Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Friday, November 18, 2011

Strawbery Coklat Marble Cake


Projek malam smlm....dh lama tak buat tat, lupa habih skill. Tp alhamdulillah...torn out elok. Kek pon menjadi jerrr,,,,,kek ni dari resepi kak Fida@MyR. Thanks kak Fida...dh penah buat byk kali dh kek ni....mmg best. ...

Bahan-bahan ( 1 loyang 12x12inc. / 10x7x3inc(2 loyang) )

Sumber asal:Kak Fida@MyR

  • 10 biji telur
  • 85 ml air
  • 450 g gula halus
  • 420 g tepung Hong Kong*
  • 115 g tepung gandum*
  • 2 sk baking powder*
  • 1 1/2 sb ovallete
  • 400 g mentega - dipukul kembang
  • 1 sb strawberry paste
  • 1 sb choc. paste
  • sedikit pewarna merah
  • 2 sk esen vanilla

Cara-cara

  1. Ayak bahan2 bertanda*
  2. Satukan semua bahan dlm mangkuk mixer kecuali mentega,paste, pewarna dan esen dan dipukul hingga kembang.
  3. Setelah itu masukkan mentega dan kacau hingga rata dan sebati.
  4. Adunan dibahagi kpd 3 bahagian dan setiap satu bhgian di bubuh choc. paste,satu bhgian strawberry paste dan warna merah dan satu bhgian dibiarkan warna asal dan dibubuh esen vanilla.
  5. Loyang dialas dan digris. Tompok2kan adunan seperti marble bermula dgn putih,merah,choc. dan ulang hingga habis.Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 45 min.
  6. Paste dan pewarna boleh di tambah atau diubah ikut citarasa masing2. Jika tiada choc. paste dlm simpanan, boleh juga digantikan dgn 2 sb serbuk koko dilarutkan dgn sedikit air panas utk dijadikan paste.

2 comments:

dZana said...

jln2 mlm.. sedapnya klau dpt sepotong ni mekna..

MekNa said...

dZana:ehehehehee...sebiji pon x berasa makan kek ni...gebus gebasss

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)