Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Thursday, November 17, 2011

Bun Nescafe Filled with Tablerone Chocolate Kak Ros Jintan Manis


 Stok last tepung high protein kat umah....bila la nk p cr bahan2 baking pulak nih. Banyak lg resepi roti nk cuba ni. hehehehe,,,,keciwi tak abih g....Resepi ni darpada kak Ros Jintan manis. Memang banyak resepi roti kat blog dia..Masa membakar roti ni mmg harum satu umah ngan bau nescafe...Fizikalnya mmg gebus gebas ...tp rasa kureng skit munin haku terkurang gula rasanya. Takpa,,,len kali akan di adjust . Apepon roti ni mmg lembut sgt. Akan cuba lg nanti...Halalkan yer kita amik resepi dan tepek kat cni.

Geeebusss kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...sila abaikan tgn itewwww

 Bahan bahan

180 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
3/4 biji telur
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin
1 1/2 sudu besar yis
100ml susu segar
2 sudu besar gula
1 paket nescafe excella (kite guna nescafe 3 in 1)
3 paket mini tablerone coklat

Cara-cara
1) Kalau ada BM pilih menu dough dan ON jer, kalau takde campurkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali marjerin dan uli hingga menjadi doh.

2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dn lembut. Perap doh selama 1 jam

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh isikan inti coklat toblerone yang telah dipotong kecil

4) Atur roti yang telah disediakan ke dalam loyang 4 segi yang telah dilenser dengan marjerin. Perap sehingga roti naik dua kali ganda

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Gliss roti dengan baki telur + 1/2 sudu kecil susu dan beberapa titik madu dan bakar selama 18-20 minit atau sehingga perang. Bila roti sudah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan marjerin.

6) Sejukkan roti di atas redai dan simpan didalam bekas kedap udara , sedia untuk dihidangkan dan amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.

No comments:

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)