Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan 4 - Red Valvet Marble Cheese Brownies

Assalamulaikum....pehabaq kwn2 semua. Macam mana Ramadhan tahun ni?. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dariNYA di bulan yg mulia ini...aminnn.
Dh lama haku tak dak kesempatan menghapdetkan diri kat dapoq yg satu ni. Bz kat dapoq basah jerr...dapoq kering ni x terjengok. Al maklumla bulan pose. Blk keja jer haku kena bertungkus lumus aka berperang kat dapoq sediakan juadah berbuka. Umh haku ni senang ja..mmg ari2 berbuka makan nasi.Hehehehee...so ari2 dok penin jer nk masak lauk hapa.....kena ligan masa. Kalau tak x sempat siap sebelum berbuka. Bulan posa tpt keja aku benarkan semua staf blk 4.30 ptg berbanding hari biasa kul 5.00ptg. Lps blk keja terus singgah kedai runcit cr bahan utk masak...sampai umh pon selalunya dalam pkol 5.15 jugak. Ramai wooo org time bulan posa ni. Nk bayar pon beratur. Sampai jerrr umah kena kuarkan lauk dari peti ais...lps solat asar terus jek keletung keletang masak....kdg2 elok siap masak azan maghrib la. Apapon haku suka sebab dapat masakan utk anak2 dan suami tercinta. Syukur diaorang pon mkn selera j,e haku tgk rasa berbaloi....
Sikakak pon dh 4 ari dia berjaya posa walaupon baru belajar....sayang anak ibu. Alhamdulillah tak de buat perangai langsung. Posa elok jer....ibu doakan kakak berjaya lalui puasa dengan jayanya...Aminn. Suka sgt bila dia dapat puasa. Hari2 haku cuba masakkan apa yg kakak suka. Harap dia akan semangat nk teruskan puasa sampai akhir.
Cuma yang palih sedih Ramadhan kali ni  tak dapat lg haku makan masakan yg mak masak. Dulu mesti mak slalu je tanya bile nk blk buka puasa kat kg. Tahun ni mmg sunyi tanpa mak...x dapat lg nk berbuka dan sambut raya dengan mak...Ya Allah tempatkanlah arwah ibuku dikalangan mereka yg beriman Ya Allah. Al-Fatihah buat mak..semoga mak damai disana. Rindunyaaaaaa kat mak. Rindu sgt2.....
Opssss...Maafla ter emo pula mlm2 ni.
Sebenornya nk tepek gambaq brownies ni...dh lama nk try so smlm menggagahkan diri buat juga. arini berbuka dengan kuih brownies la kami. Warna mmg menarik da boom btui..hehehe. Terima kasih kak Maz diatas resepinya... len kali nk try lagikkk...minta izin nk tepek kat cni yer kak....senang kalau nk buat lagi...meh layanzzzzz..................


Red Velvet Marble Cheese Brownies 
Sumber : by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi
  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...
Catatan : Ni dah kali ke 2 maz buat kek ni dan guna oven usang kat sini yg hanya ada api bawah saja dan kek elok masak sekata, jadi maz cadangkan untuk lapisan cheese tu bakar guna api bawah saja agar warna cheese tidak kuning sangat.

1 comment:

♥MAMASYAZA♥ said...

dah lama btoi umah hang sunyi. baru arini hang timboi..anyway mmg merah menyala brownies hang...mesti sedap giler

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)