Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Thursday, November 10, 2011

Cream Puff inti Cream Custard ...sedap ropanya

 Yuhuuuuu..malam ni lps makan nasik kita supper ngan cream puff pulak...bleh ke camtu. Habis bila la nk kuruih camni. adehhh. Makan tak hengat punya.
Resepi cream puff ni dh lama dok simpan jerr...masa tu x da oven..lps beli oven tak buat2 jg. Tengahari tadi kuar lunch ngan my Sis dia stori psl dia buat cream puff tak cukup teloq, jd ketoi batu dan kisah lawak lak psl cream puff keras tu. Heheheheheee...mlm ni dok lepak2 layan Fb tetiba datang seru nk cuba buat...skodeng2 kat dapoq kak Azlita yang berseni tu mmg ada resepi skali ngan step by step lagik..nk tgk yg cun click SINI . Kak Azlita kita minta izin yerr amik resepi ni..nk tepek utk rujukan kemudian hari. Resepi asal dari Kak Yani@MyResepi..terima kasih Kak Yani & Kak Azlita.



CREAM PUFF
by : Yani
Skodeng dari: AZLITA@Masam Manis

100ml air

45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
  4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. 
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

4 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

kan i dah kata, sedapkan...hehehehehe. anak2 i pun suka...hehehehe

MeknaBlog said...

btui3...mmg sedap...skali buat 2 adunan siap2

norlieharumaini said...

eh..eh.. comelnya cream puff ni..

MeknaBlog said...

Nurlieharumaini: tq2..saiz mini..senang nk ngap..hehhe..

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)