Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Thursday, March 11, 2010

Seafood Lasagna


Bekas ni punya la gedabak. Kalo aku nk habiskan sume mau 4 ari 4 malam.
Belum tentu habis tu pon

Alhamdulillah tercapai gak la hasrat aku nk buat Lasagna nih. Gediks2 sgt nk buat.Hamek ko punya la byk sbb aku dh tertamak haku dh double kan bahan2 dia. skali nah hamek ko......sampai terlebey penuh dh bekas. Resepi digodek dr dapoq kak DJ. Kak DJ..tq very much. Tp kan kite nk mintak ampon coz dh menderhaka sket. Susu segar kite x ckp so kita bantai ja boh susu cair...hahaha.Ampon ekkk. Papepon mmg dap aa lasagna ni. Ni la pestime haku buat n rasa. Mkn sepotong pon dh kenyang.Aku suka...Cuma mr.Hubbyku itew kureng layan sket western2 neh. Maklum la perut pure melayu. Dia mkn gitu2 jek. Xdak la nk pulun sgt...hehehe.Oregano tu aku paksa kak Suzi (mamasyaza) teman haku g beli kat cmart time rehat.Kat umah mana nk ada mende tu. x nah guna pon. So mmg rezeki kwn2 yg berdekatan la pakat2 rasa srg sket.Sedap x sedap korang mkn je la ekkk....haku mn tau rasa dia camna.Mmg follow resepi idup2..hahahaha.Pg ni balen tu aku tapau mai opis.Kira sarapan aaa...so Kak DJ kite CnP jek...buat rujukan aku dan kot2 ada kwn2 nk cuba.mmg malas btui haku nihhh kalo bab nak taip blk resepi. Bkn apa takut silap lak (alasan je tuu)....minta halal yek resepinya.


Seafood Lasagna

Bahan A :
  • 4 keping pasta lasagna(dicelur)
  • sedikit udang basah (dicincang) (haku tambah daging cincang)
  • 1 tin kecil puri tomato
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • sedikit lada sulah/serbuk lada hitam
  • sedikit oregano
  • garam dan gula secukupnya
Bahan B:
  • 500 ml susu segar (sbb haku buat double susu x ckp aku tambah susu cair)
  • 125 g tepung gandum
  • 150 g mentega
  • sedikit garam
Bahan hiasan :
  • cili benggala (dihiris dadu kecil)
  • sedikit terung panjang (dhiris dan digoreng)
  • keju parut secukupnya
Cara-cara :
  1. Bahan A : Tumiskan bawang putih hingga perang. Masukkan puri tomato, serbuk lada sulah/lada hitam serta oregano. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
  2. Kemudian masukkan isi udang, garam dan gula secukupnya. Kacau beberapa saat dan tutupkan api.
  3. Bahan B: Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan2. Kemudian tuangkan susu segar dan garam. Kacau lagi hingga kuah jadi pekat.
  4. Sediakan bekas yg bersesuaian. Griskan dgn mentega. Susunkan kepingan pasta/lasagna yg sudah dicelur tadi.
  5. Kemudian ratakan dgn bahan inti. Susunkan hirisan terung dgn kemas dan taburkan dgn cili benggala.
  6. Tuangkan bahan B ke atas bahan inti tadi.Ulangi proses sehingga diakhiri dgn Bahan B. Pastikan ia memenuhi ruang permukaan bekas tersebut.
  7. Taburkan keju parut secukupnya dan hiaskan dgn oregano.
  8. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 140C atau sehingga keperangan.

No comments:

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)