Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Wednesday, March 31, 2010

Oder lagikkk



Strawbery cistat & CC strawbery ni dioder oleh kak Azzua PK kat tpt keja aku nih....rezeki kan.jgn ditolak...

Gambaq2 dibawah tiada kena mengena dengan tajuk diatas. Harap maklom....




Monday, March 29, 2010

Beutiful Blogger Award


Award 2010..dh lama x dpt. makasih la kak oiii...

Ni antara syarat2 dia...

1. Thank & link the person that gave you the award
Terima kasih kepada kak Suzi sbb igt nk bg kat aku award nihh..macihh...

2. Pass the award onto 15 bloggers u've recently
Award ni haku tujukan khas kepada semuaaaa......kwn2 yg sudi jengoq2 dapoq aku yg x seberapa ni...amik tau jgn x amik...majuk kang.


3. Contact said Blogs and let them know they've won the Award
Kepada yg dok singgah amik tau jgn malu2...sumeeeee.Insyaallah akan diberitahu kepada kwn2.(Shoutmix haku gelong)

4. State 7 things about yourself

  1. Haku sukaaaaa sgt masak terutama skali kek. Kalo la aku bley buka kedai kek kan best. Sapa nk jd share partner haku angkat mouseeee...
  2. Mende paling malas aku nk buat adalah melipat kain baju...haduh bercinta sungguh haku bab nih...busan..busan..busan.Sapa2 ada ubat bg penyakit ni email aku nah.
  3. Suka tanam pokok w/pon tanah kat umah ada besaq tapak tgn ja...haku tanam lam pasuu.
  4. X suka tgk umah berselerak tp malas nk kemas..camna tuu aaa?
  5. Paling suka Channel 703 Chef at Home. Minat ngan Chef dia...best2. Slalu berebut siaran ngan sikakak sbb dia nk tgk Mickey Mouse.
  6. Kalo datang penyakit "M" mmg x leh buat apa dh.
  7. Suka kawan ngan sapa ajeee...meh2 kawan ngan haku

Ikan Siakap Kukus....



Hehe..korang jgn pelik plak tetiba kuaq masakan kukus2 neh. Bkn apa jemu aa asik2 gulai, masak lemak. Makan cam ni bg aku lg baguih. Cume aku jarang buat sbb Mr. Hubby my laling tu kureng layan kukus2 neh. hahaha..tp aku dengan bangganya nk umumkan kali ni My laling tu bley kata sedap...perghh...cam x caya wooo. Laling haku ni payah la nk kata sedap kalo x btui2 sedap....Kembang setaman la hakuuu. Sukenyeee....Tp kan mmg sedap pon wehh.Kami berdua ja blasah sekoq ni.Mmg len kali nk buat lg la. Imbangan rasa masam pedas ngan aroma serai, halia n bunga kantan mmg ngam arrr.Apalg ngan bau limau. Haku pandai2 tambah ayaq lemon...muahahaha. Cuma smlm aku tanak nasik terkeras sket sbb beras baru.Beras basmathi laling haku baru beli. Aku x pandai nk budget air..hahahhaaa..cam x penah masak nasik. Potong stim btoi.hahahah. Kalo dak laju la laling aku blasah. Takpa2 lps ni okla...mende baru...kihkihkih.Makasih buat CMG kite share resepi ni...haku amik kat MyR..Resepi asal chef Florance Tan. Makaseyyy sumeee

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 biji Tomato-Hiris (pandai2 tambah seniri)*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Kek Span Strawbery With Strawbery Filing



Ni lg satu projek smlm. Sonok haku ada gak kwn2 nk tempah kat haku. Kak suzi ni addict ngan strawbery. So mmg la sah2 asik tempah cc strawbery. Haku guna resepi sweet4ever MyR. Haku mmg suke ngan resepi ni sbb kek gebuss jek. Cuma kan aku pelik sket la kalo haku buat sebiji kek elok jek dia naik. Tp bila haku buat dlm cup masa dlm oven bkn main cantik dia naik.Bila masak aku buka jek oven merundum dia turun...nape ekk. Ni yg haku x puas hati. Tp sbb dia mmg gebus dan sedap aku buat gak. lgpon kak suzi nk kek ni. Kang pandai2 tukaq dia sekeh pala haku lak. Naya ja.So minta izin tuan punya resepi nk tepek kat cni buat rujukan haku dan anak cucu haku nnt...

