Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Sunday, February 27, 2011

Lapaq la pulakkk...

Gambar mik kat Google ..
(minta izin ye tuan punya gambar...)

Salam ditengahari...Jangan heran tengah2 hari cenggini tetiba kuaq gambaq karipap. Orang lain dok terbayang nasik dh time ni.hahahaaah....Karipap ni bukan haku buat wehhh..sebenaqnya tetiba teringin rasa nk makan karipap pusing nih. Nak buat malas la pulak..tp nak makan. Hahahaha...melampau kan haku ni. Nak makan pon malas nk masak. Rasa cam sedappp ja. Tengah2 lapaq camni nampak apa pon sodap...
Selalu pagi2 lg aku dh sarapan nasik. Arini ada member ofis wak mai capati buat kenduri. So aku balun ja la capati tu sebiji. Td rasa cam kenyang ja....mai koi 11 dh lapaq tahap gaban balik...haru. Perut cap apa ntah. Ni dalam perut dh dok nyanyi lagu dangdut dh ni. Haru niii...dlm pala pikiaq lapaqqq ja ni. Kacau2....Lambatnya jam nk bergerak ke pukoi 1..lapaq2...tulongggggg....adeh2

Kek Span Strawberry...siaran ulangan

 Selamat malam semuaa..eh dh pg daaa...hehehehe. Pepagi buta nk tayang kek span strawbery pulak..ha. Baru siap td...so terus snap siap2 seblum selamat di belasah. Haku buat 2 versi, cupcake dan sebiji kek. Dah banyak kali dh buat kek ni. Sedap dan mmg laku kalau kat umah...tambah2 yang cupcake tu sbb ada letak Filing strawberry. Dh lama tak buat so saja la test skill tgk...hehhehe. Alhamdulillah menjadi elok..gebus gebas mcm makan buih. Lembut jek..agak2 kalau tak dak gg bleh telan terus kot..hahahha. Resepi mik kat MyResipi. Ok la mata pon dh mengantuk..jadi minta izin tuan punya resepi SWEET4EVER untuk cnp kat cni..len kali senang nk rujuk..Oh yea minta maaf ye tuan punya resepi haku dh tukaq perisa strawberry.ok babai..selamat malam....opss...selamat pagi

 
 Kejadian yang tak berapa nk senonoh

Bahan-bahan ( 1 biji kek )(haku buat 2 adunan)
sumber:sweet4ever@myresipi.com
  • tepong super fine - 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
  6. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

Versi cupcake

Friday, February 25, 2011

Soto Madura Kanazawa

Jom layan Soto Madura...sedap gilos. Haku sukaaaaaa. Dh lama dok tangguh nak buat soto ni. Arini off day so bertekad je buat. Rasa cam teringin sangat nk makan. Kebetulan pula bahan dh ada. Apalagi onkan je projek. Hasilnya memang tidak mengecewakan. Amat la kena ngan anak tekak haku ni. hehehehee. Resepi ni haku selongkaq kat dapoq Kak Hana Jepung lagik...opsss sori kak kalau dapoqmu itew dh bersepah. Tak sempat nk kemas balik td..huhuhu. Jangan maraaa aa cikgu. Biasa la dapoq kak Hana kan byk menu soto...tau dh mesti ada punya...tenkiu akak.
Sebelum n3 ni selamat di posting haku dh balun 2 mangkuk soto tu..hahahaa(perut stokin nihh). Pastu dipadankan pula dengan cendol yg MY FIL hantar td..perghhhhh...tangkap muat teruss....

Sejuk je pekena cendol tengahari td...ada lg. Satg nk p rembat pulak

RESEPI SOTO MADURA

Bahan-bahan

Bahan rebus ayam
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong empat @ leh gune daging
  • 1 batang serai - titik
  • 1 batang daun saderi - potong dua
  • 1 inci halia - titik
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 ikat sup bunjut - x ltk
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk lada putih
Bahan Tumis
  • Rempah Tumis (kayu manis dan adik beradiknyer)
  • 1 sudu besar rempah sup @ (1sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
  • Air rebusan ayam di atas
  • Garam
Bahan Sampingan
  • Nasi impit
  • Ayam siat
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Kentang rebus@goreng
  • Begedil
  • Daun sup@daun bawang
  • Bawang goreng
  • Suun goreng & kacang tanah
  • Limau nipis
  • Sambal kicap

Cara-cara
  • Rebus ayam dengan bahan2 di atas hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam dan juga air rebusan. Siat2kan isi ayam dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan ayam tadi dan didihkan. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Hidangkan dengan nasi impit dan bahan2 lain.

Sambal Kicap
Bahan-bahan
  • segenggam cili padi - leh cmpur ngan lada merah klu tk mo pedas sgt
  • 2 ulas bwg putih
  • kicap manis secukupnyer
  • gula putih - hana tambah gula merah skit
Cara-cara
  • tumbuk cili, bwg putih n gula. dh lumat masukkan kicap dan gaul rata.
  • klu blend - jgn letak air byk. blend gune kicap tuh jer n skittt jer air.
  • ok dah! siap! :)
  • ada org letak limau...tp kita tk suka...:D.
  • Sambal nih tahan berbulan2 jika diletak lam peti ais.

