Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Saturday, April 9, 2011

Strawberry Muffin with Strawberry Filing

Strawbery Muffin ni  buat untuk waklik kat Mak dikampung. Arini Alhamdulillah dapat balik jengok mak ayah kat kg. Bessstttttt sangat. Terima Kasih juga buat Bigboss yang selalu memahami. TERIMA KASIH. Tinggai 6 bj je kat umah habuan 2 ketoi bulat tu. Tengok2 ada 3biji ni je yang dan nk posing. Hehehehhee...ni baru sampai umah. Baru teringat nk snap dan buat post N3 ni. Komen haku seniri(aci la kannn) sedap la Muffin ni. Yang penting gebu gebassss. Besssttt. Haku letak filing strawbery sbb kalau tak da inti anak2 tak mo makan. Erm...sib bek la Ibu depa ni slalu ada stok filing strawberry tu....Mak pula cakap sedap la kek ni.ehehehehehe....kembang2 abih semua...bukan takat idung ja...kakakkakkakaka.
Resepi muffin ni haku kidnap kat dapoq Kak Yatie @yatiememories yang sangat pandai buat kuih lapis dan kuih talam....Terima kasih kak Yatie. Anak cucu nk minta izin Copy paste kat cni....harap dihalalkan .

STRAWBERRY MUFFIN

Bahan-Bahan
  • 180 gm mentega
  • 140 gm gula halus
  • 2 biji telur gred A
  • 100 ml susu segar
  • 220 gm tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh strawberry emulco

Cara-cara
  1. Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
  2. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup atau paper cup yg dialas dalam acuan muffin sebanyak 3/4 penuh.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 18 - 20 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

No comments:

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)