Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Tuesday, January 24, 2012

Orange Marble Cheese Bar Cake

 Jom kita jamu mata ngan Orang Marble Cheese Cake petang2 ni. Pekena ngan kopi..perghhhh...best siot beb. Hahahhahaaa...Tenkiu very much buat Kak Maz@Ilham Dapur yang menggoda dgn gambaq ciskek beliau yg sungguh mengancam. Thanks kak Maz sebab bg resepi sekali. Kek ni mmg best. Dengan bau dan rasa oren kegemaran...ditambah pula lapisan cheese yg lemak di atas..nyummy3. Cuma lapisan bawah tu ternipis skit. munkin loyang kita ada besaq. Walaupon dh doublekan adunan tp masih nipis. Len kali kena triplekan adunan kalau guna loyang ni, br cun noh. 
Kek ni dh sejarah. Semaalam wak lik ke kampong. Makan2 ngan adik beradik. Kebetulan adik yg dok dikelantan blk. Skali skala berkumpul makan ramai2 mmg seronok. Kalau Arwah Mak masih ada mesti dia yang paling gembira bila kami semua berkumpul. Apalagi ada bb baru Nur Alya Farisha yg bulat tu. Tak puas kacau budak bulat tu...geram.
Kak Maz saya minta izin CNP resepi dari blog akak yer.Harap dihalalkan...





Orange Marble Cheese Bar Cake
Sumber :  by Kak Maz@ ilhamdapur.blogspot.com


Bahan-bahan (loyang 7x7)

Bahan A
  • 40ml sunquick orange
  • 50g mentega - cairkan dan sejukkan sekejap
  • 2 kuning telur saiz A
  • 60g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1-2 titik pewarna orange

Bahan B
  • 2 putih telur saiz A
  • 40g gula halus
  • 1/8 sudu kecil garam

Bahan C
  • 200g cream cheese suhu bilik
  • 1 biji telur saiz A
  • 50g gula halus
  • 1/2 sudu kecil lemon jus

Cara

1. Panaskan oven 160 C. Alas loyang dengan kertas baking dan biar kertas lebih tinggi dari loyang agar senang nak keluarkan kek nanti. Sediakan air mendidih untuk waterbath.

2. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan A dan kacau sebati.

3.Putar bahan B sehingga kental/bertanduk.

4.Masukan bahan no.3 dalam no.2 sikit-sikit dan kaup balik hingga sebati. Ketepikan 2 sudu besar dan masukkan dalam plastik bag, gunting sikit hujungnya untuk buat marble.

5. Tuang dalam loyang dan bakar secara waterbath selama 30-35 minit.

6. Sementara menunggu kek masak. Sediakan lapisan cheese.

7. Putar cream cheese hingga sebati, kemudia masukkan gula, putar lagi. Akhir sekali masukkan lemon jus dan telur dan putar sebati.

8. Tuang terus atas kek yang baru dikeluarkan dari oven. Amik bancuhan kek yang diketepikan tadi dan buat garisan memanjang atas lapisan cheese, kemudian tarik turun guna lidi.

9. Masukkan dalam oven dan bakar lagi secara waterbath selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti selama 8 jam atau semalaman sebelum dipotong.

4 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

mesti sedap niiii

MekNa said...

seeedaaappppppppppppppp...

izahdaut said...

sweet nya kek ni. suke tengok kaler dia. rasa dia sah sah la sedap kan

MekNa said...

kak Izah: kek terguda ngan kaler tu yg terbuat jgk nih.....rasa orenge mmg x boleh blah la kak...asyik btui

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)