Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Sunday, January 30, 2011

Kopak2..nila akibatnya kalauuuu.....


hehehheeeee...selamat malam summeeee.. malam ni tak ada N3 masak-masak sbb haku mmg tak masak pon sbb kepala wa suda mengong maa....ini selesema buat haku pusing kepala. Jadinya makan oder saja la.hahahaha.
Ok berbalik kepada gambaq di atas ye tuan-tuan dan puan-puannn.Ecewahhhhh...semalam masa bawa anak2 keluar ada singgah kedai bakery..ha nila jadinya kalau singgah. Kopak den dibueknyo. Bukan boleh tgk saja. Mesti kena sambar juga apa2. Tu pon sib bek sat saja ...kalau lama skit lagi ja mau mr.hubby masuk cari dalam kedai la alamatnya. Sebab dia mmg tahu biniya ni kalau masuk kedai bakery silap haribulan tak nampak pintu keluar...masalah sungguh......so ni jela yg sempat disambar..layanzzzzzz.nk g tdo dh. Gud nite.

lupa plak nk tepek makcik nihhh...merajuk plak dia...

MooD: SeLeSeMa


Arini mood selesema. Dh p amik ubat dan makan ubat. Tp masalah bila makan ubat kepala pon pusing dan ngantok..rase cam mengong je semacam..huhuhu. Dh lame tak selesama. Seksa nk bernapas skit...tak cukup ruang ..hahahaha. Sabar jela...Dalam opis ekon sejuk tahap beku. Naik kebas kakitangan pastu idung pon semakin meragam. Huhuhu....Ujian2....

Friday, January 28, 2011

Kek Tiramisu....akhirnya

 

Taadaaaa.... nak tepek gambar kek Tiramisu yang buat semalam. Semalam ada tengok tiramisu strawbery kat umah K.Nor secubit garam. Memang menggoda. Balik keja ja terus p cari bahan. Satu supermarket haku tawaf semata-mata nak cari biskut jejari perempuan@lady fingers aka biskut tiramisu tp tak de. huhuhuhu...frust btui. Namun disebabkan semangat yg tengah berkobar-kobar mcm jalur gemilang tu haku tetap nk buat gak tiramisu. So search la dalam tenet resepi tiramisu yang bleh buat ngan bahan yang ada. So ni la ropa parasnya setelah haku bertungkus lumus semalaman (ayat tambah nih).ehehehehee...Resepi haku amik kat Blogresepi. Minta izin nk tepek resepi tu kat cni sbb len kali nk buat lagi...sedapp...haku suka. Resepi asal letak dalam gelas..haku bantai buat sebiji kek..gasak la..hehehe...jom layan...



Resipi Kek Tiramisu Simple
sumber:blogresepi
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek (haku buat sponge kek coffee)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 2 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…
Sila la amik sorang sepotong no....

TERIMA KASIH KAK NOR & KAWAN2....

N3 pagi ni khas untuk K.Nor Secubitgaram, Kak Su contenghidup dan juga pada kawan-kawan yang sudi membantu aku menyelasaikan masalah berkenaan masalah double posting kat blog haku smlm. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA. Alhamdulillah masalah tersebut telah dapat haku atasi. Syukur....ok cukup n3 ala skema tu..hahaha...dh boleh sengeh dh...Terima kasih skali lagi K.Nor. Jasamu dikenang....

Rasa nk sengeh camni selalu....

Thursday, January 27, 2011

Pleaseee Help Me....i'm So sad

HARAP SGT ADA KAWAN-KAWAN YANG DAPAT MEMBANTU MENYELASAIKAN MASALAH SEPERTI DI N3 TaDi.

MEMERLUKAN PERTOLONGAN CEMAS....







Salam kawan-kawan semua..haku ada masalah besar sangat-sangat. Kalau boleh nk minta tolong kawan-kawan yang tau camna nak buat ni. Kalau korang perasan bila buka blog haku tang bahagian n3 tu dia ulang lagi sekali kat bawah. Kat Add and arrange page tu dia ada blogs post 2 kotak .Nk remove tak boleh...dh mati akai dh haku tak tahu lagi nk buat macamana. Kalau sesapa yang tahu PLEAASEEE tolong gtau ekk. Jasa kalian akan ku kenang. Semoga Allah jua dapat membalas budi baik kawan-kawan.

