Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Sunday, February 12, 2012

Kek Oren Badam yang besttt



Selalu asik buat kek yg sama je kan. Kali ni cuba kek Oren badam pula. Tetiba teringin sangat nk mkn sbb tgk kat AFC diorang buat nampak moist sangat. Tak sempat nk salin resepi masa siaran tu. Jadi godek2 kat google...terjumpa resepi nih. Bagi haku mmg best sgt2. Menepati selera pewut stokinku ini...ahakssss...Kek yang sgt moist, gebussss, rasa masam2 dan wangi kulit oren yg memukau qolbu ditambah dengan rasa lemak2 badam...perrghhhhh..hahaahahaha...jiwang japsss. Asik la kiranya bila mengunyah kek nih..haku yg makan paling banyak. Kek ni tak manis sgt....lemak2 rasa dia. Resepi dapat dari LIDYA@bake online. Thanks yer lidya...harap halal kan resepinyer yerr..kita nk letak disini buat rujukan di masa akan datang.. 


KEK OREN BADAM

BAHAN-BAHAN

250gm butter
2 sudu besar parutan kulit oren
200gm gula kaster
4 biji telur
50gm serbuk badam
225gm Tepung naik sendiri
75gm tepung gandum biasa
180gm orange juice

CARA-CARA

1. Pukul butter,gula dan kulit oren hingga gebu
2. Masukkan telur satu persatu
3. Masukkan tepung berselang seli dengan orange juice dan masukkan serbuk badam.Gaul rata
4. Bakar 45 minit.

Saturday, February 4, 2012

BASIC SWEET DOUGH


Ni kiranya N3 tertungak-tunggak. Dh lama buat tapi tak dan buat N3 pon. Nak buat cemana. Bz jo semedang aih. Apa yg dibzkan pon tak tau. Fuhhh.....tp sebelum haku start melapis kek haku nk layoq gak roti yg mabeles nyum...nyum punya la best. Kiranya ni la antara roti yang haku penhg cuba dan menepati citarasa seisi rumah terutama Bigboss lew...selain Hokkaido Milk Loaf roti ni mmg terbaekkk....resepi asal dari Mamafami. Haku tercopy dari dapoq blogger masak popular Kak Nor Secubit Garam. Kak Nor lak amik kat Dapoq Blogger masak tersohor siapa lg Encik CMG kite lerr...Tenkiu semua yerrr....jasa anda semua sentiasa dikenang. Terima kasih selalu berkongsi resepi buat kite2 yg dok belajar masak ni. Harap di halalkan resepi ni yer... Kak Nor, mekna minta izin copy paste kat sini tau...nak tgk macam2 versi sila ke SINI . 

BASIC SWEET DOUGH
Sumber : MAMAFAMI, KAK NOR SECUBIT GARAM, CMG


400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner)
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....

Thursday, February 2, 2012

Kek Lapis Kukus Coklat Chips


Asik-asik kek lapis kan? hahahaha....nk buat camna., mood M tgh membuak2. So layan ajela. Kek ni haku buat skali ngan kek lapis Kukus Hawflakes tu cuma yg ni letak coklat chips je. Tapi rasa tetap  mabeles. Sikakak makan banyak kek,,,dia suka coklat chips tu. Selebih haku makan kat opis lerr..bekalan habuan kunyah2. Kek ni kecik je kalau x silap aku guna loyang 7X3 rasanya. So saiz yg sesuwai untuk rakyat jelata kat umah nihh... skali pandang macam buah tembikai plak kaler dia. Tp takpajanji semua merasa . layannnzzzzz

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)