Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Tuesday, August 23, 2011

Cookies Raya - Samperit Istimewa



Assalamualaikum..selamat pagi summerrrr...amacam projek kukis raya koranggg..mesti dh berbalang-balang kan? Haku ni jer baru gegeh2 nk start. Mood tahun ni agak lembap skit. Bercintaaa je nk buat kukis pon. Tp kesian pula kat anak2 asik dok ajak buat kukis raya. xceli ni kukis kedua dh..aritu ada buat Coklat Chips Kukis request si kakak. Tp maleh bebenor le kome nk mengsnapkan gambaq. Ehehehee...bila maleh mmg x de  citer lerrr.Boleh kr gitu? So smlm pujuk2 mood rajin mai kawan ngan haku bleh la samperit nih 2 balang tu. Fuhhhh....ssh gak nk pujuk mood R ni rupenye. Mule2 nk buat biskut dahlia mik kat dapo CMG yg pames amos lg glemer tu (cam ayat bodek le pulak). tp bigboss dh wak kuaq laptop daaa....so mik resepi len yg dh print...maafla x igt sapa punye resepi tp mik dr mesra.net. Tq ya tuan punya resepi..minta halal nk tepek kat cni. ....

SAMPERIT ISTIMEWA
sumber : Mesra.net

Bahan-bahan
  • 1 tin tepung jagung cap Kupu-Kupu Brown & Poison
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 3/4 cawan gula pasir - dikisar & diayak (yg ni len kali haku kena kurangkan gula skit)
  • 3 biji merah telor
  • 1 1/2 buku mentega
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara:
  1. Kacau sebati mentega dan gula.
  2. Masukkan merah telor & esen vanilla dan kacau sebati.
  3. Masukkan tepung jagung & tepung gandum yg telah diayak bersama. Uli jadikan doh.
  4. Tekan dalam acuan samperit.
  5. Bakar sampai masak (haku bakar dlm suhu 170 dlm 7-10minit.
Nota: Jika doh didapati keras, boleh ditambah mentega.


2 comments:

Mas said...

cantiknya samperit....
mas tak buat samperit ni sbb mertua dah buat..he3

MekNa said...

Kak Mas:santek kerrr ,..ngeh3 (ngan kembang2 idung)...tq kak

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)