Recent Posts

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Friday, April 29, 2011

Mee Udang Simple

 Semalam buat Mee Udang lagi. Kali ni try buat yg simple2 saj sebab malas nk buat paste dia dulu. Hehehe..aritu ada tgk dalam rancangan Kuali O Kuali tu cara diaorang masak mee udang kat sg. 2 tu. Nampak simple dan cam senang ja. Bahan2 pon senang, x byk sgt pon....Resultnya ok juga. hehee..kira len kali leh buat lagi la. Haku agak2 je bahan2 dia sbb masa tgk rancangan tu kat tepat lain. So mmg  de nya nk salin2 bagai. hehehehehehe...sepingan kat atas tu haku yg punyerrrr....layanzzzzzzz....kalau rajin nnt update resepi ok....byeee

Monday, April 25, 2011

Nasi Tomato and The Geng

Dinnermalam ni buat nasi tomato and the geng. Buat Dalca dan ayam goreng berempah. Layn jugaks...Resepi di skodeng kat dapoq Kak DJ. Lama akak kita ni blk kampung.....semoga semua berjalan lancar ye kak DJ. Minta halalkan resepi ni...kita dh kecah2ka dapoq akak td. Hehheee...actually Bigboss ada beli beras basmathi. So saje je malam ni terajin skit walaupon sebenaqnya letih yg amat bila blk keja tu. Tp utk suami dan anak2 punya pasal haku terus jadi bersemangat. Eheheheh.....Minta izin Kak DJ nk tepek resepi kat sini....


NASI TOMATO
bahan-bahan :
  • 2 pot kecil beras (dayang guna beras biasa)
  • air secukupnya
  • 2 sb susu cair
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2-3 sm halia muda (dicincang)
  • sedikit garam
  • 1 helai daun pandan
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1/3 cawan sos tomato
  • sedikit lada sulah
  • 1 sb mentega/minyak sapi
  • kismis kuning jika suka
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega/minyak sapi di dlm kuali, tumis rempah, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan ke dlm beras yg sudah dituskan tadi. Masukkan air secukupnya. Masukkan tomato, garam dan lada sulah.
  3. Tanak seperti biasa.
  4. Apabila nasi dh nak hampir masak/kering, masukkan susu cair dan gaulkan rata2. Biarkan nasi sehingga masak.
  5. Taburkan kismis jika sudah masak.

DALCA

Bahan-bahan :
  • 1/2 cawan kacang dal (direbus hingga empuk dan dituskan)
  • 2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 2 batang kacang panjang (dihiris)
  • 1 biji terung bulat (dipotong)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 sudu makan udang kering
  • rempah 4 sekawan
  • 1/2 cawan santan
  • air secukupnya
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis rempah 4 sekawan , udang kering serta bahan2 kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes kari dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air secukupnya. Apabila mendidih, masukkan ubi kentang dan kacang dal. Masak hingga kentang hampir empuk.
  4. Masukkan sayur2an yang lain kecuali tomato, santan, bawang besar, cili merah, garam dan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan tomato.

Sunday, April 24, 2011

Cotton Soft Japanese Cheese Cake



 Assalamualaikum...akhirnya dapat gak meronggeng kat sini w/pon dh lewat..haku tak kira...haku tetap nk meronggeng kat sini..hakhakhakkkk...aci kan?kan? Ari cuti selalu bz jek memanjang (BZ sgt la kunun)...ermm...biasala ari cuti la ari utk mendobi, menyimpan,dan macam2 yg sewaktu dengannya. Ari keja tak larat lerr beb....takat mendobi dan menyimpan skit2 tu ok lerr...kalau nk bersungguh2 huhuhuhu...leh koma woooo....hahhahahaha. Adeke org buat semua tu koma? kihkihkih. Pastu ari cuti gak ari untuk p berpoya2 ngan family. Ok cuti pon dh abessss...jom kita tgk apa yg sempat haku godek2 kat dapoq tgh td. Erm....buat kek yg Bigboss suke. Cotton soft Japenese Cheese Cake From Alma@MyResipi. Dh banyak kali buat. Mmg soft lerrr.....dihidangkan plak bersama blueberry Filing..perghhhhhhhh....tangkap lent[ok beb....so layanzzz lerrr . Resepi pandai2 la korang godek2 dlm dapoq haku tu. Haku maleh dh nk Copy Paste. Tq Alma mmg best la resepi U....i like.

