Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Wednesday, September 21, 2011

Kek Lapis Asam Manis (Haw Flakes) versi bako


Posing sebijik jela..x leh posing yg potong sebab org yg punyeeee.....


Assalamualaikum dan selamat malam semua......Alhamdulillah malam ni berkesempatan melepakkan diri kat sini. Nekad dh malam ni nk tepek gak kek lapis yg sempat baking semalam. Kek ni request by Bigboss untuk dibawa ke jamuan Raya Pejabat dia arini. Haku siap beli loyang besarrrr punya khas untuk nk buat kek nih. Saiz loyang ni 14x14x3. Mmg besar so haku buat 2 adunan dan rasanya dapat 9 layer je kalau x silap. Pastu bleh plak haku terlupa beli kotak nk isi kek ni...huhuhu. Bigboss bawa camtu je tanpa kotak. Sory yerr boss adinda lupa...keh3. Masa bakaq kek ni mmg berdebar2 juga takut tak menjadi...ni pestime haku buat kek lapis asam manis ni versi bako...sblm ni kukus jek. 3 jam juga haku dok tunggu kek ni masak. Syukur alhamdulillah hasilnya x mengecewakan....Tp kalau dipikiaq2 bab jumlah teloq yg digunakan tu leh pengsan wehhh. Untuk 2 adunan ni haku telah mengorbankan 2o biji telur dan hampir 1kg butter...erkk...nk pengsan2. tu pon haku guna butter biasa jek. Kalau guna SCS perghhhh....mmg pengsan terus. Hahahahahaah...Resepi telah dikidnap kat umah Bro Rozzan..terima yer. Minta Halal resepi nk tepek kat sini untuk rujukan dimasa depan....terima kasih sudi berkongsi resepi.....

KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)

Bahan-Bahan


10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes (saya gunakan 125 keping saiz duit 50 sen)


Cara:

1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.



7 comments:

Sofea said...

singgah & follow..salam kenal Mekna! ;)

Sofea said...
This comment has been removed by the author.
MekNa said...

Tenkiu Sofea sudi singgah sini..salam kenal juge...

izahdaut said...

mek na, kak ilah kata blog ni kena virus. cer check ngan kak ilah jalilah kat fb..or kat blog diaa

MekNa said...

Kak Izahdaut:hah yeke???

♥MAMASYAZA♥ said...

mekna, i dah try bukak blog u, ok ja

ilahjy said...

salam mek na..betul sebelah pagi kak ilah buka 3 kali percubaan masih ada virus yg mengganggu... nasib baik sebelah petang semalam alhamdllh dah ok..sementara blog tumbuh2an kak terlupa nama link dia..tak dpt bgtau tuan punya ... dah sebulan tak leh buka ada virus spam tuuu... sayang juga nak delete sebab blog tu febrate kak ilah...

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)