Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Wednesday, January 5, 2011

MEE HAILAM RESEPI CMG...seeedaaaaappppp



Layan menu simple tahap gaban jek malam nih. Mr. Hubby ada dinner kat luaq. So mmg malas nk masak nasi berlauk bagai. Utk anak-anak haku masak nasi pastu buat sup ketam jek. Paberet diorang yg tu. Haku plak x rasa nk mkn nasi.....memula igt xmo mkn dh mlm ni...tpkannnn..hehehee..perut stokin cam haku mn bisa xmkn beb. Tak lena mlm haku..ahaks. So td ada tgk kat umah CMG mee hailam nih.Nampak menggiurkan sungguh. haku ni mmg hantu mee...korang jgn igt mak limah jek hantu....hahahaha.
Jeng3..projek2 utk mengisi perut stokin ku.....so haku godek2 la apa yg ada kat umah..campak je bahan apa yg ada tu. Jadi la mee hailam versi hakuuu...CMG ampun dik na menderhaka resepimu itewww...huhuhu....apapepon mmg maebeles arrr...sedap sgt haku melantak td..burp..Alhamdulillah........nak tgk gambar menggiurkan click SINI. CMG kite CNP resepi mu letak disini ye..nnt nk buat lg senang nk rujuk..thanks CMG. Len kali share lagi resepi best2 ok...
.

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
  • 4 biji ulas bawang putih, cincang halus
  • 15 ekor udang saiz besar, asingkan kulit dan isi, cuci bersih kulit dan rebus 15 minit, toskan
  • 1 keping fishcake, hiris
  • 6 batang crabstick, kerat 3 setiap satu
  • 3 batang putik jagung, hiris serong setiap satu
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 1/2 batang lobak merah, hiris serong
  • 1/4 red capsicum, potong serong
  • 1/4 green capsicum, potong serong
  • 1/4 yellow capsicum, potong serong
  • 4 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos lada hitam
  • 1 camca teh kicap pekat
  • Beberapa titik minyak bijan
  • Sedikit tepung jagung, bancuh dengan 1/4 cawan air, kacau rata
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan
  • Hirisan cili hijau, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Masuk sos tiram, sos lada hitam dan kicap pekat. Kacau rata dan tuang air. Tambah stok kulit udang tadi dan biar mendidih. Tambah lobak merah, putik jagung dan fish cake. Biar hingga lobak lembut.
  2. Masukkan udang dan juga minyak bijan, kemudian red/green/yellow capsicum. Bila mendidih, perlahankan api, masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan rasa. Jika perlu tambah garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan crabstick dan tomato belah, masak sekejap dan masukkan mee, gaul hingga rata, matikan api dan alih mee dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun sup, bawang goreng dan hirisan cili hijau....

2 comments:

fieha said...

sedapnye...nak copy resipi ye..hehe

MekNa said...

Sila2 fieha...ilmu kena dikongsikan...baru berkat kan..hehehe..papepon kredit to CMG

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)