk raya. Tp semua tu dh tinggal kenangan manis yang tak mungkin akan berulang lagi...rindu sgt kat mak....Huhuhuhu...Al-Fatihah buat Mak Tercinta.Raya kali ni jg MIL & FIL tak ada kerana menyahut panggilan Haji..Algamdulillah..semoga Mak & Ayah mendapat Haji yang Mabrur..Aminnnn....
Kali kedua buat kek coklat ni. Resepi dh penah tepek masa 1st time buat aritu...korang leh la godek2 cari. Kek coklat yg mmg terserlah kegebuannya sampai nk potong naik risau...gebusss sgt2. Memang best sgt. Kek coklat ni buat untuk waklik kanpung utk ayah. Sebab mmg haku tak buat hatta sejenis pon kuih raya. Buat 2 biji...sebiji besar utk waklik kampung, lg sebiji saiz kecik je habuan kat umh. Haku blk sehari jek sbb lps sembahyang raya kena blk Umh my MIL sbb BIGBOSS nk pegi surau kat kg kerana ada majlis korban. Selalu my FIL yang pegi. Kira ganti la kan....


Friday, November 4, 2011

Dapat pembantu Baru lerrr....Tenkiu LaLiNg

Yang sebelah kiri tu live punya gambaq....sebelah kanan tu gambaq kat kotak

Assalamualaikum....N3 atas permintaan MAMASYAZA. Erm..bkn tak mau letak tp risau nnt org pikiaq nk menunjuk-nunjuk pula. Tp tak da niat pon. Sekadar suka2 ja kan. Dh penah buat n3 psl BM ni. Mmg dh lama dok mengidam pembantu ni. Alhamdulillah ada rezeki nk guna BM akhirnya. Haku masuk ahli Cosway pon semata2 nk beli BM ni dengan harga lebih murah. Memang berkenan sangat dengan paten dia. Hehehehe...harap bekenan jela....hhahaaha. Modai tak dak...Tp syukur sgt sebab Bigboss mmg memahami peel marka dia ni..selagi tak dpat sesuatu tu....dok berangan2 je.hahaha. So dia belikan la juga. Terima kasih sangat2. Semoga Allah jua membalas segala kebaikan itu. MAMASYAZA ni haku dh tepek gambaq BM tu...harap x kempunan lagi yerrr...

Thursday, November 3, 2011

Kelahiran sulong....BUN PANDAN BERKAYA


Rootiiii............Roootiii. Panas....panass...Aik dh tdo ke semuaaa? Baru siap bako roti ni. Masih berasap g dh tak sabo2 haku nk snap. Kes dok keciwi BM. Dh dapat idaman kalbu mn leh tahan nk cuba..mende baru le katakannnn. Td blk keja teruih belek2 manual camna nk guna. Punya la xcited nk guna sampai buat adunan lupa letak mentega...hancussss roti keras sopa ketoi batu...Bigbos siap gelak sakan td..tensennnnnn jek. Pastu haku rilex sat, bg cool dlu hangin tension td. Masak makan malam lu. Lps makan start blk projek tak jd td. Buat lain adunan....Alhamdulillah. Gebus Gebassssssssss....muhehehehee. Dok sennyum sensorang la ni sbb semua dh lentok dibuai mimpi abih dah. Dh masak tat sat haku balun sebiji..saja try test apa rasa...nyum2. Mmg gebus dan sedap la pulakk,...panas2 mmg layan beb..Respi telah diskodeng di dapoq Chef CMG. Tenkiu CMG...minta halalkan ye resepi ni...sedap. Tp ampunnnn kita terpaksa menderhaka sebab kan sekaya tak da stok. Jadi kita tukaq letak inti kacang merah kat dalam....jgn mare nnt ilang awet muda tau....hehehehhe...So ni kira product sulung...eh kedua la kan?kan? memula yg kene sumpah jd ketoi batu td tu...erm...syukur alhamdulillah. Erm nk ucap tima kacih banyak dua ratus juta kali juga kat Cayangku My laling BIGBOSS sebab  sponsor BM idaman kalbu ku ini. Dh lama wooo do meroyan ke benda ni. Mmg rezeki la smlm kuar and lalu depan kedai tu dia dok display baik punya tepi cermin kedai. Terus masuk tanya, mmg baru sampai stok dan ada satu tu ja. Mmg rezeki btui la. Pastu rezeki jg bisboss sudi belikan. Tenkiu2..okeh haku nk tepek resepi supaya senang haku nk buat lg. Tak yah melilau cari rata dh....


 BUN PANDAN BERKAYA
sumber: CMG@tiffinbiru
sumber: Rincchan

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...

 

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)