Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Wednesday, May 25, 2011

Nasi Lemak Sambal Sotong


Alhamdulillah dh kenyang kami semua dinner ngan nasi lemak sambai Sotong....baru lps makan nih mata pon molala nk lip pok2...kelam cerah kelam cerah...ha apalagi mengantuk la pulak beb...makan plak nasi lemak...mmg menternak lemak la malam nih. Huhuhhu.....Nasi lemak ni kejadiannya adalah atas permintaan encik bigboss..haku on jerr...semua haku balun. No problem punya kalau bab makan nih...tolak menda yg mmg di istihar bukan makanan ja haku tak makan, pastu ngan makanan yg haku tau Haram org islam makan....Best ropanya buat nasi lemak ngan beras basmathi ni noh. Seroi ja nasi dia...hehehhheehe. Sebijik2 gituuuuu. i Likeeee..........pastu di gandingkan ngan sambai sotong pekat kegemaran haku...perghhhh. Mmg melantak tak hengat punya la. Bigboss siap tambah lg tuu...ngehngehngehhh. Walaupon dia tak kata sedap haku amik kesimpulan kata p lah sedap (nk bg syok diri seniri..muekekekekkee) sebab dia tambah. Aci la kiranya noh. Ha..resepi haku mintak maap la sebab haku td main agak2 jek..malas nk sukat sebab dh lambat.
Petang balik keja td haku telah ditugaskan oleh Bigboss untuk p mik kakak kat umah tok dia harini. Bigboss balik keja lambat. So lps p amik adik kat rumah Mak mengasuh terus haku drive p umah MIL pula mik kakak. Sampai sana stori mory sat ngan MIL tetiba ada sedara mai nk jemput kenuri...so sambung g chat2 ngan diorag pa....dkt koi 7 baru la haku sampai umah. Lps siram pokok bunga bagai baru teringat santan x dak nk projek nasi lemak. So p beli nyoq la plak...sampai umah nk start projek tgk2 ayaq plak x de..hadehh tensen sunggunh haku camni. Mmg igt nk cancel ja projek masak malam ni, Lps tenangkan fikiran sat haku decide nk teruskan juga buat..heheheeee...sib bek la hasil x mengecewakan....x lama lps tu ayaq pon ada balik...fuhhh legaaaaaaaaaaaaaaaa....okla...perut dh kenyang. Mata pon dh ngantok..gud nite semuaaa.....tata titi tutu...

Meroyan wehhhh....ahakssss....

Ni la BM tu...lawanya laaa...adess300x ( dengan nada frust menonggeng sambil tumbuk2 lantai)

Meroyan dh haku dok tenung gambaq BM neh...aritu siap kumpoi duit plus p jd ahli Cosway dengan niat yg satu nk beli BM nih...tp hampessss tahap cipan sungguh bila aku masuk jd Ahli je, mende ni mmg x de stok...satu alam dari Kedah sampai Perlis haku p stokis Cosway dok cari mende alah nih. Call tanya jangan dok kira la kan...sampai last2 adik tu pon fed up dengaq sora haku ni skali dia jawab stok mmg x de sampai Mei baru ada. Haku pon geram and frust tahap gaban je nk call tanya lg. Duit yg dok simpan pon haku dh gunakan utk emergency kes aritu. Dh clear. Skrg dok meroyan dalam hati saja la. Huhuhuhu....berkenan gilos la ngan BM neh. Ada gak tgk kat Tesco aritu tp tak berkenan. Lawo yg ni...huhuhuhu..bila la nk bleh dapat neh? Sob...sob...sob.....Huwaaaaa...nak BM. Apa kata sapa2 yg kesian  tu tolong belikan kat haku sebagai adiah ke sedekah ke...aku terimaaa seadanyaaa..huahuahua....

hah ni lagi satu yang buat aku meroyan...adehhhla.....(dok tenung sambil mulut tenganga..)

Yang nih bukan sebab apa yg dok tenung lama2 tu...yg kat umah tu dh makin uzur. Kalau lama skit dok pukul telor tu dh kuaq bau hangit... naik seriau gak nk mix lama2 atau adunan banyak skit. Kang meletup plak mixer tu. Almaklumla yg tu yg biasa2 je...masa haku beli kalau x silap x sampai rm100 kut. Dh lama daaaaa....hehehe. Tp dia sangat la berjasa pada diriku ini. Macih mixer comelku...jasamu dikenang...

Tuesday, May 24, 2011

Masak Lemak Cili Padi Rebung & Udang

Assalamualaikum.....dah lama x terupdate...kemalasan dan ketiadaan idea nk update. Masak2 pon yg biasa2 saje, malas lerr haku nk update men yg sama 400 ribu kali kan...hahaha,,,sebenornya x masak pong..wakkakaka. Tapi malam ni haku maasak sempoi punya. Tadaaaaaa.....Masak lemak cili padi rebung ngan udang + sup sayoq campuq tuk anak2 + ikan Gorang + ulam kangkung rebus and Sambal belacan buah Kuini..perghhhh....tangkap leleh beb...huhuhuhu...
Habih haku melantak lopa diri malam ni. Perghhhh.....layannnnnn...

