Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah sini. Sudi-sudikanlah tinggalkan komen kawan-kawan kat sini ekk..terima kasih kepada yang selalu kongsi resepi-resepi ngan kita yang baru belajar ni. Sangat-sangat menghargainya....Semoga silaturrahim akan bertambah erat walaupon hanya di alam maya.

Jika ada yang berminat mengoder saya sedia menerima tempahan kek, cupcake dan Tat. Jika ada yang berminat untuk mengoder produk-produk homemade saya sila PM ke FB saye yer. Terima kasih.

Monday, April 25, 2011

Nasi Tomato and The Geng

Dinnermalam ni buat nasi tomato and the geng. Buat Dalca dan ayam goreng berempah. Layn jugaks...Resepi di skodeng kat dapoq Kak DJ. Lama akak kita ni blk kampung.....semoga semua berjalan lancar ye kak DJ. Minta halalkan resepi ni...kita dh kecah2ka dapoq akak td. Hehheee...actually Bigboss ada beli beras basmathi. So saje je malam ni terajin skit walaupon sebenaqnya letih yg amat bila blk keja tu. Tp utk suami dan anak2 punya pasal haku terus jadi bersemangat. Eheheheh.....Minta izin Kak DJ nk tepek resepi kat sini....


NASI TOMATO
bahan-bahan :
  • 2 pot kecil beras (dayang guna beras biasa)
  • air secukupnya
  • 2 sb susu cair
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2-3 sm halia muda (dicincang)
  • sedikit garam
  • 1 helai daun pandan
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1/3 cawan sos tomato
  • sedikit lada sulah
  • 1 sb mentega/minyak sapi
  • kismis kuning jika suka
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega/minyak sapi di dlm kuali, tumis rempah, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan ke dlm beras yg sudah dituskan tadi. Masukkan air secukupnya. Masukkan tomato, garam dan lada sulah.
  3. Tanak seperti biasa.
  4. Apabila nasi dh nak hampir masak/kering, masukkan susu cair dan gaulkan rata2. Biarkan nasi sehingga masak.
  5. Taburkan kismis jika sudah masak.

DALCA

Bahan-bahan :
  • 1/2 cawan kacang dal (direbus hingga empuk dan dituskan)
  • 2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 2 batang kacang panjang (dihiris)
  • 1 biji terung bulat (dipotong)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 sudu makan udang kering
  • rempah 4 sekawan
  • 1/2 cawan santan
  • air secukupnya
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis rempah 4 sekawan , udang kering serta bahan2 kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes kari dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air secukupnya. Apabila mendidih, masukkan ubi kentang dan kacang dal. Masak hingga kentang hampir empuk.
  4. Masukkan sayur2an yang lain kecuali tomato, santan, bawang besar, cili merah, garam dan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan tomato.

2 comments:

Nuridah said...

Sedapnya nasi tomato tu...lapar pagi2 kalau tengok makanan...huhuhu

MekNa said...

Nuridah: Alhamdulillah...resepi Kak DJ ni sempoi dan sedap...cuba tau...

nuff

Categories

acar (1) anak-anak (4) Apam polkadot (2) asam pedas (2) award (2) Ayam (5) biskut (7) BM (1) Brownies (5) bubur (6) buku (1) Cake (86) Cake Deco (1) cake in jar (7) Cerita (1) Cheesecake (14) coklat (2) contest (1) cream puff (2) cupcake/Muffin (27) Daging (7) Dalca (1) Dessert (12) GA (2) Hantaran (1) Ikan (24) Info (6) Jalan-jalan (2) Jualan (1) Kek (24) Kek Lapis (5) Kerang (1) kuih muih (31) Lauk Pauk (45) Mak (1) makan (1) mee (26) Mengandung (1) Minuman (4) muffin (2) muhasabah (1) Mutiara Hati (1) Nasi (9) oven (1) pasta (1) Pizza (4) Puding (2) Pulut (1) Raya (1) Roti (20) Sayur (16) Seafood (14) sotong (4) Steamboat (2) Story mory (141) Sup (7) Tart (27) tat (7) tiramisu (2) Tools (1) Triffle (4) udang (6) Western (3)