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • tepong super fine - 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara

  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)

Strawbery Cheese Tat



Salam sumee....hahaha ni projek smlm yang ditempah oleh kakak kesayangan haku iteww..kak suzi (mamasyaza) buat putera kesayangannya yg akan menyambut besday esok. Hepy Besday AMI...semoga menjadi anak yg baik dan berjaya serta dirahmati Allah selalu. Tq gak sbb kak sudi oder dr haku yg x terer ni..muahahahahah...cayang kak. Len kali oder lagik naaaa..aku sukeee....Cistat kali ni masih menggunakan resepi yg sama tp haku rasa yg ni paling menepati piawaian aku. Piawaian haku jela sbb dia rangup. Slalunya bila haku letak cream chese dia akan jd kureng rangup.Tp kali ni ok jek la.Mmg rezeki Ami la. Aku mmg berpuas hati dgn hasil yg nih...resepi aku potostet dr umah kak Ummi Kuantan idolaku itew. Macih kak no sudi kongsi resepi ni. Mmg marveles. Resepi asal dr Chef. Noraini yg glamer tu.Aku cnp lagik kat cni resepinya.....

Bahan Tat:-
125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 bji kuning telor
250 gm tepung gandum
sedikit garam
1/2 sudu teh esen vanila
1 - 2 sudu besar air
Cara Membuat:-
Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telor dan pukul sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula. Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius. (*ummi bakar 15 minit je)
Inti Krim Keju:-
250 gm krim keju Philadelphia
50 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji telor
1/2 cawan blueberry pie filling
Cara Membuat:-
Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati. Sudukan inti ke dalam tat yang telah dibakar tadi, letakkan sedikit blueberry filling di tengah tat dan lorekkan dengan lidi. (*ummi punya filling pekat dan berketul, susah sikit nk lorek). Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga inti sikit kekuningan.

Sunday, March 28, 2010

Bahulu Batik Mekar Kukus by Kak Fida MyR



Tengok owang mengapam aku pon terhingin jugak aih. Servey2 nampak bahulu batik kak Fida Myr dok tersengeh mesra....Perghhhh..mekarnyaaaaaaaaaaaa. x bley jadi niii..aku mesti...mesti kena buat jugak. Pastu tawakkal ja buat tp hati dok risau takut dia x mo sengeh seksi cam yg owang len tu.Berdebaq2 masa nk buka penutup pengukus tu. Tgk2 camni la hasilnya. Okla la bg aku sbb memula dulu aku cuba apam mekar jd keras x tau silap tang mn...kali ni kira berjaya juga la bg aku.Hehehee...anak aku sukeeee.Dia mkn paling byk. Tp len kali kena buat cara K.Nor secubit garam la tambah minyak sayuran mayb lg lembut kut...okess....ni haku dh kopipes resepi. Minta halal yek sume2 yg terlibat..



Bahulu Batik Mekar Kukus by K.Fida MyR

  • 125 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 115 g gula halus
  • 1/2 sk penuh ovallete
  • 4 1/4 sb susu cair
  • 1 biji telur - A
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)
  1. Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
  2. Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
  3. Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
  4. Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
  5. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
  6. Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

Tuesday, March 23, 2010

Makan freee...kenduri..kenduri..kenduriii

Assalamualaikumm.......erm..lama rasanya x menjengok umah comeiku ini. Nak buat camna kan, kebizian melanda hari2ku. Aritu kena p kursus adope photoshpe 2 hari. pastu smlm kena g bagi jubah kat student yg nk konvo...arini buat jahat jap jengok n kemas umah comei kesayangan ku ini.Windu plak kat kengkawan sbb x sempat nk blog walking agak lama.Pada yg dok singgah tu macih la byk2.
Haku nk letak gambaq2 aku p kenuri sepanjang minggu lepas...kenuriiii ja. Sampai ada yg x sempat nk p. Maap la yer...bkn x igt tp x dan nk p sume. Terima kasih sudi mengundang. Pada pengantin2..selamat pengantin baru ekkk...semoga sentiasa aman bahagia ke akhir hayat.



