Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Tuesday, July 12, 2011

Al-Fatihah buat MAK tercinta....

Al-Fatihah buat Arwah MAK tercinta
Hari ni dh 8 hari MAK pergi mengadap Penciptanya. Ya Allah...kau tempatkanlah IBUKU dikalangan hambamu yang beriman.....Sesungguhnya terlalu banyak pengorbanan mak buat kami. Terlalu singkat rasanya ruang untuk aku membalas segala budinya pada diriku...haku masih cuba memujuk hati agar menerima hakikat yg terlalu pedih dan menyakitkan ini. Sesungguhnya hati terlalu lemah untuk menerima takdir yg satu ini. Seringkali haku tewas bila kenangan2 lalu menjengah diminda. Terasa betapa singkatnya waktu bersama mak....kehilangan mak bagaikan separuh dari diriku telah hilang. Tak munkin ada galang gantinya ....Ya Allah berilah ketabahan buatku untuk menghadapi ujian Mu Ya Allah.
Setelah sebulan mak bertarung nyawa melawan penyakit...pada tanggal 4 Julai 2011 jam 8.25 malam mak menghembuskan nafasnya dipangkuanku. Pada 5 Julai 2011 jam 10 pagi mak selamat disemadikan bersebelahan kubur wan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....saat terakhir melihat mak, wajah Mak  begitu indah, tenang dan bahagia. Nampak seperti Mak sedang tersenyum bahagia. Alhamdulillah......
Mak...kak long rinnnduuuu sgt pada mak......Kak Long berdoa agar mak sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Semoga doa kami dapat menerangi mak di Sana....Aminnn..

9 comments:

Unknown said...

salam takziah buat mekna serta keluarga dan al-fatihah buat arwah. semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan para syuhada..amin.

K.Nor said...

amin... semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan org yg beriman...

na.. salam takziah dr k.nor.. sayu baca luahan na ni.. k.nor dh lama kehilangan sorang ibu.. sabar ya na.. dia dah selamat kembali kpd pencipta yg maha agung.. redha ya.. bila sedih, zikir dan hadiahkan arwah dgn bacaan al quran.. mudah2an na tenang ya..

MekNa said...

Terima Kasih Nieza....AMinnn

MekNa said...

Kak Nor: Terima kasih Kak....terlalu sukar kak hati nk terima hakikat yg satu ni...Na cuba...insyaallah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Na

Mas said...

alfatihah.....
salam takziah buat mekna serta keluarga ...
semoga arwah ditempatkan dikalangan para syuhada..
amin.

Ibu Ayra said...

sabar rusna... kita semua akan ke sana... yang abadi...al-fatihah buat arwah makcik..

MekNa said...

Terima kasih kak Mas, Aminnnn

MekNa said...

Kak Ros: Insyaallah....terima kasih ye

deeila86 said...

takziah ya kak..alfatihah..

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)