Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Monday, March 29, 2010

Strawbery Cheese Tat



Salam sumee....hahaha ni projek smlm yang ditempah oleh kakak kesayangan haku iteww..kak suzi (mamasyaza) buat putera kesayangannya yg akan menyambut besday esok. Hepy Besday AMI...semoga menjadi anak yg baik dan berjaya serta dirahmati Allah selalu. Tq gak sbb kak sudi oder dr haku yg x terer ni..muahahahahah...cayang kak. Len kali oder lagik naaaa..aku sukeee....Cistat kali ni masih menggunakan resepi yg sama tp haku rasa yg ni paling menepati piawaian aku. Piawaian haku jela sbb dia rangup. Slalunya bila haku letak cream chese dia akan jd kureng rangup.Tp kali ni ok jek la.Mmg rezeki Ami la. Aku mmg berpuas hati dgn hasil yg nih...resepi aku potostet dr umah kak Ummi Kuantan idolaku itew. Macih kak no sudi kongsi resepi ni. Mmg marveles. Resepi asal dr Chef. Noraini yg glamer tu.Aku cnp lagik kat cni resepinya.....

Bahan Tat:-
125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 bji kuning telor
250 gm tepung gandum
sedikit garam
1/2 sudu teh esen vanila
1 - 2 sudu besar air
Cara Membuat:-
Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telor dan pukul sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula. Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius. (*ummi bakar 15 minit je)
Inti Krim Keju:-
250 gm krim keju Philadelphia
50 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji telor
1/2 cawan blueberry pie filling
Cara Membuat:-
Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati. Sudukan inti ke dalam tat yang telah dibakar tadi, letakkan sedikit blueberry filling di tengah tat dan lorekkan dengan lidi. (*ummi punya filling pekat dan berketul, susah sikit nk lorek). Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga inti sikit kekuningan.

2 comments:

MAMASYAZA said...

wahhh...cistat ni mmg menggiurkan...

MeknaBlog said...

cama2..tq no oder kat aku. Aku enjoy sgt bleh buat kat hg..aku sukeeeee..

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)