Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Monday, August 23, 2010

Kek Lapis Strawberry Cheese

Kek lapis yg marbeles dr bro rozan...mmg sedap dan menyelerakan...haku sukaaaa..x sia2 aku cuba buat...rsnya mmg ngam ngan anak tekak aku ni.Mr. Hubby ngan anak2 pon asik dok angkut jap jek dh habess.jd korang x yah la minta lagiks.Dh selamat di kerjakan.Tenkiu Bro share this recipe. nak buat utk sambut Hari Raya...Kita taip kat cni utk rujukan ...


Bahan2:

450gm mentega (kite gune buttercup)
250gm Philadelphia cream cheese
1 sudu makan ovelette
150 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira2 400gm)susu pekat manis
300 gm tepung hong kong
100 gm Horlick
180 gm jem strawbery (kite letak strawberry paste sbb x dak jem)
1 sudu teh esen strwberry
Sedikit pewarna merah/ erah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)

Cara:



  1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalatte sehingga sebati


  2. Masukkan gula sedikit2 & terus pukul hingga kembang


  3. Masukkan pula telur sebiji2 & terus pukul hingga kembang dan rata


  4. Seterusnya, Perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.


  5. Perlahankan lg mixer anda dan bubuh tepung hong kong dan horlicks. gaul rata


  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu plain dan satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah


  7. Bakar menggunakan loyang 10"x7" atau 8"x8" yg telah digriss pd dasar loyang dan sekelilingnya.suhu kira2 180-200 darjah celcius


  8. Ambil 2senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. bakar dengan api atas bawah sehingga masak. utk lapisan ke 2 hingga akhir, tukar suhu oven kpd api atas jer (grill). amik 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama td


  9. Utk lapisan ke 3,ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan ke 2 td. Buat begini sehingga habis adunan.


Nota dr Bro Rozzan:

Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1plain 1 merah adalah terpulang kepada kreativi dan citarasa anda.

1 comment:

♥MAMASYAZA♥ said...

memang sedap...gerenti ramai permintaan kalo buat juai

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)