Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Wednesday, April 25, 2012

Roti Kentang aka Potato Bread


Hehehhee..tertekan publish..blogspot dh tukaq templete ka...manyak ari sgt tak buat N3. Arini buka dh lain...huhuuhhu..kesian kat haku wehh. 
Tepek gambaq roti kentang plak arini. Arini monday punya projek. Gebus Gebas tapi haku letak skit plak kastad tu. Mau letak byk2 len kali baru terasa sedapnnyaaa...muaahahaha. Cicah ngan ayaq nescafe..perghhhh layan beb. Rasanya kalau letak kastad tu sebagai inti pon besh kannn? 
Roti ni terjadi sebab nak habiskan kentang yang dh rebus buat donat kentang aritu. Gambaq dobat x dan snap sbb buat malam sabtu tu, ahad haku mai keja, plan blk keja nk snap pic la kan..skali suda licin di baham oleh Bigbos..aiyaakkk. Kentang tu haku dengan tamaknya rebus 2 ketoi besaq. Jadi untuk mengelakkan pembaziran kita buat jek roti kentang gebus gebas ni. 
Resepi terserempak kat lemari kak Izah Daut...Terima kasih kak atas resepi yang dikongsi. Minta halalkan yer kiter CNP kat sini. Resepi asal dari dapoq CMG , dapoq kak Hana yang laamaaa menyepi tu. Kak Hana....jarang2 nampak N3 dia skrg. Apepon terima kasih semua yang sudi share resepi..semoga Allah jua yang membalas segala kebaikan anda semuaaaa.....terima Kaseyyyyy....


RESEPI ROTI KENTANG

by : matgebu@dapurtanpasempadan
copy: Kak hana@hanamemories
Sumber: Kak Izah 

Bahan-bahan
Bahan Doh
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
*saya tambah 2 ke 3 sudu mkn butter


Bahan Kastard
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
Cara-cara
UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit.KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.

CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.

UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)