Wednesday, January 26, 2011

JJCM@PMC



JJCM kat PMC tadi....So malam ni menu JJCM @ PMC je. Hah sudah kena jangkitan K.Nor la ni...hahaha...ampun K.Nor. PMC tu singkatan Pasar Malam Changlun. Sebenaqnya aku amatla jarang p PMC ni. Dh lama juga tak p sbb tak ada pon nak beli. Tp arin Mr.Hubby ajak p...so tunggu lagi...ikut lerrr. Ronda punya ronda ni aje yg haku beli +potato spring+sir soya....aahahhaha. Dhtu kang haku borong sakan satg sapa nk melantak pulak. Lgpon tak baik membazir kan?kan?kan? Anak-anak lepas mkn Yong Tau Foo ni pakat lena habih dh. Alhamdulillah byk juga diorang makan. Leh la ibunya nk ronda-ronda blog plak...huhu. So malan ni tak de la 3 masakan yang haku buat....ok la nk p pikiaq nk buat projek apa ntah malam ni. Busan ni. Mr. Hubby pon kuar td...ok..haku cau dulu....kalau jadik apap soh adela n3nya...Insyaallah..daaa

Nasi Goreng Cili Padi



Menu simple semalam..nak letak nama pe ekk???nasi grg cili padi bleh kerrr....ahahahaa. Hantam sajala...janji dh selamat masuk mulut haku ngan Mr. Hubby. Smlm p amik kakak pastu chat2 ngan MY MIL tak sedaq dh koi 7. Blk umah dh malas nk masak nasi ngan lauk bagai...kang nk mkn pkoi bopa kan...so buat jek nasi gorang ni. Jd la janji kenyang..ehehhee. Ni kira versi haku la ni..main taram je apa yg ada. So jom layan gambaq nasi gorenggg...eheehhee

Bahan2

  • 1 1/2 mankuk nasi (mankuk kecil je)
  • 1 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • ikan bilis secukupnya (tumbuk)
  • 3 biji cili padi
  • Minyak utk menumis
  • 2 sudu kicap
  • 10 ekor udang saiz sederhana (kupas kulit)
  • Sawi
  • Garam

Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak
  2. Masukkan kicap dan garam. Kacau rata
  3. Masukkan udang dan biarkan udang masak
  4. Masukkan nasi dan kacau sebati (btui ka ayat ni)
  5. pastu masukkan sawi dan gorang sehingga sawi layu.
  6. Angkat dan hidangkan

Monday, January 24, 2011

Kek Puding Caramel..bestnyeee

Kek Puding Karamel ni buat ari sabtu g..tp x dan nk buat n3 pon. Kek pon dh jd sejarah dh pon...Kek ni juri2 haku kata dap..haku sempat ngap sepotong jek. Sedap.....len kali leh buat lagikss. dh lama peram resepi ni so akhirnya dapat juga aku buat dan Alhamdulillah resultnya tak mengecewakan. Thanks ye Kak Hana...mmg best. Resepi asal dari Kak Yani MYR...tgk rata dah kek ni..umah kak Hana, Kak izahdaut dan raamaiii lagi yg dh cuba..Haku jek yg baru hegeh2 nk buat. Masa mula2 nengok resepi rasa cam rumit je...tu yg dok hold jek nk buat, tp rupanya x da la serumit mana...mahu ngan tak mahu je kan.So kak Hana dik Na nk CnP jek buat rujukan kite di masa akan datangg...halal je kak....



