Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Sunday, February 26, 2012

Oreo Cheese Cake

Huhuhuhuuu...cheese Cake pulak no. Cheese Cake ni di oder oleh bos kat tpt keja, Dh lama haku tak buat Cheese Cake. Bukan x mo buat tapi rakyat umah ni tak bopa nak layan dh. Lebih baik haku buat menda yang diorang suka....x da la aku ni dok jd tong buruk dok perabih semua...tak gituuu.
Sebab nak buat saiz kecik je haku ajak Bigboss p cari loyang spring foam saiz kecik pula. Kat umah saiz besauuuu punye. Haku amik saiz 7 inci. Tapi haku rasa kena amik kecik lg la baru cun kalau lapisan cheese tu tebai skit...rasanya kena gandakan adunan baru cantik kan...apepon terima kasih bebanyak kepada            Dr. Rozila kerana sudi mengoder dari haku yg dok merangkak2 lg ni. Terima kasih jua buat kak Ummi Zahaidi yg berkongsi resepi kek yg sedap  ni.  Resepi haku tepek lg buat sekian kalinyaaaa,,,,,

OREO CHEESE CAKE
Sumber :Joyche
Sumber : Ummi Zahaidi@Home Sweet Home

Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam

2 comments:

Nur said...

Bestnya, Mekna pandai buat cheese cake. :)

MekNa said...

Yati: mmg best yatii...menternak lemak32..hehehehe..thanks sudi singgah

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)