Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Tuesday, June 22, 2010

Light Strawberry Cheese Cake

Kek nih dh lama terbekanan dan tergoda masa tgk kat dapoq kak Hasue....Tp masa tu x de resepi....bila kak Hasue bg ja resepi terus haku amik simpan. Jd sempena Hari Bapa haku pon try la buat khas utk Mr. Hubby. Dia mmg sukerr ciskek nih. Tp haku telah menderhaka sket sbb tukaq jd strawberry, asalnya light blueberry CHeese Cake.Kak Hasue jgn mare ekkk...anak haku mmg suke stobery.....apapon mmg sedap kek nih.Haku adjust ikut apa yg ada kat umah...Slice cheese tu haku dh tukaq guna cream cheese sbb kat umah ada 5 keping jek x ckp lg sekeping.Tq kak Hasue atas resepi yg mabelessss nihh....ni resepi asal. Kak kite CnP ekkkk..tq sgt2.sedapppppp.....x rugi tau kalo buat.Si kakak siap nk wak bekal g tadika lagiks....layan je la...


Bahan2:
  • 300ml susu segar
  • 6 keping keju kraft (haku x de stok so tukaq jd 150g Cream Cheese)
  • 3 biji telur gred A
  • 90g gula halus
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110g mentega/marjerin
  • Blueberry filling secukupnya (haku tukaq Strawberry)
Cara2:
  1. Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
  2. Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
  3. Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
  4. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
  5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
  6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
  7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
  8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
  9. Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
  10. Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
  11. Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)

4 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhh sedap ni terliuq tgk

MekNa said...

sedapp kerr???bila nak oder??/kehkehkeh

Unknown said...

uisshh sedapnya... teringin gak nk cuba ni...

MekNa said...

Cahayachenta mmg kena buat.mesti jatuh chenta punyaa...dap sgt

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)