Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Sunday, December 18, 2011

Coklat Rose-Homemade





Percubaan pertama buat coklat sendiri. Hasil tak berapa memberangsangkan, tp okla kot bg pertama kali. Malam ni mood rajin tetiba berkunjung, so sambil uli doh pizza (pembantu tlg uli sebenaqnya) sambil buat coklat nih. Sesaje main masak2 ngan si adik, Dia mmg suka coklat..x sabaq2 dia nk makan bila tgk coklat ni...resepi diskodeng dari dapoq MELORJINGGA . Tenkiu yer. Mohon share kat sini pulak.

 Coklat Rose - Bahan-bahan (15 biji ke 20 biji)

1 bar coklat masakan putih
1 bar coklat masakan biasa (hitam)

1 sudu kecil pewarna merah jambu
1 sudu kecil perisa strawberry
1 sudu susu cair
2 sudu besar crisco/minyak jagung
bakar badam hancur sehingga kekuningan


Cara-cara

1. Cairkan coklat putih dengan kaedah double boil.
Campurkan 1 sudu crisco/minyak jagung ke dalamnya berserta 1/2
sudu perasa strawberry dan 1/2 sudu pewarna merah jambu.Kacau hingga sebati dan
cair.Angkat dan masukkan kedalam acuan coklat berbentuk mawar sehingga 1/4 penuh

dan biarkan keras didalam peti sejuk.




2. Cairkan coklat hitam seperti kaedah 1. masukkan 1 sudu susu cair dan badam hancur
yang telah dibakar.


3. Keluarkan coklat dari peti sejuk. Tuang coklat hitam ke dalam acuan sehingga penuh.
Sentiasa letakkan coklat ini dalam peti sejuk sehinggalah tiba masa untuk dihidangkan.

6 comments:

Amie said...

cantiknya! sayang nak makan...

MekNa said...

Tq Amy...baru cuba2. hasil masih kurang memuaskan

izahdaut said...

baru cuba dah nampak aura seni coklat tu mekna. haha.. suke la tengok. lawaaaa...

MekNa said...

kak izah: macih3...(sengeh2 sorang2)

ucubakery said...

cantikkk banget...sama mcm k. amie sayang nak makan, ucu c n p resipi ye..

MekNa said...

Ucu: tenkiu Ucu...masih perlu diperbaiki lagi ni

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)