Thursday, April 21, 2011

Seafood Tomyam

Buat Tomyam bila tak dak idea nk masak. Mau kata hari2 dok masak kadang-kadang tu ketandusan idea jugak nk masak. Sampai puaih pikiaq pon x mai juga idea (malas yg lebih haku rasa) hahahahaa..so tomyam ni versi org malas...layanzzzzzz...

Wednesday, April 20, 2011

Tiba-tiba


Assalamualaikum....

tetiba haku terpikiaq nk coret2 kat cni. Ermm pasal penyakit aku ni sebab ramai kawan2 dok tanya camna dengan penyakit aku tu.
Buat masa sekarang ni alhamdulillah sakit tu tak menyerang lg selepas yg aritu. Tp haku pon belum pasti lagi apa yang akan terjadi dan apa keputusan buat masa skrg. Haku pon tak tahu. Tunggu dan lihat dulu kot. Tapi tiap kali haku jumpa Doktor dia akan pesan soh p buat operation cepat2. Jangan biar lama-lama...nnt bawa mudarat lg susah. Aku slalunya akan senyum ja. Sebab haku pon x tau nk jawab apa kan. Aku dh cuba berubat cara tradisional tp buat masa sekarang masih belum apa2 perubahan.
Apepon yang terjadi atau akan terjadi aku terima dengan Redha.....cuma aku berdoa jika ditakdirkan aku akan pergi mengadap Ilahi disebabkan penyakit ni, Haku Redha. Semoga Allah s.w.t permudahkan segalanya bagiku. Semoga haku takkan menyusahkan orang-orang disekeliling haku terutamanya mak dan ayah haku. Diorang dh tua, haku tak mahu tengok mak dan ayah sedih bila tgk aku sakit. Haku nak tengok Mak dan Ayah gembira...tak mau bagi mak susah2 kena jaga haku lg kalau aku sakit.......Sian mak ayah haku.......
Semoga Allah bagi petunjuk kepadaku...Aminnn
Rindu pulak kat mak ngan Ayah...semoga mak dan ayah sentiasa sihat dan bahagia selalu...Amin. Sayang mak dan ayah. Ampunkan dan halalkan semuanya dunia dan akhirat.....

Sentiasa doa untuk isteri tersayang

Sentiasa doa untuk isteri tersayang

Sumber:http://permataqaseh.blogspot.com
            HarianMetro
MASALAH rumah tangga bukan hanya disebabkan hak suami yang tidak dipenuhi, tetapi mungkin disebabkan suami yang belum memenuhi kewajipannya dalam menunaikan hak isterinya.

Berikut antara pesanan buat suami untuk membahagiakan isteri seterusnya mengukuhkan ikatan rumah tangga.

· Perjumpaan yang manis
Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan anda berdua, mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu.

Berikan salam sambil memberikan senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang. Salah dan senyum adalah sunnah manakala mendoakan isteri adalah kewajipan anda.

Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya. Jika ada berita yang tidak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan berita itu.

· Ucapkan perkataan yang baik
Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata-kata positif dan hindari perkataan yang memberikan kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan.

Berikan perhatian ketika mendengar kata-katanya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa dihargai apabila kata-kata anda didengar dengan baik. Usah lupa panggilan mesra yang disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan anda berdua.

· Bersahabat dan santai
Usah melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku.

Jangan pula terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya. Sampaikan padanya berita yang menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah ber samanya.

· Permainan dan selingan
Senda gurau tentunya menceriakan lagi suasana berumah tangga. Ajaklah isteri menonton pertunjukan yang tentunya menggembirakan selain beriadah di luar bersama.

