Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Sunday, February 27, 2011

Lapaq la pulakkk...

Gambar mik kat Google ..
(minta izin ye tuan punya gambar...)

Salam ditengahari...Jangan heran tengah2 hari cenggini tetiba kuaq gambaq karipap. Orang lain dok terbayang nasik dh time ni.hahahaaah....Karipap ni bukan haku buat wehhh..sebenaqnya tetiba teringin rasa nk makan karipap pusing nih. Nak buat malas la pulak..tp nak makan. Hahahaha...melampau kan haku ni. Nak makan pon malas nk masak. Rasa cam sedappp ja. Tengah2 lapaq camni nampak apa pon sodap...
Selalu pagi2 lg aku dh sarapan nasik. Arini ada member ofis wak mai capati buat kenduri. So aku balun ja la capati tu sebiji. Td rasa cam kenyang ja....mai koi 11 dh lapaq tahap gaban balik...haru. Perut cap apa ntah. Ni dalam perut dh dok nyanyi lagu dangdut dh ni. Haru niii...dlm pala pikiaq lapaqqq ja ni. Kacau2....Lambatnya jam nk bergerak ke pukoi 1..lapaq2...tulongggggg....adeh2

Kek Span Strawberry...siaran ulangan

 Selamat malam semuaa..eh dh pg daaa...hehehehe. Pepagi buta nk tayang kek span strawbery pulak..ha. Baru siap td...so terus snap siap2 seblum selamat di belasah. Haku buat 2 versi, cupcake dan sebiji kek. Dah banyak kali dh buat kek ni. Sedap dan mmg laku kalau kat umah...tambah2 yang cupcake tu sbb ada letak Filing strawberry. Dh lama tak buat so saja la test skill tgk...hehhehe. Alhamdulillah menjadi elok..gebus gebas mcm makan buih. Lembut jek..agak2 kalau tak dak gg bleh telan terus kot..hahahha. Resepi mik kat MyResipi. Ok la mata pon dh mengantuk..jadi minta izin tuan punya resepi SWEET4EVER untuk cnp kat cni..len kali senang nk rujuk..Oh yea minta maaf ye tuan punya resepi haku dh tukaq perisa strawberry.ok babai..selamat malam....opss...selamat pagi

 
 Kejadian yang tak berapa nk senonoh

Bahan-bahan ( 1 biji kek )(haku buat 2 adunan)
sumber:sweet4ever@myresipi.com
  • tepong super fine - 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
  6. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

Versi cupcake

Friday, February 25, 2011

Soto Madura Kanazawa

Jom layan Soto Madura...sedap gilos. Haku sukaaaaaa. Dh lama dok tangguh nak buat soto ni. Arini off day so bertekad je buat. Rasa cam teringin sangat nk makan. Kebetulan pula bahan dh ada. Apalagi onkan je projek. Hasilnya memang tidak mengecewakan. Amat la kena ngan anak tekak haku ni. hehehehee. Resepi ni haku selongkaq kat dapoq Kak Hana Jepung lagik...opsss sori kak kalau dapoqmu itew dh bersepah. Tak sempat nk kemas balik td..huhuhu. Jangan maraaa aa cikgu. Biasa la dapoq kak Hana kan byk menu soto...tau dh mesti ada punya...tenkiu akak.
Sebelum n3 ni selamat di posting haku dh balun 2 mangkuk soto tu..hahahaa(perut stokin nihh). Pastu dipadankan pula dengan cendol yg MY FIL hantar td..perghhhhh...tangkap muat teruss....

Sejuk je pekena cendol tengahari td...ada lg. Satg nk p rembat pulak

RESEPI SOTO MADURA

Bahan-bahan

Bahan rebus ayam
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong empat @ leh gune daging
  • 1 batang serai - titik
  • 1 batang daun saderi - potong dua
  • 1 inci halia - titik
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 ikat sup bunjut - x ltk
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk lada putih
Bahan Tumis
  • Rempah Tumis (kayu manis dan adik beradiknyer)
  • 1 sudu besar rempah sup @ (1sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
  • Air rebusan ayam di atas
  • Garam
Bahan Sampingan
  • Nasi impit
  • Ayam siat
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Kentang rebus@goreng
  • Begedil
  • Daun sup@daun bawang
  • Bawang goreng
  • Suun goreng & kacang tanah
  • Limau nipis
  • Sambal kicap

Cara-cara
  • Rebus ayam dengan bahan2 di atas hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam dan juga air rebusan. Siat2kan isi ayam dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan ayam tadi dan didihkan. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Hidangkan dengan nasi impit dan bahan2 lain.

Sambal Kicap
Bahan-bahan
  • segenggam cili padi - leh cmpur ngan lada merah klu tk mo pedas sgt
  • 2 ulas bwg putih
  • kicap manis secukupnyer
  • gula putih - hana tambah gula merah skit
Cara-cara
  • tumbuk cili, bwg putih n gula. dh lumat masukkan kicap dan gaul rata.
  • klu blend - jgn letak air byk. blend gune kicap tuh jer n skittt jer air.
  • ok dah! siap! :)
  • ada org letak limau...tp kita tk suka...:D.
  • Sambal nih tahan berbulan2 jika diletak lam peti ais.

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)