Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Friday, February 11, 2011

RED VALVET CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING

 Hasil godek2 kat dapoq semalam....dh lama resepi ni ada dlm list cuma  sekarang baru sampai seru nak buat. Bukan apa cuma tak berapa yakin nak buat. Semalam mmg dh nekad la...apa nk jd pon jadi la. So ni la hasilnya. Bagi haku, haku kureng berpuashati dengan warna tu...tak seperti yang aku harapka.Mungkin sebab haku gunakan serbuk dark coklat..tu pasal kaler dia jd camtu. Tp rasa tetap marbeles beb. Dipadankan pulak ngan cream chesse frostin...perghhhh...memamng kena sangat la ngan tekak haku nih...sedap.(bagi anak tekak haku la) kira aku bleh layan la kek ni.(macam la penah haku tak layan...semua telan)hahahahaha..Anak-anak pon suke...resepi hasil dari skodeng kat Dapoq Kzai Teratak Impian. Kalau nak tengok kek yang cun clik SINI.
terima kasih ye kak kongsi resepi yg best nihh...Kite minta izin nk copypaste kat cni...
Red Velvet

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan


Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.

Filling:
500gram blueberry filling

Krim:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).

Topping:
30biji coklat feraro

Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
 

4 comments:

Love2cook Malaysia said...

I've bookmarked this cake quite some time, blm terbuat je.

Looks super delicious lor...pass me few slices please ;)

MekNa said...

Love:JJemput lerr ambik...ehehehe

ilahjy said...

t.kasih mekna resepi ni kak ada print dr kwn kita tapi bahan2 dia susah sikit.. dlm bentuk gm yg kak kurang gemar.. ni kak dok perhati senang la pula soo kakilah dah kopi dan print nak makan dah lama dah.. nak buatlah jika ada masa hari ni...macehh yaa..

MekNa said...

KAk Ilah: sama-sama...tu la saya pon ada tgk mcm2 versi dan yang ni rasa cam mudah skit..len kali nk cuba resepi lain tgk sama ka rasa dia...eehhee

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)