· Membantunya dalam tugas rumah tangga
Lakukan apa saja yang anda sukai dengan membantu melakukan tugas rumah tangga terutama jika dia letih atau sakit.

Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa dihargai. Pada masa sama, jangan lupa berikan penghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga.

Musyawarah

Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Biarkan isteri berasa pendapatnya penting untuk anda.

Oleh itu, anda harus mempelajari dan mendengar pen dapatnya. Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasih padanya.

· Perkara yang harus dilakukan apabila merancang per jalanan jauh
Apabila bertugas di luar daerah dan terpaksa meninggalkan anak isteri, ada beberapa perkara yang perlu diberi per hatian.

Ucapkan selamat tinggal yang mesra kepada anggota ke luarga terutama isteri. Ucapkan juga nasihat yang baik sebelum bertolak, berdoa dan meminta isteri selalu men doakan anda ketika tidak bersamanya.

· Bijak merancang kewangan keluarga
Sebagai suami, hendaklah bijak dalam merancang per belanjaan kewangan, sesuai dengan kemampuan kewangan anda.

· Bantulah dia supaya taat kepada Allah
Salah satu tanggung jawab sebagai suami adalah membantu isteri dalam mentaati dan mencari keredaan Allah.

· Tegur perbuatan isteri dan maafkan dirinya
Setiap insan melakukan kesalahan justeru, jangan menjadi pendendam. Usah juga mengungkit kesalahannya yang kecil dan tidak rugi jika anda memaafkan isteri apabila dia melakukan kesilapan.

p/s: bukan susah untuk menghargai pasangan...xperlu belikan yang mahal2 atau melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan...ckup sekadar ucapan "terima kasih,sayang atas semua yang sayang buat untuk membahagiakan semua orang..."

Monday, April 18, 2011

Sesi bertapa beb....

SEBELUM

Alhamdulillah baru sudah selesai sesi bertapa...hahahaha....satg korang igt aku menuntut ilmu mentera anjasmoro plak...kehkehkeh. Bukan la....ni sesi menarah bukit kain baju yg dh bopa ari dok makin meninggi tu...aduih la...lenguh pinggang2 ni dibuatnya. Tu pon sib bek sambil layan filem hindustan kat ZEE. Kalau tak sahih masuk helaian yg ketiga aku dh hanyut....bukan hanyut dalam ayaq terjun....hanyut dibuai mimpi. Bigboss pon x berani tukaq channel la. Tukaq tgk aku lg cepat turn off....hahahhaa.
Haku ni mmg ada satu masalah nk habaq bg kat hgpa semua...berat masalah haku nih.... kalau la hgpa semua ada jalan penyelasaian atau pendapatan nk bg kat haku. Mmg haku terima ngan periuk yg terbuka...eh silap2. Terima dengan tangan yg terbuka. Okes...masalah haku ialah malas tahap gaban otomen satria baja hitam sincan dan yg sewaktu dengannya kalau bab melipat kain baju ni. Macam2 dh haku buat nk bg bleh lipat baju ni. Puas dh pikiaq x tau pasai apa jd laguni......agak2 la kan suis bahagian operasi lipat kain tu rosak kut nohhh....jenuh la. Haru sungguh. Kalau bab masak or baking sanggup ja berjaga bagai. kalau bg lipat kain ka...ermm...mmg pegang ja kain...menganga ja keja. Bukan nganga makan tu. Ni nganga menguap la. Bleh sampai lenguh sendi mulut asik dok menguap. Tak ke satu masalah besaq tu. Besaq kan ? kan?...so ada sesapa nk bg pendapatan tu silala no...hahahaha. Orang nk bg pendapatan kalau x mau haku x tau la nk kata pa dh kan....Ok la...perut dh lapaq eh...lapang sebb dh settle kain baju semua...So nk p Gud nite dh la. Tdo la beb...Tata Titunnn....tututtttt...