Ni sepupu haku yg dok kat Pantai Merdeka. Kenuri ari sabtu lps. Hari khamis mlm baru mak sedara call panggil kenuri. Sabtu pg kelam kabut bertolak blk Kg. Merbok amik my mom dulu. Pastu patah balik p Pantai Merdeka. Sempat p dok sat ja sbb nk kena blk Sintok ada g kenuri umah member Mr. Hubby dkt ngan Perumahan haku dok...satu ari tu mkn free la kira. Pastu blk dh dkt koi 4 sampai umah. Rehat bg anak2 mandi n diorg tdo keletihan. Maklumla skrg panas....


Haku tgh melantak nasi kenuri...


Yg ni kenduri umah member satu tpt kerja..Kak Ita.adik dia kawen.Dkt ja dr tpt keje. P ngan kengkawan waktu rehat...

Haku n the geng yg p kenuri...Terima kasih buat Kak Ani & Suami yg sudi tumpangkan haku p kenuri.Jasamu dikenang (merasa gak haku nek keta My V baru Kak Ani....hahahaha)

Sunday, March 21, 2010

Simple2 menu ari jumaat


Makan dinner ari jumaat..simple2 jek sbb stok bahan mentah pon yg last kopek dh...tgg sabtu plak nk g bli kat pasaq malam. Buat stok seminggu punyeeee....




Pedas2 mkn sambai tomeh kita minum duluuuu..sirap laici satuuuu!!!!

Thursday, March 18, 2010

Dinner Smlm...Gulai Nangka



Dinner smlm...paberet haku nehh..sume paberet haku kan?...kan?..kan?hehehe...dh mmg btui. Smlm lps blk keje singgah kedai runcit dkt taman perumahan haku tu...saje je konon2 nk bli udang...skali nampak nangka ada daaaa...perghhh.Apa lg aku pon x melepaskan peluang utk beli..muahahhaa.Blk tu dok proses la buat gulai...tp yg sedey nangka tu dh x bopa elok.Myb sbb dr pg dok dlm plastik. Cam layu dan x fresh. Haku buat gak gulai sbb dh beli..Masa beli tu x pasan. Erm....nnt nk cr yg btul cun utk buat gulai...mesti bestt....

Cupcake Span Pandan With Kiwi Filing



Cc ni dioder oleh kakak ku...kak suzi...2 versi pandan ngan strawbery...makasih kak no sudi oder kat hakuu..len kali oder la lg




yg ni strawbery......

Resepi nnt haku bg...skrg nk p kursus...

Wednesday, March 17, 2010

Agar-agar Cendol (skodeng kat dapoq K.Nor)



Nak g kursus Adobe Photoshope nihh....nnt sambung bebel..layan gambaq lu

Gulai Ikan Keli..mmg bestt...



2 ari lps buat gulai ikan keli ni...tu pon member baik aku yg bg ikan. Siap siang sume dh.Tinggal masak jewww....mola2 igt nk buat masak lemak cili padi. Tp tetiba rasa cam nk makan gulai lak..so jd la gulai. Mr. Hubby ku itew x layan ikan keli ni. 3 ekoq ni ku gulaikan sume.Aku srg ja mkn. Sbb byk aku simpan sket utk tapau g keja pg2 tu wak p keja. hehehe...mkn ngan kwn..best wooo mkn ramai2. Lajuu je ku dok blasah x tau bopa kali tambah..muahahahahaa.....resepi nnt la...ku pon x bopa pasti sukatannya. Ikut suka hati haku jek...

