Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Monday, November 9, 2009

Megi Goreng..panas2

Hah.....ni mmg express gile2 punya..hahahaha...tu la ni sume Kak Hana punya psl la nihhh...dok tayang megi dia yg mengiurkan itew...pas2..terserempak plak kat dapoq mamafami.....td tgh aku blk umah time lunch terus haku perosah buat gaks.....aku main campak segala mak nenek yg ade..janji jd megi goreng..puaih hati haku...muahahahahaha...so aku lunch ngan megi ja tgh td....save budget aku arini..muahaahahaha.,....(save ke?????)...sbb haku dh tertamak wuat dgn byknya so aku tapau ke opis....nnt lapau leh ku bedal ngan kenkawan plak..muahahahahahhaaa.......korang jgn dok pelik plak....nk buat cemana...perut aku spesis stokin nyeee....hahahahahahahah....blasah bg puaih hati...kehkehkeh.....

Sunday, November 8, 2009

Sekuntum Bunga Cinta = Ayat-ayat cinta

Sekuntum Bunga Cinta


Sekuntum Bunga Cinta = Ayat-ayat cinta

Kelopak pertama ialah UNGKAPAN PENGESAHAN kepada pasangan.

Setiap kali pasangan anda melakukan sesuatu, sama ada untuk dirinya, diri anda, keluarganya dan juga masyarakat, hendaklah diberikan kata-kata ungkapan yang usahanya itu dihargai dan mendapat pengesahan daripada anda.

Contoh "Saya banggalah abang terlibat dengan AJK masjid itu",(mengesahkan yang anda sokong dia dengan aktiviti itu)... atau "Terima kasih sayang" (pengesahan selepas mendapat kepuasan daripadanya).. atau "Abang baru sampai JB" (pengesahan yang dirinya selamat agar isterinya berasa lega).

Jika ungkapan ini diamalkan sentiasa, pasangan itu akan rasa dihargai dan kebimbangan di hati isterinya sentiasa terubat.

Kelopak kedua ialah KHIDMAT SUKARELA kepada pasangan tanpa dipinta.

Perkara ini tidak mampu dilaksanakan melainkan anda berdua duduk berbincang awal-awal, apakah pertolongan yang diperlukan oleh pasangan masing-masing a) apabila sama-sama berada di rumah, b) apabila suami outstaion c) apabila isteri keluar rumah atas urusan yang dipersetujui dan d) apabila tetamu datang bertandang ke rumah. Apabila telah setuju, maka masing-masing tidak perlu lagi diminta bantuan. Jika salah seorang terlupa, eloklah digunakan bahasa yang indah memperingatkannya.

Contoh: jika suami cuti duduk di rumah (mereka yang tiada maid), sapu sampah di depan pintu dan susun kasut-kasut, sidaikan kain jika terdapat kain ditinggalkan di mesin basuh, bersihkan tong sampah di dapur, longgokkan kain-kain yang ingin dibasuh di satu tempat (dalam bakul) dan uruskan keperluan anak-anak untuk menyambut kepulangan ibu mereka.

Kelopak ketiga ialah HADIAH terutama sekali pemberian yang "surprise".

Mujurlah Allah mewajibkan lelaki memberikan mas kahwin kepada isterinya, kalau tidak susah untuk suami memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah adalah sesuatu yang istemewa untuk suami dan isteri. Bertukar-tukarlah saling memberi. Berebut-rebutlah memberi kepada pasangan anda hadiah yg lebih istemewa. Setelah memberi, diiringi dengan kata-kata penghargaan di atas hadiah itu bukan ungkitan yang merosakkan pahalanya.

Contoh: "Sekuntum ros ini abang beli khas untuk sayang, kerana semasa bersiar-siar di bandar tadi, teringatkan sayang dan kebetulan ada kanak-kanak perempuan sedang menjual ros ini".. Just that.. I love u".