 SELEPAS...cantik kannn

Saturday, April 16, 2011

Kerang Masak Pedas


Assalamualaikum...menu dinner ari apa pon dh lupa nih. Teringat masa tgk dlm file gambaq ni tak buat  n3 lagi...ehehehe. Menu biasa2 saja. Beli kerang tp nk buat cicah ngan ayaq asam dh selalu dh. rendang pon selalu dh. So goreng biasa cam ni la. ok juga. Kasi pedas baikkkk punya, Mmg layannnnnnn.....ngan wangi daun limau purut tu...perghhhhh..pekena plak nasi panas2 mmg besttttt. Bertambah2 lagiiii...Nak taip resepi pon haku tak igt sukatan la. Maklumla masak jenih tauk2 dan agak2 saja. Aduihhh....maaf la yerrrr....Korang layn gambaq je la. Haku nk p siang ikan nih. Td p kidnap kat Pasaq malam. Eheehheheehe... Daaaaa

Kek Gulung Kasih ....sesedap namanya

 Selamat pagiii...hehehee..tudia pepagi kuaq n3 kek dh. Habislah rosak sapa yg diet tu..kehkehkeh. Dulu penah dh try buat kek gulung ni, tapi kannnnn aku x buat n3 sebab kejadiannya amatlah menyedihkan dan hodoh. Semalam mood R bertiup kencang so haku cuba lagi...biasa la selagi tak menjadi mmg tak puaih hati punya. Pastu nampak plak kak2 lain dok buat pastu tayang2.cun gilossss. Hadehhh mana tahan beb...haku pon nk try gak. Hehehehe....smlm buat satu adunan jek takut sejarah munkin berulang (hahahaha...cam tajuk lagu plak). Kang kalau tak jadi nak makan pon x lalu. Geram jekkkkk....Alhamdulillah semalam boleh la tahan dari yg first trial aritu. Tapi masih banyak yang perlu diperbaiki sebab dia ada juga patah skit. Kena buat byk kali lagi la ni nampaknya. Nak bagi skill menggulung tu kemas dan cantik. Maklumla x penah lagi haku buat kek2 gulung bagai ni. Tapi nengok laris kek ni dipasaran nak juga cuba dan merasa kegebuan dan kesedapan kek ni kan. Pg ni tgk ada 4 potong ni jek lagi masa nk snap gambaq. Yg len dh selamat masuk perut Bigboss.....dia komen ok tp kalau perisa Coffeee laagiiii dia suka. Dan kurangkan skit manis tu...Hehehehhehe Len kali kita adjust lagi. Rasa cam nk buat lagi la satg....kehkehkeh...ciwi tahap gaban btui. Nk buat 2 adunan la (tamak kan haku ni)...leh buat bekai g opis sok. Tp tgk keadaan satg. Nk mengampai baju nun satu bab agi. Semalam mendung jek kan...arini kena la haku proses ampai yg mn dh basuh tu. Sok keja BZ skit. hehehehehhehe....Aik dh kona kelain pulak dhhhh....
Okes haku nk minta izin kak DJ (skrg balik kg kann...semoga dipermudahkan segala urusan) nk tepek resepi kek ni kat sini...sebab akan buat lagiks nihhhh...sedappppppp. Terima kasih kak DJ sebab selalu berkongsi resepi yang best dan mudah buat kami yang tak pandai masak nih...hehehhehee...okeh tumpang lalu nk tepek Resepi ni....



Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 

Friday, April 15, 2011

Kek Coklat Lembab

Assalamualaikum......aduh2...windunya haku nk bebel2 kat sini. Semalan dh ada gaya2 nk buat N3..tapiiii...tapi.....sob3. Sedih ni. Korang nk tau dak citer? Nak kerrr? Meh sini haku nk stori mory..Semalan kan...lepas dinner haku dh on laptop. Pelik pula dia habaq x dak connection. Pulun la refresh tak sangga2. Korang tau apa sebabnya. Hampeh...berukband mana ada kat laptop....cisssss..hampagas. Gas toksin dan sewaktu sungguh la. Bila tanya Bigboss dia kata tettinggal kat opissss...Huwaaaaaaaaa 100x. Tensen tahap otomen dh masa tu. Bleh p tinggai...abihtu camna nihh. Semangat tgh berkoba2r..terus turun merudum tahap beku teruihh. Off laptop masuk tido....huhuhuhu. Ptg td siap tpon habaq jangan lupa waklik berukband nih..kehkehkeh.Sib bek Bigboss wak lik. Leh la haku berpoya2 kat cni malam ni. Kebetulan Bigboss ada urusan bisnes (ceewahhh). Apalagi line clear beb. Poya2 lama skit...huahuahuahua.
Mak aihhhh..panjang bebel sampai kuar tajuk. Nih kalau jawab Soklan Exam sah2 gagal ni. Sebab pendahuluan kuaq tajuk...wakakakaka. Okeh2 nak stori pasal gader2 member sekolah nih. Best. Kali ni Syima mai umah. Best sembang2 td. Dh lama  tak jumpa. Seronok habesss.....puas jg la sembang td. Tp sian hubby Syima sbb takdak geng nk borak2. Bigboss kan keja arini. Hehehehe....so arini haku buat Laksa ngan kek Coklat Lembab Fendy75@MYr. Buat cupcake skit...pastu buat sebiji kek. Yang tragisnya cupcake menjadi elok je. Yg kek sebiji tu x tau tang mana silap dia jd x besh cam yg cupcake. Pelik btui la. Geram jek. Tp apakan daya. Tu ja sempat haku buat. len kali kita gader2 len noh Syima....Jangan serik mai umah haku tau...seronok sgt jumpa ngan ang. hehehehhehehee....
Ok jom layan resepi ni. Minta Izin tuan punya reepi nk tepek disini...



Kek Coklat Lembab 
sumber: fendy75@myresipi.com

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
c
Cara-cara:
  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

Tuesday, April 12, 2011

SUAMI SEPATUTNYA FAHAM TANGGUNGJAWAB BERAT WANITA URUS RUMAH TANGGA, ASUH ANAK


Terbaca artikel ni kat suratkhabar BERITA HARIAN semalam. Nak kongsi ngan kawan2 kat cni......moga menjadi ilmu dan panduan yang bermanfaat:

SUAMI SEPATUTNYA FAHAM TANGGUNGJAWAB BERAT WANITA URUS RUMAH TANGGA, ASUH ANAK

Sumber: BERITA HARIAN 11 APRIL 2011 (Isnin)
Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Saya tertarik apabila membaca kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa isteri yang tidak bertanggungjwab menjadi  punca suami menjalinkan hubungan sulit.

Beliau mendakwa, ada masanya bila suami 'ada keinginan' tetapi pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana 'sedang masak' atau 'sedang bersiap untuk ziarah saudara mara'. Dalam islam, katanya, seorang isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami.

Ibrahim mendakwa, kerana tidak mendapat layanan isteri, ada suami pergi ke tempat sulit untuk memuaskan nafsu serakah mereka.

Saya tidak pasti berkaitan kajian yang pernah dijalankan bagi menyokong penemuan ini. Perlu dikemukakan statistik berkaitansebelum saya dapat mengambil pendirian dalam hal ini. Bagaimanapun, pada pandangan saya memang ada sedikit kebenaran kenyataan Presiden PERKASA itu khususnya tanggungjawab isteri melayan keinginan dan kehendak suami.

Memang ada dikalangan ulama sudah disepakati mengenai tanggungjawab isteri terhadap suami ini. Nas Al-Quran dan hadis juga banyak boleh dikutip bagi menyokong hujah ini.

Persoalan juga timbul dari kenyataan itu adakah kebanyakkan suami begitu rendah imannya melakukan larangan Allah semata-mata kerana isterinya tidak mahu memenuhi tuntutannya? Tidak ada jalan lainkah yang diajar agama bagi menangahi masalah sebegini?

Dalam memperkatakan tanggungjawab isteri ini kita sebenarnya tidak boleh lari daripada meneliti tanggungjawab suami juga. Jika ingin mengambil Islam sebagai autoriti, kita mesti mengambil secara keseluruhan dan bukan dalam kompartmen terten tu sahaja.

