Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Sunday, February 7, 2010

Strawbery & Kiwi Cheese Tart



Nilah projek cuti haku minggu lepas.Dh lama sgt x buat, terasa teringin nk buat haku pon godek2 la. Apalagi sume bahan2 dh ada so on jela.Lagipon 2 Ketoi bulat Haku tu dh tdo, haku cpt2 la jalankan projek tat ni....baru siap uli doh depa dh bgn..apalg terpaksa la ku korbankan skit doh aku sebagai umpan utk depa supaya dok diam.so nila ropa tat haku yg x seberapa.boleh la takat nk makan tu kan,yg memula hampir hangus sbb dok sibuk ngan 2 ketoi budak bulat tu...sib bek bleh mkn g....uwaaaaaa...
Papepon haku suka tat ni. dh 2 kali wuat resepi dr dapoq chef Noraini ni. Tp amik kat dapoq kak Ummi Kuantan yg tersgt la rajin masak mcm2....terima kasih Chef Noraini dan Kak Ummi sbb kongsikan ngan kami resepi2 best.....Kak Ummi, kite CnP dari blog akak. Minta halal ye...

Bahan Tat:-
125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 bji kuning telor
250 gm tepung gandum
sedikit garam
1/2 sudu teh esen vanila
1 - 2 sudu besar air
Cara Membuat:-
Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telor dan pukul sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula. Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius. (*ummi bakar 15 minit je)
Inti Krim Keju:-
250 gm krim keju Philadelphia
50 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji telor
1/2 cawan blueberry pie filling
Cara Membuat:-
Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati. Sudukan inti ke dalam tat yang telah dibakar tadi, letakkan sedikit blueberry filling di tengah tat dan lorekkan dengan lidi. (*ummi punya filling pekat dan berketul, susah sikit nk lorek). Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga inti sikit kekuningan.

No comments:

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)