Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Saturday, July 28, 2012

Bebel2 & Oder-oder...

Assalamualaikum...lama x bersiaran kat cni..kawan2 pon dh maleh nk singgah kat dapoq ni pa..asik tgk gambaq kek keramel tu ja...nak buat camna..tuan umah bz jek ..tambah2 buan Ramadhan yg mulia ni. Lagiii la bz ((hehehhee..rasa cam nyampah tak alasan? kui..kui..kui..bukan alasan...yg bener aja ni)

Bulan puasa ni bukan x masak or x da ooderr, cuma oder tu haku kurangkan banyak..hahhaha. Sebab time malam ja mmg habih ghiang (tenaga) kata org kedah. Almaklumla kan....koi 4am bangun sediakan sahur..pastu kemas2 apa yg patut. Selalunya mmg x tdo semula sebab takut terbabas nk bgn p keja plak. Pastu p keja...time tgh blk umah sat prepare dan wak kuaq bahan mentah dlu, senang blk keja semua dh x beku keras kejung. cepat bleh masak...4.30pm blk keja singgah beli apa2 yg x ckp utk masak. Pastu p amik anak n balikumah, haaaa..pastu mula nk bersilat kat dapoq sebab dh koi 5.15pm. Sambil2 mandikan anak2 dan siapkan diorang. Dah siap masak dan hidang  selalunya mmg ngam2 bopa minit g nak berbuka ja...Perghhhhhh...malam selalunya lps mayang maghrib n kemas2 dapoq..mmg dh tumbang. Kalau ada oder gagah tahan sat..tu pon kalau dh buat sambil mimpi mmg haku berenti tdo lu...pastu bangun awai siapkan..keh3. bleh gituuu?..pastu sambung la siapkan sahur...bila time camni mmg rasa nak benti keja dok umah ja..Anak2 lebih suka makan masakan umah. Ibu dia yg nak pitam...Tp Alhamdulillah..mn nk cari pahala camtu kan,..tambah2 bulan puasa..

Okeh..dh abiss sesi luahan perasaan, dh alang2 aku dok merepek kat cni aku nak tepek la apa yg ada dlm folder ni..layannnzzzzz

RV ni dioder oleh opismate En Bigboss..Tq yer


Kek span ngan edible image ni dioder oleh kak.....adeh lupa nama kak tu..sorry ye kak.Apepon tq kak

Kek Coklat ni di oder oleh kak Zaini...kawan opis.Tq Kak Zaini. Harap berpuas hati dengan keknye ye


Marble Cheese Browniess...Thanks Munira Ibrahimm...

Sudah la kot noh..berjela panjang dh nihhh

Monday, July 9, 2012

Oder









Antara tempahan minggu lepas...terima kasih semua....x da mood nk stori lebey2..biarlah gambaq ja berbicara..ceewaahhhh...

for everyone


Hargai isteri anda
for everyone
Sumber : Kosmo.

MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?

Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri.

Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.

Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah. Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.

1. Isteri bukan pembantu rumah

Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.

Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

2. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.

Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.

Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.'

3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.

Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.

Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.


5. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.

Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.

6. Ciuman khas

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.

Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

7. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.

Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan. - NUR AISHAH MOHD. AMIN

Thursday, July 5, 2012

Oder arini-Apam bee/ladybbug/Rv in jar & riffle






 Arini punye oderrr..Syukur Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yng sudi oder ...harap berpuas hati yer..terima kasih jua pada tuan2 punya resepi. Minta halalkan yerrr....
Terima kasih juga buat Bigboss yang banyak membantuu..saaayaaangg u..hahahahaterjiwang jap...jangan ada yang muntah ijo udah lewww..hehehehe

Monday, July 2, 2012

Oder 2 Julai 2012 - Apam Ladybird & Bee, Puding Triffle & Cheese Tat


Hah..amik..besaq punyaaa...pestime cuba mik oder buat apam ladybird & bee ni. Belasah jek..Alhamdulillah..ada juge rupe ladybird ngan bee walaupon sipi2 jek..ahaksss..Insyaallah akan di perbaiki lagi. Terima kasih pada semua yg selalu dok bg tutorial camna nk buat apam ladybird ni...Anak2 haku xcited jek..si adik tu x sabo2 nak makan..hahahaaa..Thank u pada kak Misnadi..sudi oder ngan kita...smlm x tau haku tdo pkoi bape...smlm org oder triffle, apam ladybird & bee ni ngan tat..last masa bakaq tat tu aku tgk jam koi 4 am...hahahaha. Siap je tat aku lena sat..sedaq2 henpon bunyi koi 6...bangun siap2 anak p sekolah. haku nak masuk keja sebelum koi 8. Alhamdulillah semua tempahan orang dh siap..tgh kang nk p dellivery...

Sunday, July 1, 2012

Oder- Marble Cheese Brownies & Cheese Tat



Tempahan yang tidak seberapa daripada kawan2..terima kasih semuaaaa...1 bj marble Chese Brownies & CHeese Tat...

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)