Source: Kak.Yani myresipi.com

Sumber:www.hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • Karamel
  • 60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair@segar
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
  • 20ml air - yang nih hana tambah

Cara-cara

  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Saturday, January 22, 2011

Rendang Kerang



Assalamualaikummm...adeke org jengok dapoq kecilku ini. Mesti korang jemu no asik tgk megi Hokkien tu ja dr minggu lps. Bkn tuan umah tak masak tp masak yg siaran ulangan jek. So meleh la nk tepek......Ni haku tepek gak gambaq rendang kerang versi haku ni. Buat ari khamis lg nih. Nk tulih resepi pon dh lupa apa yg aku boh dlm ni..hahahaha. Haku ni mmg pelupa. Maklumla umo pon makin meningkat kan? Huahuahuaaa...so korang tgk p la gambaq ni ekkk.....layan sat...nnt haku update yg lagi best no...Insyaallah mlm ni kalo free haku update...hehehe...tungguuuuuu....

Wednesday, January 19, 2011

Hokkien Megi...adake?



Kak Hana engko jgn mare aaa...Kite dh menderhaka dgn resepimu ini. Sbb kan mee kuning tak dak stok. So kite bantai jek ngan Megi. Sekali sekala layan megi besh juga. Ari2 asik makan nasi berlauk jemu dh juga kan...kena juga tukaq selera skali skala..megi ni haku seniri x rasa lg. So tak ley nk komen lebey2. Kak Hana td kan kite selongkaq dapoq kak Hana cari resepi mee sbb mmg tau kak Hana baaaaanyak resepi mee. Harap akak tak mareh ekkk... Tq kongsi resepi tu.....Kite CnP kat cni buat rujukan kemudian harii.....tq kak

RESEPI HOKKIEN MEE
source :
hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • *15 tangkai lada kering
  • *5 biji bawang merah
  • *2 biji bawang putih - bahan * blend
  • 1 mangkuk udang
  • mee kuning
  • bihun - xde stok, ltk mee kuning je
  • telur rebus
  • hirisan daging rebus
  • kangkung celur - hana xde ganti sawi je
  • taugeh
  • fishcake
  • bawang goreng
  • garam dan gula
  • air secukupnya

Cara-cara

  • Rebus udang. kemudian kopek kulit dan juga buang kepala. Asingkan isinya. Blend kulit dan juga kepala udang hingga hancur kemudian tapis. Simpan sebentar stok udang.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan blend hingga pecah minyak. Masukkan garam dan juga gula sedikit. Ambil sesenduk kecil utk utk tumiskan dengan isi udang.
  • Masukkan air rebusan/stok udang tadi.(boleh masukkan air rebusan daging juga) dan masukkan lagi sedikit air. jgn byk sgt air nanti kurang rasa. didihkan.
  • Cara hidangan, letakkan mee kuning, bihun ke dalam mangkuk. Letak udang, kangkung, taugeh, fishcake dan telur. Curahkan kuah ke atasnya. Taburkan dengan bawang goreng.
  • Sedia untuk dinikmati.

Jom Gegar Blog



JOM GEGAR BLOG

Meh ramai-ramai kita join...jommmmmmmmmmmmm

Sunday, January 16, 2011

Pernahkah Kau Mengerti.......


Mlm yg sunyi dan sepi membawa aku mengenang kisah silam yang melukakan. Kisah yang amat melukakan

Tersergam indah rumah Agam Cikgu Adam. Terbayang bahagia di wajah seorang gadis kecil tatkala merenung rumah yang begitu sempurna bagi dirinya yang serba daif. Dibelakang rumah agam itu terletak sebuah rumah yang hanya layak di panggil pondok. Lantainya hanya dari pohon-pohon pinang manakala dindingnya hanya dari zink-zink terpakai, Di situlah syurga gadis kecil tersebut. Gadis kecil itu sering bermimpi betapa bahagia dan indahnya seandainya rumah yang begitu cantik dan sempurna adalah miliknya. Tapi mimpi hanyalah sekadar mimpi. Mana mungkin rumah seindah dan sesempurna itu menjadi miliknya. Namun begitu tidurnya menjadi indah dan amat mengasikkan dengan mimpi-mimpi itu.