Selamat Hari Lahir Buat Kak Nor Secubit Garam

N3 ni khas ditujukan buat Kak Nor Secubit Garam yang menyambut hari lahir yg ke tuttttttttttttttt...ehehehehee. Rahsia dak kak Nor? hehehehehe. Semoga Kak Nor akan sentiaaasa bahagia bersama keluarga, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, rajin buat N3 resepi best2 (hahahaa ada juga yg ni), diberi ketenangan dan dirahmati serta dilindungi Allah swt selalu. Semoga persahabatan di alam maya ni akan berpanjangan hendaknya.... SELAMAT HARI LAHIR KAK NOR.......

Kek ni Khas Buat Kak Nor


Thursday, February 24, 2011

PuLuT Duyan...waLLaHhhhh...

Assalamualaikum dan selamat malam semuaa....ada apa stori malam ni. Erm...malam ni alhamdulillah dapat juga haku jengok blog. Arini haku kene bertugas kat Bilik Jubah . Tgg budak2 hantaq balik jubah konvokesyen diorang dan amik transkrip. Seharian la haku dok melepak dalam tu ngan 1-2 lagi petugas.So mmg xdan la nk buat n3 bagai. Takat nk tengok je blog bleh la..hehehee..
Apa pendapat korang dengan baju baru blog ni...ok tak...hehehee..terima kasih buat Mamasyaza@contenghidup sebab membantu mengecunkan ropa paras blog haku...hahahaaa..kang ada yg pingsan baca stetment kontroversi nih...hahahahaa. Cantik pada pandangan haku la.Kihkihkih...Dh lama serik nak edit apa2 kat blog lepas kejadian aritu..hahahaaha. Tau pon takut kan...dh tau tak terer nk memandai2..ha amik ko.  Tp ni dengan bantuan Pra Pakar aku memberanikan diri edit pelan2.
Okesss berbalik kepada gambaq di atas tu. ...korang kenai ka apa tuuu?????haaaa...pulut duyan beb...kegemaran si kakak... siap pesan kat haku jangan habiskan durian tu dia nk bg lg...padahal dia dh balun 2 pinggan td. Isk2...budak2...mau kata suka tu risau ja takut kita habiskan..hahahahah. Semalam Bigboss g PM (Pasar malam bkn Perdana Menteri tuuu) cari duyan. Skali dia blasah beli sampai 3bj. Sedap memang sedap, duyan kampung...manis merdu rasa diaaaa..hahaha. Pekena pulak ngan pulut berkuahkan santan...perrrghhhhhhhhhhhh. Layan bebb..haku balun4 ulas juga td..Alhamdulillah kenyang. Sikakak pon dh tertdo kekenyangan....Okes..nk g apa2 yg patut kat blog sat. Mik la sorang seulas duyan tuu...cauuuu

Wednesday, February 23, 2011

Daging Merah Ala Thai...sawadikapppp

Malam ni masak nasi berlauk. So aku buat je Daging Merah Ala Thai ni. Dh pernah buat dulu...resepi cedok dari dapoq Kak Hana Jepun nun. Jauh nihhh...heehhehe..Kak Hana Halal ye kita mik nii...Lupa pulak resepi asal saa punya..apapon Tq tuan punya resepi dan kak Hana juga sebeb share resepi yang best nih. Senang dan mudah membuatnya. Pastu haku goreng ikan dan panaskan Gulai Ikan Tenggiri My Mil bagi smlm...sedapp...mmg layan la. Jadi kita nak tepek resepi kat sini lagi sekali kut2 ada sapa teringin nk try no....

 DAGING MERAH ALA THAI

sumber::hanamemories

Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • hana tmbh halia ketuk
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih n halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

Sagu Gula Melaka + Mee Bandung xpress

Huhuhuhuuu..terliuq dak...hehehhee. Sedap nih melayan di tengah hari yang panas terik...letak plak ais batu..perghhhhh. Sejukkk ja masuk perut. Memang bessstttt. Tengahari tadi balik belasah sagu ni ja kat umah. Nak makan pon kenyang lagi sbb pagi td bekpes nasik. Sagu gula melaka ni buat tengahari semalam sebab ada kawan2 nak mai umah. Sempat buat sagu ngan Mee bandung je. Maklumla ari keja. Harap kawan2 suka. Hehehe....len kali mai lagi tau. Jangan serik pula. Nak letak resepi pon haku main campak2 jek petang smlm..maklum la nk cepat punya pasal. So mee ni juga jd menu dinner kami sekeluarga semalam...Anak2 mmg suka sangat kalau buat mee. Tak kira mee goreng ke, mee rebus ke memang menjadi pujaan diorang.
Sebenaqnya teringin nk makan dan buat cendol tp mood rajin tak mai lagi. Malas la pulak nk kacau tu. Makan rajin la. Ari ada minta Bigboss beli kat JOE CENDOL PULUT tp alahaiiii..skit ja cendolnya. 3 kali suap dh habih daa..( mulut cap apapon x tau...) camno la..Tengok la hari cuti kalau rajin nak mengacau cendol. Tupon kalau mood 'R' ada. Kalau tak..ehehehee..korang paham ler sendiri.
Okeh..layan la gambaq yg x bopa nk cun ni..snap pon kalut2...byeee


Mee Bandung + sagu gula melaka.