Monday, March 15, 2010

Roti Pizza



Salam bersiaran kembali...ceewaahhhhh...cam pemberita aih.Ngeh3....Kali ni haku nak tayang roti pizza yg haku buat utk dinner dan bekpes pg td. Sedap dan mengenyangkan. Smlm tinggal aku dan Mr.Hubby jek kat umah so aku pon dh kena peluk cium ngan angin 'M'. so mkn ni jek le laling ekkk. Mr. Hubby pon orait jek ckp x yah masak.. ..yebedabeduuuu!!!!!!! mmg haku x msk..muahahhaa. Lps tu mr.hubby p ambek kakak kat umah My MIL. dia blk wak lik sate plak...perghhh....cam paham2 jek aku ni lapo sate.Keh3..macih ye bli utk ayang neh..kah3.Lps mkn sate mmg kenyang tahap gaban. Mula la haku nk jd ulaq sawo dok melingkaq ja atas sofa tu.....erm.....sib bek baju dh lipat awai2 td. Kalo dak mmg sah2 haku x lipat lg...hahahahaha...tu pon tara nk habih lipat seciput tu pon menguap sampai nk kiat dagu2 haku ni. Problem btui. Bercinta sungguh kalo bab lipat kain baju...satu keharuan bg diriku ini. Eh..eh..eh...terkeluaq tajuk dh nih.
Roti pizza nih dh slalu tgk kat umah kwn2. Ramai yg dh buat pon. Haku smlm ja baru sampai seru. Untuk dinner smlm aku letak slice cheese tu...dia cam masin sket la.pg td aku letak keju mozarella....cedap... lemak berkrim. Nk buat senang jek...haku tauk ja apa yg ada dlm esbok. So korang layan jek gambo nihhh....bye. Nk p buat keja dh....dada..

Thursday, March 11, 2010

Seafood Lasagna


Bekas ni punya la gedabak. Kalo aku nk habiskan sume mau 4 ari 4 malam.
Belum tentu habis tu pon

Alhamdulillah tercapai gak la hasrat aku nk buat Lasagna nih. Gediks2 sgt nk buat.Hamek ko punya la byk sbb aku dh tertamak haku dh double kan bahan2 dia. skali nah hamek ko......sampai terlebey penuh dh bekas. Resepi digodek dr dapoq kak DJ. Kak DJ..tq very much. Tp kan kite nk mintak ampon coz dh menderhaka sket. Susu segar kite x ckp so kita bantai ja boh susu cair...hahaha.Ampon ekkk. Papepon mmg dap aa lasagna ni. Ni la pestime haku buat n rasa. Mkn sepotong pon dh kenyang.Aku suka...Cuma mr.Hubbyku itew kureng layan sket western2 neh. Maklum la perut pure melayu. Dia mkn gitu2 jek. Xdak la nk pulun sgt...hehehe.Oregano tu aku paksa kak Suzi (mamasyaza) teman haku g beli kat cmart time rehat.Kat umah mana nk ada mende tu. x nah guna pon. So mmg rezeki kwn2 yg berdekatan la pakat2 rasa srg sket.Sedap x sedap korang mkn je la ekkk....haku mn tau rasa dia camna.Mmg follow resepi idup2..hahahaha.Pg ni balen tu aku tapau mai opis.Kira sarapan aaa...so Kak DJ kite CnP jek...buat rujukan aku dan kot2 ada kwn2 nk cuba.mmg malas btui haku nihhh kalo bab nak taip blk resepi. Bkn apa takut silap lak (alasan je tuu)....minta halal yek resepinya.


Seafood Lasagna

Bahan A :
  • 4 keping pasta lasagna(dicelur)
  • sedikit udang basah (dicincang) (haku tambah daging cincang)
  • 1 tin kecil puri tomato
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • sedikit lada sulah/serbuk lada hitam
  • sedikit oregano
  • garam dan gula secukupnya
Bahan B:
  • 500 ml susu segar (sbb haku buat double susu x ckp aku tambah susu cair)
  • 125 g tepung gandum
  • 150 g mentega
  • sedikit garam
Bahan hiasan :
  • cili benggala (dihiris dadu kecil)
  • sedikit terung panjang (dhiris dan digoreng)
  • keju parut secukupnya
Cara-cara :
  1. Bahan A : Tumiskan bawang putih hingga perang. Masukkan puri tomato, serbuk lada sulah/lada hitam serta oregano. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
  2. Kemudian masukkan isi udang, garam dan gula secukupnya. Kacau beberapa saat dan tutupkan api.
  3. Bahan B: Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan2. Kemudian tuangkan susu segar dan garam. Kacau lagi hingga kuah jadi pekat.
  4. Sediakan bekas yg bersesuaian. Griskan dgn mentega. Susunkan kepingan pasta/lasagna yg sudah dicelur tadi.
  5. Kemudian ratakan dgn bahan inti. Susunkan hirisan terung dgn kemas dan taburkan dgn cili benggala.
  6. Tuangkan bahan B ke atas bahan inti tadi.Ulangi proses sehingga diakhiri dgn Bahan B. Pastikan ia memenuhi ruang permukaan bekas tersebut.
  7. Taburkan keju parut secukupnya dan hiaskan dgn oregano.
  8. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 140C atau sehingga keperangan.

