Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Monday, February 14, 2011

Kek Coklat Lembab fendi75@MyR

Kek ni sebenaqnya aku buat khas utk best frend haku SITI...Harap dia suka. Dah lama tak buat kek coklat so kali n haku guna resepi fendy75@myresipi.com . Dah ramai yang cuba kek ni kan. Gebus jek tengok....Siti, semoga persahbatan akan terus kekal selagi ada hayat dibadan. Dan semoga dirimu dalam lindungan Allah selalu. Aminnnnnn.
Okla haku takleh nk bebel panjang2. Nk g masak pulak ni...idea pon tak mai2. So minta izin tuan punya resepi haku nk tepek resepi kat sini. Tq for the sharinggg.ok..haku cau duluu..byeee 

KEK COKLAT LEMBAB
Sumber resipi: fendy75@myresipi.com

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk



1 comment:

Mas said...

sedappnya kek coklat..
mas dah buat kek ni...
memang sangat best...

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)