Monday, February 21, 2011

Tak De Pasal Cari Pasal...


Ahad semalam haku amik cuti sebab nk p berubat. Lepas selesai kat umah Tuan Haji harun tu Bigboss nk pergi Aloq Staq amik barang. Haku pon apalagi ajak le Bigboss singgah kedai Bahan kek yg selalu aku singgah tu....hehehe...biasala p cuci2 mata..heheheee. Tapi masalahnya mmg x bleh blah selagi tak sambaq sesuatu...actually nk p cari dauble Acting Baking Powder jek ngan Gelatin....last2 mcm2 plak haku rembatt. Lari budget haku la oiii. Adessss...ssh betul kalau ada penyakit suka baking nih. Kopak lagi lagi la akuuuu....huhuhu. So korang layan le gambaq tools yg sempat dirembat. Ni nasib bek ujung bulan. Beringat2 juga...kalau p awal bulan lagi parah lerr jawabnya..koyak rabak la dompet duit haku wehhh....

Ok habih bab bebel bab tools. Malam ni masak yang senang dan simple jek utk dinner. Tengahari td p dating makan kat luaq. Ermm..pekena laksa telok kecai.  Sedap sungguh...tp lupa plak nk sanp gambaq laksa tu. Dh lapaq sangat td.Haku balun sepinggan setengah...huahuahuahua. Mmg marbeles la. Sedap sangat.
Jadi malam ni haku masak masak lemak cili padi Kepala Ikan dengan Ubi Keladi, Goreng ikan dan Goreng udang kicap jek...erm...layannnn

Sunday, February 20, 2011

Banana Cake & Cupcake


Sebab pisang masih byk so haku bake la cupcake pisang ngan sebiji kek....haku dengan tamaknya buat dua adunan...eheehee.gebus gebas jek kek ni, Resepi dari kak Yani...so minta izin nk tepek kat cni...

KEK PISANG SEDAP


sumber:yani@myresipi.com 

Bahan-bahan ( 20 cm )
  • 2 biji pisang
  • 140g butter
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar fresh cream
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
  2. Asingkan putih dan kuning telur
  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
  4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit

Saturday, February 19, 2011

Nikmatnya banana split.....

Perghhhh..tengah2 panas camni melayan Banana Split mmg asyik btui. Makan sampai x hengat apa dh. Terima kasih pada K.Long yang wak mai pisang berangan ni. Hehehee..paberet ni. Eskrem plak ada dlm peti. Apalagi..projek la...heheheee. Lgpon pisang ni kalau terlampau ranum x bopa best dah. So secawan nih haku yg balun sorang...sedap yg amat (bagi haku lerr...kang ada yg igt aku ni perasan kata aku buat sedap pulak..haru). hhehehee..joom jamu mata...

Strawberry Cheese Cake yang Yummyyyy

Arini ni nk tepek resepi yg janji semalam...sebagai penghargaan dan terima kasih haku buat tuan punya resepi. Terima kasih kepada AlongRoz@MyR yang telah berkongsi resepi ciskek yg sedap nih... Jasa dan ilmu yg dikongsi amat haku hargai...Resepi asal Bluberry Cheese Cake tp haku dh tuko sbb dlm freeze ada strwberry so jd la Strawberry Ciskek...kawan-kawan cakap sedap ....Tq2. Kembang semangkuk la haku....huahuhaaaa. Haku minta izin nk tepek kat cni sbb len kali nk buat lagi..senang nk Rujuk....jom semak resepi dia....
Bahan-bahan ( 23cm )
  • BASE:
  • 110g Butter - cairkan
  • 200g Biskut digestive - klu xde, apa2 biskut pun boleh
  • 50g Almond flakes - toast 
  • FILLING:
  • 500g / 2 buku Cream cheese
  • 30g Butter
  • 120g Gula Kastor
  • 1 lemon - grate kulit & perah jus (optional, Along xletak sbb xsuka bau lemon)
  • 30g Tepung jagung - ayak
  • 200-300ml whipping cream (selalu nya Along guna 1 pket kecil, lain brand lain berat nya, tapi tak perlu accurate sgt)
  • 4 biji Telur - pukul sedikit
  • 150g Blueberry pie filling (haku guna strawbeery filing)
  TOPPING: 9Haku tak buat pong....letak strawberry Filing jek)
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling
Cara-cara
  1. Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.
  2. Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
  3. Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
  4. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. (Along selalu nya malas nak "water bath", so bakar mcm tu je - lebih baik sbb nanti base tu lebih crispy)
  5. Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.
p/s:nnt free haku letak reepi nasi tomato ngan ayam masak merah pula k.

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)