Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Monday, April 4, 2011

Yummy....yummy Tiramisu

 Yummy....yummy sedap gilos tiramisu ni....ada ker yg meleleh ayaq liuq nih?kuikuikui.......akhirnya jumpa juga biskut Tiramisu@ladyfingers ni. Serata alam dh cari, Alhamdulillah jumpa juga. Teruih haku beli pek besaq ( tamak tahap gaban). Pastu apalagi seach cari resepi Tiramisu merata...hat dapoq kak DJ gak haku berkenaan..ekekeke. Tenkiu kak.
Hah meh nk stori kejadian yang tak berapa di ingini masa buat Tiramisu ni. Masa dok susun biskut lapis pertama dan tuang bancuhan nescafe dan letak cream cheese tu ok jek...mai tang lapisan kedua tu lepas atoq biskut haku terus letak cream cheese...aduila lupa plak nk tuang nescafe daaaaa...tula terover xcited sangat. Camni la jadinya. So geram sgt masa tu. Apapepon tawakkal jek weh. Alhamdulillah bagi haku rasa tetap marvelles. So untuk mengubati rasa terkilan sbb tak tuang bancuhan nescafe tu haku taboq serbuk Nescafe kat atas skali ngan serbok koko. Hehehehe...janji ada aroma gituuuu...Pg td bekpes ngan Tiramisuu wooo..dh tak sabaq nk rasa.abih la pagi2 dh dok tambah lemak. Heheheheee.....Bigboss tak makan lagi. Satg tunggu Komen jujur dari Bigboss..hehehehee. Hari tu kek Tiramisu pulun baaaikkk punya. Yang nih tak tau g camna....hope dia sukeeeee......
Kak DJ kite nk kopipes Resepi akak kat cni ye. Minta Halal tauuu..terima Kasih banyak2....




Tiramisu


Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek (DJ guna biskut tiramisu /lady finger)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Ini la rupa Biskut Tiramisu @ Ladyfingers

2 comments:

dZana said...

sungguh mengoda tiramisu mu itewww... akk pun puas cari biskut ni.. tak jumpa lagi.. klau guna biskut ni msti sedapkan mekna..

MeknaBlog said...

dZana: SSh btulkan akak nk jumpa biskut ni. Sedap sngat..kita sukaaa

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)