Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Friday, April 13, 2012

Stew Ayam...angkara tayangan free kak Izah Daut

Gambar takda la menggiurkan cam kak Izah...maklumla kamera cokia ja..hehehe

 Kak Izahhhh.....haku telah tergude. Terus buat lepas akak tayang td...seeedaaapppp...w/pon menu kanak-kanak. Mak kanak-kanak yg over...thnks Kak Izah Daut..len kali tayang la lg...Kite makan ngan nasik putih jek. Mabeles2...Izinkan adik Mekna nk Copy Paste kat sinin yer...nnt nk buat senang nak rujuk....kalau nak tgk ga,baq stew yg cun dan menggode itew sila p SINI. Tak lupa Terima kasih jua buat Kak Hanieliza...

Makan ngan nasik putih jaaa...seeedaaappppp (dh mcm iklan beras Faiza plakk)

AYAM STEW

resepi asal : Hanieliza
Di copy paste : Kak Izah Daut


Bahan:
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak


Bancuhkan
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...


Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah


Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang & daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengna nasi atau roti.

Kek Barbie ala Fairy Secret...

 Arini ibu cuti...si adik & kakak dh bopa hari asik menyungut nak makan kek coklat. Ibu plak ada mood kemalasan melanda....semalam kakak dok remain nk kek coklat. Tp smlm mood malas masih menebal. Ibu pon janji arini. So pepagi buta haku dh dok godek2 buat kek coklat. Macam2 permintaan...so ni la jadinya kek utk diorang. Adik bangun2 tdo nampak kek ni seronok sengeehhhh tak terhingga. Seronok bila tgk anak2 happy....tak sabaq2 diorang nak makan. Hilang la rengekan beberapa hari lps tu...
Dalam ni kek Coklat Khariani.  Haku main hantam ja ni. Konon2 nk ikut permintaan kakak nak barbie Fairy Secret tu...hehehe. Hantam sjala labu....janji ada ropa barbie tu kira okeh la kan...hehehhee.
Okeh dh tak larat nak bebel. Nak kena p masak nasi plak...layan gambaq 2 orang budak bolat sedang mamam kek...layannzzzzzz.. 
 Kakak asik dok menempel kat kek je

 Adik pon nk tumpang sekaki posing kat kek


 Tenung2 kekk..

 Kakak kata kain dia dh koyak cam dalam CD....

 Adik sedang khusyuk makan kek

Kakak pulun makan...

Thursday, April 12, 2012

Tanaman yang tidak seberapa...




Malam ni nk mengabdikan bunga yang paaaling haku suka skali. Ni pokok bunga ros ke tiga yg haku dh beli...lg 2 ros mini jek. Ni bunga kali kedua. Alhamdulillah...besar bunga dia..haku suke2. Seronok sangat bila pokok yang kita tanam berbunga. Rasa berbaloi.  Tenkiu juga buat Bigboss kerana rajin melayan dan menemani lalingmu ini p cr pokok munge ros...hehehehehe. Dulu suka sgt beli fresh rose masa dok kat Sungai Petani. kat Cni ssh nk cr kedaiyg juai bunga segar. Rasanya ada satu kedai tp dia ttp awai la. Tp tanam lg best kan...lama skit dia bertahan. save kannnn...hehehee

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)