Di pagi yang hening gadis kecil itu mengayuh basikal terpakai yang dibeli hanya dengan harga 3o ringgit menuju ke sekolah.....Pakaian sekolah yang lusuh pemberian insan yg berhati mulia tidak mematahkan semangatnya untuk menimba ilmu. Tapi hati kecilnya sering terentuh melihat teman seperjuangan sering memperagakan barangan dan alat tulis yang baru dan amat menarik. Hatinya sering memberontak ingin memilikiya. Tapi akan daya....dia hanya seorang gadis miskin yang hanya memandang dari jauh.

"Ayahh....ayah...boleh tak kalau saya nak menyertai kelab komputer, best la ayah. Yurannya 30 ringgit sebulan. Boleh tak ayah?" Ceria hati anak gadis kecil itu dengan harapan menggunung. Dia juga ingin menyertai kawan-kawan sekelasnya di sekolah.
"Huh.....mana aku ada duit. Tak payah lahhh" Balas si ayah...Hiba hati si gadis kecil. Mengalir laju airmatanya. Kecewa sungguh hati sigadis kecil dengan jawapan si ayah.
" Mak...mak...saya nak menyertai kelab komputer itu juga...semua kawan-kawan saya menyertainya" Lirih suara si gadis kecil...airmata masih bersisa dimata.
" Di mana kita nak cari duit sebanyak itu nak?" Si Ibu bersuara memujuk. Hibanya hati si gadis kecil. Dia tak mampu berkata lagi. Sambil menyeka airmata gadis kecil itu teresak-esak menahan sendu.
"Ya Allah mengapa aku dilahirkan miskin? mengapa Ya Allah?" Rintih si gadis kecil.
Setiap hari si ayah hanya tidur di rumah sedangkan Si ibu keluar mencari rezeki.....banyak mulut yang menanti untuk di suapkan termasuk mulut si ayah yang tak pernah tahu erti tanggungjawab. Dengan hanya bekerja di kantin sebagai tukang masak berapa sangat gaji yang diperolehinya...sedangkan anak-anak semakin membesar dan perbelanjaan perekolahan perlu disediakan. Hanya itulah yang termampu dilakukan dengan kudrat wanitanya.\
"Mak..mak cikgu minta yuran sukan . Esok semua kena beri kepada cikgu Mak" suara gadis kecil memberitahu dihening malam. " Tak bolehkah ditangguh dulu nak...mak tak ada duit sekarang" Sahut si ibu. " Tak boleh mak.....esok hari terakhir semua kena serahkan kepada cikgu" Airmata gadis kecil bertakung lagi buat sekian kalinya.
" Ayah tak adakah lima ringgit? Tanya si gadis kecil kepada si ayah." Aku tak ada duit. Tak payah la sukan-sukan tu semua" Balas si ayah sambil menghembus asap rokok .Hati si gadis kecil luluh lagi buat sekian kalinya. Terluka sungguh hatinya dengan sikap si ayah yang tidak pernah mengerti hati gadis kecil sepertinya. Luka itu semakin hari semakin dalam...luka itu amat pedih dan menusuk. Bencinya pada si ayah semakin hari semakin menebal.

Tahun depan si gadis kecil akan mengambil UPSR. Otaknya ligat berfikir bagaimana caranya untuk dia mencari wang untuk membayar yuran dan membeli buku-buku tambahan.



bersambungg.....

Saturday, January 15, 2011

Sambal Tumis Sotong my paberet



Assalam kengkawan....dh petang baru ada masa nk buat n3. Tu pon sbb pemilik tgn comei tgh nyenyek tdo..kalo tak x larat haku nk menepis.
Menu simple utk Lunch kitaorang arini. Sambai Tumis Sotong..my peberet..haku ni kalo ada sambal tumis mmg ok dh. Hari2 pon orait ja...haku mmg layan...So jom check apa aku campak dalam sambai tumih ni:

Bahan-Bahan
  • 3 ekor sotong sederhana besar
  • 10 biji cili kering (haku rebus dulu)
  • 4 ulas bawang merah
  • 1/2 inci belacan (lebih kurang la kot)
  • 1 st gula
  • 1 st garam (haku agak2 je ni)
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 bj bawang besar (potong bulat)
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
  1. Kisar bawang merah, cili kering, belacan dan tomato. (haku letak minyak masak skit supaya biji2 cili kering tu hancur)
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar td.Biarkan sehingga pecah minyak dan bahan kisar pekat.
  3. Setelah itu masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
  4. Last sekali masukkan sotong dan biarkan sehingga air sotong kering dan kuah menjadi pekat. Masukkan bawang yg dipotong bulat td.
  5. Angkat dn hidangkan.