Kelopak keempat ialah MASA KUALITI BERSAMA

Lelaki dan wanita memang berbeza memerlukan masa bersama yang berkualiti. Kemungkinan bagi seorang lelaki, masa kualiti dia di rumah ialah bersendirian mengadap komputer atau menonton EPL di tv, manakala isteri pula ingin inginkan suaminya makan bersama dinnner dgn anak-anak bersembang sambil mengalaskan perut pada malam itu dan bertukar fikiran dengan anak-anak.
Pasangan perlukan berbincangan untuk memperuntukkan masa kuaaliti ini paling kurang seminggu sekali. Terutama bagi mereka yang sibuk dengan kerjaya masing-masing. Letakkan di dalam diari atau "Weekly To Do List" yang mesti dipatuhi. Terangkan kepada boss dan rakan-rakannya akan masa kualiti bersama isteri dan anak-anaknya agar mereka juga menghormatinya.

Kelopak Kelima ialah SENTUHAN

Asas kepada keceriaan suami isteri ialah kepuasan bersama. Paling kurang untuk isteri ialah sekali seminggu dan yang terbaik ialah semasa 2-3 hari sebelum isterinya haid. Berbincanglah secara terbuka agar anda berdua dapat mencapai kepuasan 100%, kerana ini dapat mengeluarkan hormon oxytocin yang menstabilkan ketahanan "stress" untuk menjalani kehidupan seterusnya di luar rumah.
Peluk-peluklah selalu (4 kali paling kurang).

Tangkainya ialah DOA

Sentiasalah berdoa dengan menyebut di dalam hati dan lidah sesudah sembahyang dan di mana-mana jua nama pasangan anda. Bagi isteri, doakan agar suami anda memimpin anda, keluarganya dan masyarakat ke syurga dan bagi suami pula doakan agar isteri sentiasa memberikan ketaatan kepada anda dan memelihara kehormatan dah hartanya untuk keluarga.

Selamat Mencuba

wassalam
pakutih
Pak utih



Hepy besday Kak Suzi....

Smlm 7/11/09 besday my best pren merangkap kakak aku aaa..kak suzi....x terlambat lg kot kak no haku nk wish.....hepy birthday kak..semoga Allah sentiasa merahmati dan bahagia slalu......aku nyanyi kat hg kak noh...
Hepi besday to uuuuuuu...hepy besday to uuuuu...hepy birthday to kak suzi...hepy besday to uuuu
....tepuk2.......penat haku nyanyi.ni hamik kek hg...





kek besday khas utk hg kak...semoga hg akan terus jd pendengaq setia segala masalah haku..muahahahahahaha.....


Thursday, November 5, 2009

Jangan Jeless aaaaa....


ha...nih mula la haku nk memulun (perosak bahasa tul) nk kuarkan N3 berpussu2.muahahhaaa...maklumla dh lame x buat keja nih..hahhahhaahahah...sesaje jek nk tayang gambaq aku ngan Tan Sri Dato' Jins Samsuddin.muahahahahaaa.........gambaq ni aku amik smlm coz Tan Sri ni student UUM....hehehehe..korang jgn jeles ekkk (pasan nye haku)....so layanzzzz...



hehehehehheheheh?????



ha..nampak tak....haku mmg minat ngan Tan Sri ni terutama lakonan dia dlm Panca Delima..best2

Sawang ka hutan rimba nihhhh...

Ya Allah...bersawang bagai la umah nihh...mmg pemalas tul tuan umah ni..maap ye pd kengkwn yg singgah tgk umah aku yg beselerak nih...sbbnya mula2 pc ku dh biol..sbb kedua haku bz aaaaa....bz ngan kerja n anak2 (ceewahhh).Bkn apa si kakak kena campak...so aku lebih la tumpukan pd anak2..maklumla..dia x selesa...mula la nk manja2.sume serba x kena...so manyak la N3 yg tertangguh.....arini cam free sket...so dpt la melepaskan gian berblogging..muahahahhaahhaha..ni ntah masa bila buat pon dh lupe...korang layan jela gambaq ni...kang asik dok tgk gambaq lompang tu jekkk..muahahaha...



ni paberet aku tahap gaban...mkn ngan ni saja pon aku balun 2 pinggan...habistu camna x gumuk...haru btui......muhahahhahahaha..



ikan masak kicap daaa.....ikan ape???haku x tahu..y haku tahu mkn jek...

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)