Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Sunday, February 6, 2011

Strawberry Cupcake with Strawberry Filing

Projek petang td setelah tertangguh sbb tuan umah bz p berjalan...hehehe. Haru gak kalau kena ketagihan baking membaking nih. Dh macam org angau plak. Lagi tak boleh buat dia tak senang duduk. Dok teriiiingat saja. Dan buleh bua fuhhhh..... leeegaaaaa rasanya. 
Cupcake ni rupa kureng sket sbb dia cam mengecut bila dh sejuk...tp tang rasa dia mmg ngam ngan tekak haku nih. Gebus gebassss sangat. Round pertama kuaq oven anak2 pakat serbu tinggai 2-3 bj ja. HUihhh..sakan jugala depa pulun. Satu loyang muffin tu 24 bj saiz comei tu. Kira laku la kan...hahahahahaa.
Resepi asal daripada Kak Noreen. Dh lama tak dengaq habaq kak Noreen ni..Asalnya kek Pandan Marble tp haku dh derhaka sbb anak dara kat umah ni minat sgt ngan strawberry. So aku jdkan cupcake comel2 supaya senang depa nk ngap. Maaf la kak Noreen kita menderhaka. Apapon thanks...resepi yg best dan sedap.....Aku letak resepi asal le yeeeee...



Bahan-bahan:
  •  4 bj telur
  • 100gm gula pasir
  • 1 camca Ovalatte
  • 25ml pati santan @ susu segar (haku letak susu segar)
  • 50gm minyak jagung
  • 100gm Tepung Gandum
  • 1/2 camca Garam
  • 1/2 camca Baking Powder
  • 1 camca Pandan paste
  • 1 camca Pandan Emulco
  • 1 camca Coklat emulco
Cara:
  1.  Griskan tin kek dan lapikkan dgn kertas minyak. Ketepikan.
  2. Ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder. Ketepikan
  3. Pukul gula dan ovalette dalam mangkuk adunan sehingga rata.
  4. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan pekat.
  5. Perlahankan kelajuan mixer pada tahap minimum dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata.
  6. Masukkan minyak jagung dan santan@susu segar, gaulkan sehingga sebati
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  8. Satu adunan dicampurkan dengan pandan emulco & pandan paste. Kacau sebati.
  9. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan coklat emulco. Kacau sebati.
  10. Masukkan kedua-dua adunan berselang seli ke dalam loyang kek
  11. Ambil chopstik dan buat beberapa pusingan
  12. Bakar pada suhu 180c selama 30minit atau sehingga masak
  13.  tutupkan switch oven dan biarkan kek didalam oven selama 5 minit.
  14. Keluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong
 
 

2 comments:

ilahjy said...

salam ..ting tonggg kak mai bawa apam dot2 ni ada rumah tak..amboii sedapnya kuih mekna..dok perlis tang mana ya..adik ka di simpang kat tambun tulang tuu..kg belat batuu

MeknaBlog said...

waalaikumussalam Kak. Uiii tq la wak mai apam tu. Kita tuko ngan ngan cupcake nah. Na dok kat Changlun kak...dkt dhla ngan perlis...ehehee

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)