Wednesday, March 10, 2010

Menu Smlm.....Mee Goreng lagikkk



Ni kes x mo membazir mee yg dh 2-3 ari dok bertapa dlm esbok aku tu.....so smlm aku decide buat meni ni jek utk kami. Haku buat 2 versi..utk anak2 aku grg yg x pedas. Untuk aku ngan Mr. Hubby yg pedasss punyeeeee. Tp yg frustnya mee grg aku agak masin sket...Heeeee...frust jek rasa. Haku ni dh kena sumpahan mee masin ke hapa...asal grg mee jek mesti termasin sket. dh 3-4 kali jd camni. Haru sungguh. Kalo anak dara mesti org kata nak kawen...tp haku nih mak anak dara..nk kawen apa kebendenya. Tp masin2 pon haku blasah gak....masih la boleh diterima tekakku ini. Sory aaa laling mee dinda da termasin....layan je la ekkk


Jus Dragon Fruit nak interprem skali....haku sukeeee...
di inspirasikan dari Jus Kat Blog K.Nor. Tp aku hentam jek boh apa yg ada kat dapoq haku...apa yg pasti Habess beb...Panas2 cenggini mmg syahdu dpt minum Jus2 neh...

Oreo Cheese Cake buat Kak Ila



Member haku kak Ila yan mengoder ciskek nih....haku mn penah juai mende alah nihh. Dh dia kata takpa buat bila2 aku pree so utk kawan2 haku buat gak. Harap2 kak Ila berpuas Hati yek ngan keknye. Resepi Kak Ummi Kuantan nih. Makasih banyak2 kak atas resepinya. Halal ekk kite dok guna resepi akak yg mabeles nihhh.....Ciskek ni mmg slalu dh haku dok buat mkn2 kat umah. So satu hari tu masa kak ila mai umah haku ..ada ciskek neh, haku jamu la dia...pastu dia dok minta aku buatkan utk dia...memula aku risau gak mn la aku tau nk juai bopa det mende alah ni tp dia kata takpa..buat ja bopa det pon. So senang la cita aku buat gak kat dia.Lgpon kawan2 kan. Dia pon slalu tolong haku mcm2. Makasih la Kak Ila sudi dok mengoder kat haku yg x bopa nk pandai g buat ciskek....resepi aku dh peanh tepek dh..so cr la dlm ni. Malas dh aku nk CnP manyak2.........Makasih skali lg kak Ummi n Kak Ila...

p/s :Peringatan utk haku!!!! Kak Suzi soh buat cc strawbery 17/3 dia nak...harap2 x lupa la.

Tuesday, March 9, 2010

Gulai Pucuk Mengkudu....



Peberet haku sejak mai dok di Changloon nih....My MIL yg kenalkan ngan gulai nih...mmg mabeles. MY MIL ni kalo bab masak mmg teror..manyak yg haku belajaq dr dia..makasih mak no. Dulu masa mula2... aku jakun la jugak tgk pucuk mengkudu dibuat gulai. Setahu aku selalu pucuk mengkudu ni org buat ulam ja....tu pon ramai yg bopa suka pucuk ni sbb rasa dia yg pahit tu. Tp bila buat gulai..nyum3.....lemak la wehhh. Cam x caya ja. Kebetulan kat umah MY MIL mmg ada pokok mengkudu besar tu. So x dak masalah la. Ari jumaat lps haku g umah MY MIL rembat pucuk ni sbb tgk pucuk dia elok2 ja .....so smlm baru jd gulainya....hehehehe. Mr. Hubby pon suka gulai niii. Mmg sedap mkn nasik kalo dpt menu sayoq2 kg nih..puaih mkn...kalo kwn2 nk cuba bleh la..tp aku agak2 jek sukatanya.....

