Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Saturday, April 16, 2011

Kek Gulung Kasih ....sesedap namanya

 Selamat pagiii...hehehee..tudia pepagi kuaq n3 kek dh. Habislah rosak sapa yg diet tu..kehkehkeh. Dulu penah dh try buat kek gulung ni, tapi kannnnn aku x buat n3 sebab kejadiannya amatlah menyedihkan dan hodoh. Semalam mood R bertiup kencang so haku cuba lagi...biasa la selagi tak menjadi mmg tak puaih hati punya. Pastu nampak plak kak2 lain dok buat pastu tayang2.cun gilossss. Hadehhh mana tahan beb...haku pon nk try gak. Hehehehe....smlm buat satu adunan jek takut sejarah munkin berulang (hahahaha...cam tajuk lagu plak). Kang kalau tak jadi nak makan pon x lalu. Geram jekkkkk....Alhamdulillah semalam boleh la tahan dari yg first trial aritu. Tapi masih banyak yang perlu diperbaiki sebab dia ada juga patah skit. Kena buat byk kali lagi la ni nampaknya. Nak bagi skill menggulung tu kemas dan cantik. Maklumla x penah lagi haku buat kek2 gulung bagai ni. Tapi nengok laris kek ni dipasaran nak juga cuba dan merasa kegebuan dan kesedapan kek ni kan. Pg ni tgk ada 4 potong ni jek lagi masa nk snap gambaq. Yg len dh selamat masuk perut Bigboss.....dia komen ok tp kalau perisa Coffeee laagiiii dia suka. Dan kurangkan skit manis tu...Hehehehhehe Len kali kita adjust lagi. Rasa cam nk buat lagi la satg....kehkehkeh...ciwi tahap gaban btui. Nk buat 2 adunan la (tamak kan haku ni)...leh buat bekai g opis sok. Tp tgk keadaan satg. Nk mengampai baju nun satu bab agi. Semalam mendung jek kan...arini kena la haku proses ampai yg mn dh basuh tu. Sok keja BZ skit. hehehehehhehe....Aik dh kona kelain pulak dhhhh....
Okes haku nk minta izin kak DJ (skrg balik kg kann...semoga dipermudahkan segala urusan) nk tepek resepi kek ni kat sini...sebab akan buat lagiks nihhhh...sedappppppp. Terima kasih kak DJ sebab selalu berkongsi resepi yang best dan mudah buat kami yang tak pandai masak nih...hehehhehee...okeh tumpang lalu nk tepek Resepi ni....



Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)