Sunday, May 15, 2011

Kek Marble Lembut Lagi Sedap Nina...

 
Assalamualaikum dan selamat malam semua.....ni edisi nk tepek N3 tertunggak kes x leh sign in aritu. Ooo ya korang dh dinner ker? Haku dh jd geng ulor sawa dh ni..x larat nk gerak kes dinner overload..hehehhee. Kunun2 masak nk bg org demam sedap makan nasik. Alih2 haku yg melantak sampai lupa diri...adeh la. Parah  toi camni. Menu peberet nk buat camna la oiii. Menu apa? ehehehhee....menu kami malam ni Ikan masak Asam, Kangkung goreng bercili, ikan goreng, sambai belacan buah Konen@Kuini pastu ulam rebung rebusss...perghhhhhhh..melelesss beb....pastu org demam makan x tambah haku yg lebey2 bantai setengah piyukk...rosak diet I tauuu...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....opsss....udah2 stori pasal dinner.
Kek stori pasal kek yg gebus gebas dan sedap seperti kata kak Noor Masri. Memang x rugi la haku try..besttt. Lembut sesangat. So layann....kak Noor Masri kita CnP kat cni okehhhh.....Tq kak


Kek Marble Lembut Lagi Sedap Nina
Bahan-bahan: (loyang 8 in)

8 oz mentega  (250 gram)
6 oz tepung gandum (akak guna superfine)  188 gram
6 oz gula castor - gula ni akak kurangkan lagi sbb akak ni tak suka kek yg manis sgt 188gram
5 biji telur dari fridge
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (akak guna coklat emulco dan oren emulco)

Cara membuat:

Tepung diayak bersama baking powder.
Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dlm adunan putih telur dan pukul hingga rata.
Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung skit2 dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emluco pilihan anda.
Guna loyang 8 in persegi selang seli masukkan adunan tadi dimulai dgn adunan asal.
Bakar pd suhu 180C selama 45 min atau sehingga masak. Suhu oven bergantung kpd oven masing2.

* Tips: Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunnakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Saturday, May 14, 2011

Tat Nenas Besttttt.......

Yuhuuu.....uiks...dh okey ekk blog kite ni...leh masuk la..yihaaa...windu yg amet pada semuaa...ada ka owang windukan haku inii....eehehehehheeh. Knape ekk aritu x leh masukk...dh bopa kali haku dok try x leh jugak. So tertangguh la nk wuat n3. So dh boleh sign i ni haku nk tepek gambaq Tat Nenas bauat aritu...dh jd sejarah dah pon. So tgk gambaq je laa...Resepi cam biasa yg Kak Juns punyerr. Haku mmg setia ngan resepi kak Jun ni sbb Bigboss sukaa...anak2 pon suka....so Layanzzz beb....Resepi Tgk SINI

Monday, May 9, 2011

Kalau Tak Suka , Pulangkan!!!....

gambaq mik dari Google


Sedih sangat baca kisah niii...selalu terkenang2 kisah ni sejak akhir2 ini. Minta izin nk copy disini untuk sama2 kita muhasabah dan renungkan2..semoga sama2 kita menginsafi dan merenung kembali layanan kita pada ahli keluarga kita......

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.


“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”

“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..”

“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.

“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.

Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”

“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”

“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.



———————————————————————————-



“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

“Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.



———————————————————————————–



“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

“Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.

“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila”



—————————————————————————————————-



“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”

“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk

“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

Thursday, May 5, 2011

Sedih+susah Hati+serabut

Assalamaualaikum...dh lama x berksempata nk update. Bukan apa...sibuk skit menguruskan hal  ayah yg masuk hospital......risau btul...pastu anak haku plak siadik tu ntah apa yg masuk mata dia sampai meraung2. Dh pegi klinik mata doktor cakap mata itam adik luka...so doktor bagi ubat dan tutup mata adk...sedih sgt rasa. Dh la adik x mo makan apapon kecuali susu. Pastu main semua x mau...risau betul. Mana pikiaq kat ayah di hospital..mana ngan anak jd camni...serabut tui...okla x da mood nk taip byk2.

Tuesday, May 3, 2011

TQ Bigboss

Hehhee..n3 ini khas buat encik BIGBOSS yang sungguh baik hati sebab tolong bersihkan kipas angin dh bersawang 80kilo kat umah....TQ..TQ..TQ....
Patutla blk tgh marin rasa kipas cam sejuk jerr....kekekekekkee. Adinda sgt2 ler menghargai jasa baikmu itewwwww..len kali buat lg yer.........
Sebenornya hajat tu dh lama nk mengnyahkan habuk2 yg dah nk jd batu tu tp masa amat la mencemburui diriku. ekekekeke...alasan kan. Biasa la ari cuti baru la nk buat housekeeping semua. Masalah haku time cuti anak2 ada kat umah. Bila diorang ada mmg x leh la haku nk buat semua tu sbb diaorang elergik ngan habuk2 tus...tambah2 sikakak..maunya dia bersin 800 kali kalau aku dok buang habuk kipas siling tu. So bertanguh2..last2 marin tgk kipas angin bersih dan come lg suci..hehhehhe. Kompom bigboss yg dh tolong......
Apepon terima kasih ekkk BIGBOSS....

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)