Bahan:
  • Pucuk mengkudu ( Dihiris halus dan Rebus sebentar. Toskan)
  • Ikan kembong yg telah digoreng (amik isi dan tumbuk2 sket)
  • 2 ulas bwg merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bwg putih (ditumbuk)
  • 1/2 paket serbuk kari ikan
  • 1 mankuk santan
  • garam

Cara2:

  1. Panas minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan
  2. Bancoh serbuk kari dgn sedikit santan. masukkan kedalam bhn tumis dan masak sehingga pecah minyak.
  3. masukkan santan selebihnya dan biar mendidih sebentar.
  4. Masukkan daun mengkudu yg telah direbus td. Kacau.
  5. Masukkan garam. Biarkan mendidih sebentar.
  6. lastly masukkan ikan grg yg telah ditumbuk td. kacau.
  7. ttp api dan boleh la dihidang.


Sunday, March 7, 2010

Siew Pak Choy with Oyster Sauce


Resepi dikidnap dari dapoq kak Hana Jepon lagik nehh...kak sory la noh dok wak lari resepimu itew...dh kena ngan tekak haku nehhh..kita amek ekk..halalkan...sayang kak Hana..len kali nk CNP lagik nehhh...dh lama peram resepi nehhh..so layanzz jek

Bahan-bahan

* seikat sayur siew pak choy
* 4-5 sudu mkn sos tiram
* 3 ulas bawang putih- cincang
* seinci halia - cincang
* air sedikit
* serbuk perisa@gula - jika suka
* tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah - hana x ltk sbb dh pekat
* bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan

Cara-cara

* sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali.
* angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
* panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
* masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
* didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
* hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

Tepung Talam Pandan



Kuih kegemaran haku....Tepung talam pandan nih...kali ni kuih aku menjadi dgn jayanya.Aku hentam cukup.Makasih Kak Jun share resepi nih.Dulu dh penah cuba tp kerang keng...tensen gak sbb x sedap....yg ni kira dh menepati selera aku la.Bagi aku kira ok la sbb haku mmg x reti buat2 kuih nihhh....mmg ikut resepi sejibik2....hehehe.Resepi asal dari Maisya.Tq2 sume2. Kak Jun kite cnp jek..mmg malas nk taip kite nihh....tq

Bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.

* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.


Lapisan atas:
2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.

Kek Coklat Tanpa Telur Kak DJ



meh3 sini haku nk story nihh...ade berita gumbira nehhh...keh3. jeng..jen..jeng...sat la nk habaq la nihh...Sebenaqnya haku nk habaq aku buat kek coklat menjadi dengan gebusssnyaaaaaasssss....sonoknyeeeeeeeee....bukan apa kan slalu aku kalo buat kek coklat ja mesti jd cam bingka.Bkn slali tp berkali2. Kali ni aku nekad buat lg amik resepi dari dapoq Kak DJ. Haku tawakkal jek sbb haku teringin nengok kek cekelat yg begitu menggode jiwa tuh...masa dok tunggu kek masak tu haku punya la suspen. Tp Alhamdulillah kek aku jadi dgn cunnya...gumbiranya hatikuuuu..so dengan murah hatinya amek la srg sket rasa noh.....sila2. Kak DJ kite CnP resepinye ye..bkn apa sebagai rujukan kite bile nk buat lagikkk......tq sume2 yg sudi share resepi......ariosssss

Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : loyang kecil
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

Ikan Masak Masam Manis



Tayang gakk walaupon gambo x cun....resepi x henget aaaa...aku blasah....

Ikan Masak Masam Manis



Tayang gakk walaupon gambo x cun....resepi x henget aaaa...aku blasah....

Udang Goreng Kunyit



Menu udang nih dh jd cam satu kemestian dh di dapoq haku. Si kakak nih xmo mkn kalo x dak menu ni. Kalo x udang mesti ketam la lauknya. Demand btui la bebudak skrg. So ni la yg paling senang aku nk buat dan dia pon suka....Anak2 haku ni mkn mesti kene suap...ari2 mmg jd rutin haku suap mkn diorg...kalo kat sekolah bleh plak dia makan seniri.Tp takpa..aku mmg suka suapkan anak2 haku mkn...puas hati rasa kalo depa mkn manyak2....Resepi dia aku letak gak nk ng semak blog haku...kih3...versi haku nih yg simple2 jek.....