PERHATIAN!!!!!PERHATIAN!!!!


PERHATIAN!!!! PERHATIAN!!!!

BLOG INI SEDANG DALAM PROSES NK TUKAQ CAT RUMAH BARU...SO SESAPA YG DATANG SINGGAH DISINI JANGAN TERKEJUT ATAU TERPEGUN SBB SAT CAT LAIN ...SAT G CAT LAIN PULAK...

SEKIAN.hARAP MAKLUM

p/s: tgk la cat ni dulu...tukang cat nk p masak sat...satg sambung len. Tak jadi koje kalo ngadap ni sat g pakai rebus laptop ni la makan..huahuahua...

GA Just For Fun 2 From Kelly



GA Just For Fun 2

Huhuhu...canteknyeee...korang jom la join GA ni. Mana tau ada rezeki hadiah2 yg cun ni munkin jadi milik korang...just jadik follower jek..JOM JOIN....

Sticky Post
Scroll down for latest N3

All this for one lucky follower...





Pink Shopaholic World ( http://pinkshopaholicworld.blogspot.com/ )
mesti follow dua2 blog ya:)
Open to followers with Malaysia address only ( delivery purpose )
Write N3 about this GA in your blog & link too
Leave your comment in this N3


Friday, January 14, 2011

Bahulu Batik Mekar Kukus by K.Fida MyR



HUWAAAA.......bahulu haku x mekarrr...HUUWAAAAAAAA...gerammmmnyaaaaaaa....tgk ler adaka dia mekar ala2 piring Astro jek.....nilah akibatnya kalo byk sgt tgn dok kacau....dh mcm gaya org bersilat pon ada dok menepis tgn2 comel yg nk tolong...huhuhu..sadisnya bahulu haku jd camniiiiiiii...eee...geram..geram..gerammmm...
tensen..tensen...tensen......Haku nk bahulu cam kak Nor punyerrrrr..kak Nor tulong la ...

Ni resepi aku nk tepek gak..len kali aku akan buat sampai mekar...

Sumber: Kak Fida
Amik resepi kat dapoq : Kak Nor Secubit Garam..

Bahulu Batik Mekar Kukus by K.Fida MyR

  • 125 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 115 g gula halus
  • 1/2 sk penuh ovallete
  • 4 1/4 sb susu cair
  • 1 biji telur - A
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)
  1. Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
  2. Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
  3. Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
  4. Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
  5. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
  6. Sejukkan kuih dan boleh disajikan.



Saya Suka Laksa...ari2 laksa pon takpa



Nyum2..ni je menu haku arini...plan nk masak juga nasi tp Mr.Hubby sms ckp mlm dia x mkn kat umah. Ada majlis perpisahan kawan opis dia yg akan pindah, so haku cancel le masak nasi berlauk...kalo haku mamam yg ni pon dh ckp...masak nasi skit + ayam masak kicap utk anak2.Sonang le koja den.
Laksa ni x ckp bahan sbb bunga kantan tak dak. Dh p cr tp x dak so aku buat je tanpa bunga kantan..janji laksa sudah...huahuahua. Gambaq pon tak berapa cun sbb lawan berebut pinggan ngan si adik tu...aku nk snap ja dia pusing pinggan..haru btui. Last2 malas la nk snap dh. Hantam saja la yg mn dan...eheheee...So dr tgh sampai ke malam la haku melantak laksa..hamik kau. Tp laksa hari2 pon aku mau..muahahahaha.
Tetiba tekak terasa nk mkn apam mekar la pulak....nk skodeng sat kat dapoq sapa2. Kalo Allah izinkan mlm ni leh projek apam.....Kalo jd sok haku tayang nohh...wokeh...nk p skodeng sat..jaga2..haku datanggggg...

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)