Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Monday, May 11, 2009

Sup Kaki Ayam simple n nasi goreng daging

Sup ni aku buat khas untuk kakak.Sian kakak asik x mau mkn je lps demam ni.Mayb tak sedap mulut agaknya.....susu pon x mau minum....dia cakap' tak sedap la ibuuuu.....kakak tak mau la minum'...adusss....susah hati btoi.....skrg musim demam...asik demam...pas2 baik jap...demam lak.....nasib baik ptg smlm nak juga dia makan nasi ngan sup ni......Alhamdulillah....tak sia-sia aku masak.....erm...buat mr hubby ngan aku masak nasi grg je...smlm x mood nk masak...jd buat nasi grg x yah la msk byk2 lauk....heh3...kita layannnnnnn gambaq ok....



Sup Kaki Ayam Simple utk Kakak

Bahan2:
  • Kaki ayam
  • 2 Ulas bawang merah(dihiris)
  • 1 ulas bawang putih(dihiris)
  • Sedikit halia
  • Daun sup
  • Lobak merah
  • Sedikit garam
  • Minyak masak untuk menumis
Cara2:
  1. Cuci kaki ayam sehingga bersih.
  2. Panaskan minyak didalam periuk.Tumis bawang2 td hingga wangi.
  3. Masukkan air, halia, ayam dan garam...biarkan mendidih hingga isi-isi kaki ayam masak.
  4. Kemudian masukkan batang daun sup dan lobak merah.
  5. last skali taburkan daun sup.
  6. Sedia untuk dihidang.


Nasi goreng buat mr hubby

Bahan2:
  • 2 cwn nasi putih
  • 3 biji cili padi(dipotong)
  • 2 ulas bwg merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 1 bj telor
  • daging (dihiris nipis..yg ni aku letak daging bakaq)
  • udang (dibuang kulit
  • Sayur-sayuran(ikut suka)
  • Sedikit kiub pati ikan bilis (aku letak 1/3 ja)
  • Sedikit minyak utk menumis
Cara2:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang2 hingga wangi.
  2. masukkan telor dan goreng bg hancur
  3. masukkan udang,daging,kiub pati ikan bilis, cili padi.gaul bg sebati....
  4. masukkan nasi dan garam. gaul lg.
  5. kemudian masukkan sayuran.
  6. sedia untuk dihidang panas2



No comments:

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)