Memang benar isteri perlu berhenti daripada membuat perkara lain sekiranya suami mempunyai keinginan untuk bersama isterinya. Memang benar juga isteri perlu berhias untuk suami dan melayan suaminya. Tetapi realitinyaiateri itu juga turut dibebankan dengan tanggungjawab lain yang tidak perlu sebenarnya dipikul isteri. Urusan rumah tangga dan anak secara ekslusif digalas isteri.

Dalam Islam tugasan menyediakan makan minum suami sebenarnya bukan tanggungjawab hakiki isteri. Tetapi isteri sekarang bukan saja dibebankan dengan tanggungjawab memasak malah menjaga anak dan ramai juga yang bekerja bersama-sama membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga.

Semua ini tanggungjawab suami yang perlu menyediakannya. Suami sepatutnya menyediakan pembantu rumah. Begitu juga halnya mengasuh anak.

Sekiranya semua ini disediakan suami saya berpandangan pada masa itu, isteri wajib menurut apa saja kehendak suami.

Dalam Islam apabila seseorang itu diberikan sesuatu keistimewaan ia bukan saja datang begitu saja. Ia juga sebenarnya juga disertakan dengan Tanggungjawab. Lebih banyak keistimewaan diberikan lebih besar sebenarnya tanggungjawab yang disertakan. Setiap suami harus sedar tanggungjawab ini dan tidak hanya memikirkan hak dan keistimewaan diberikan kepada mereka sahaja.

Sebagai seorang manusia, isteri juga mempunyai perasaan dan kelemahan. Sudah pasti isteri yang pulang dari bekerja itu berasa letih dengan kerja di pejabat.

Amat tidak munasabah sekiranya isteri ini juga selepas pulang dari kerja dibebankan lagi dengan pelbagai tugasan lain sedangkan si suami duduk menonton televisyen ataupun beristirehat saja. Sebagai ketua keluarga suami perlu menjaga kebajikan keluarganya. Suami akan dipersoalkan kelak sekiranya gagal mentadbir keluarganya dengan baik.

Saya sangat percaya jika suami isteri mengambil neraca Islam sebagai panduan keharmonian rumah tangga mereka sudah pasti tiada seorangpun akan teraniaya dalam keluarga. Malah isu mengadakan hubungan sulit dengan orang lain jugatidak akan timbul kerana hubungan suami isteri itu disulami dengan sulaman akhlak budi pekerti dan ketakwaan.

Keengganan isteri melayan suami bukan tiket kepada suami untuk berlaku curang. Islam mengajar bagaimana mendidik isteri nusyuz atau derhaka kepada perintah sah suaminya. Pada awalnya suami hendaklah menasihati isterinya supaya tidak derhaka pada suaminya.

Sekiranya masih berdegil maka hendaklah diasingkan tempat tidur antara suami dan isteri dan sekiranya isteri itu masih berdegil ingkar kepada arahan suaminya dibenarkan suaminya memukul isterinya bagi tujuan mengajar.Bagaimanapun pukulan hendaklah tidak mencederakan isteri dan tidak boleh dipukul pada bahagian tertentu seperti muka dan bahagian sulit.

Wanita dijadikan Allah daripada tulang rusuk sebelah kiri lelaki. Tulang rusuk ini begitu dekat dengan hati sebagai simbolik wanita itu hendaklah dicintai. Wanita tidak dijalankan daripada tulang di kepala untuk dijunjung ataupun tulang kaki untuk dipijak. Begitu indahnya kejadian wanita dijadikan Allah untuk kita fikirkan bersama.Berbalik kepada kenyataan Ibrahim tadi, saya menyarankan tidak kira suami ataupun isteri perlu melihat dalam diri mereka terlebih dalu sebelum menunding jari jari mendakwa orang lain melakukan apa-apa kesilapan ataupun menjadi penyebab berlakunya gejala sosial.

Mendakwa orang lain menjadi penyebab kepada perlakuan salah seseorang yang lain amat tidak adil. Sebaliknya kita hendaklah melihat kepada diri sendiri sebelum menyatakan orang lain bersalah.

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)