Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Sunday, February 7, 2010

Soft Crush Pizza



Pizza yg mmg seeeedap...haku suke2. Lembut dan Gebuss gituu.Pizza ni buat utk mkn malam smlm. Siangnya dh mkn nasi kan., mlm x rasa cam x bopa nk lalu la nk melayan nasi lagi. Lgpon panas2 cam skrg nih mkn pon kureng selera, so haku uli la pizza nih.....Tgk kat umah Kak Hana Jepun nun, tp resepi asal dari org Kulai, sapa lg CMG lerrr...Haku suker ngan doh dia (tiru ayat kak Hana...mmg sukeeeeee). Aku buat dpt 2 bj. Sebiji dh selamat smlm buat santapan Haku & Mr. Hubby, lg satu haku buat frozen...bila2 nk mkn bakaq jek....len kali leh buat g resepi ni...sedapppppp....Makasih Kak Hana N CMG..Kak Hana kite CnP dr blog U ekk

Bahan Doh:
  • 250 g tepung roti (high protein flour)
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula
  • 1 camca teh yis (instant yeast)
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun (haku letak minyak masak jek)
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca teh oregano kering (x letak x de stok)


Sebelum dibakar

Cara membuatnya:
  1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!

No comments:

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)