Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Tuesday, June 2, 2009

Nasi Lemak Kukus

Menu mkn malam dihari yg malas...kehkehkeh....disbbkan kena jangkitan VIRUS M aku decide buat je nasi lemak...so aku x yah la masak byk lauk...buat sambal ja kan?kan?kan?....huhuhu....oleh itu pg2 smlm aku kukus n rendam beras....so aku balik keja cuma kukus sat n rendam dlm santan..pas2 kukus lg sat....siap nasi lemak kukus ku. Cuma grg bilis, rebus teloq n buat sambal.settle......so layan la ekkk...resepi dicilok dari Myr...Noya@MyR.Nak CNP je nihh....ni resepi asal....aku dh adjust ikut bilangan ahli keluargaku...sedap tau ngan anak tekakku ini bcoz nasi dia seroi jeee...menepati seleraku ini....wuahahahaa..ku mkn bertambah2...mr hubby lg lerrr......




Bahan:- (6 - 8 orang)
  • 5 cawan beras
  • 2 biji pati santan
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda
  2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat . Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit.
  3. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras.
  4. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
  5. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

No comments:

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)