Bahan:

  • Udang
  • Kunyit
  • Garam
  • 1 ulas bwg putih (hiris)
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 1 ulas bwg besaq (potong bulat)
  • 1 bj cili hidup (hiris menyerong)

Cara:

  1. Bersih Udang dan toskan
  2. Gaulkan udang, garam dan kunyit.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi dan kekuningan.
  4. pastu masukkan udang dan kacau sebentar hingga masak.
  5. lastly boh bawang besaq ngan cabai hidup dan kacau sebentar.
  6. siap utk dihidang.

Apple Juice



Nih tajuk bopa haribulan buat pon dh x henget. Maklum la bz. Minggu lps aku kursus 2ari so x dak la nk buat n3 bagai. So arini korang jangan lak terkejut kalo n3 aku berderet2...keh3. Lepas gian la katakann...muehhhhh3......Ni la ayaq kegeraman aku skrg. Kdg2 bleh plak apple ni x dak masa haku gedik2 nk beli...tensen2. skali jumpa hamek aku hentam beli sampai 12 biji....jenuh gak nk menghabiskannya......ni haku blasah jek buat...layan jek...

Bahan2:
  • 5bj epal hijau
  • 6 sudu mkn gula
  • Air masak secukupnya
Cara2:
  • Basuh n potong epal kecik. Masukkan ke dlm blander sume bahan lain dan blend jek
  • Pestu tapis .
  • sedia untuk dihirup...

Monday, March 1, 2010

Puding Roti Marble



Haku hangkut dr umah kak Hana nih. Mintak kak Hana x kasik...kena la godek2 sendirik. Tp aku btul2 musykil la apesal la haku buat ape pon jd keras nehhh...aritu roti...nih puding pon terkeras sket...isk3..tensen2...tp x dak la sampai tahap ketoi batu kan....bleh lagi ditelan.....kihkihkih.blasah jela mekna oiiii...janji bley mkn. Kak Hana sory ekk kite tukaq nama sket.....resepi Kak Hana lerr saper lagikkk.....

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2)

Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati. (hana gune merah,hijau dan kuning)
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.

Makan di Linda Kuala Perlis

Ni acara makan2 ari jumaat lps.....mlm tu mr hubby dgn baik hatinya wak kami anak banak g mkn kat Kuala Perlis. Mkn kat kedai Linda. Slalu kalo mkn p tepi laut nun..medan ikan bakaq. saje la kali ni nk cuba kat cni plak sbb ada kwn2 kate sedap..manusia punya la ramai maklumla cuti maulidur rasul kannn....so layan jek gambaq2 nih....



Muka2 tgh borin tgg makanan......lapo beb


budak tecik bolat tgh menghirup jus apple dgn asiknya ( kalo x amik mau habih dia kerjakan)


budak bolat besaq yg ssh sgt nk senyum bila kita snap gambaq...tensen2


Hoh....punya la besaq.sib bek minta yg sederhana..kalo dak jenuh nk habihkan

Nila le menu kami...sup ketam, ikan bakaq dan sotong celup tepung. Tp dia hantam rm66....perghhhhh...dlm sejarah btul



bubbye....

Roti Benggali



Meroti la pulakkk haku kali ni...roti ni masa baru masak okla lembut. Bila simpan sari jd keraih cam ketoi batu. Tang mn silap pon x tau aa...aku rasa uli dh tahap gaban dh. mayb sbb aku dh menderhaka kot letak filing kat dalam...kehkehkeh.Tp takpa nnt aku coba buat lg sampai jadik. Resepi diangkut dari Umah CMG. Resepi asal dr landlord myresipi sapa lagi kalo x lain x bukan kak Yani. Tq sumessss.....kita cnp lagik CMG....jangan mare aaaa....


BAHAN-BAHANNYA :-)


350 g tepung roti
1 camca besar shortening (lemak sayur)
Secubit garam
120 - 160 ml air suam
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam, yeast dan gula, kacau rata dan biar sebentar. Gaul rata tepung garam dan lemak sayur. Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan dan susun dalam dua bekas yang telah disapu sedikit mentega. Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)